LANGKAH-LANGKAH MEMAJUKAN INDUSTRI PELANCONGAN KESIHATAN MALAYSIA

Prince Court Medical Centre 
Hospital Pakar Ampang Puteri 
Pusat Perubatan Subang Jaya 
Hospital Mata Tun Hussein Onn 

Begitulah antara hospital terkemuka yang disenaraikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan. Pelancongan kesihatan kini dilihat sebagai satu daripada lubuk emas negara dalam sektor pelancongan. Hal ini adalah demikian kerana sektor pelancongan kesihatan menyumbang kepada pendapatan negara. Menurut Laporan Ekonomi 2009/2010, ketibaan pelancong kesihatan melonjak hampir 10 kali ganda daripada 39 114 orang pada 1998 kepada 374 063 orang pada 2008. Jumlah pendapatan yang dijana daripada peningkatan ini adalah daripada RM 14.1 juta kepada RM 299.1 juta. Oleh sebab sektor ini memberi banyak manfaat kepada semua pihak, pelbagai langkah perlu diambil bagi memajukannya.

Antara langkahnya adalah dengan melalui pihak kerajaan. Sudah terang lagikan bersuluh, pihak kerajaan merupakan pihak yang perlu menyediakan langkah untuk memajukan pelancongan kesihatan. Hal ini adalah demikian kerana pihak kerajaan mempunyai banyak kaitan dengan sektor ini terutamanya daripada
(Gambar hiasan : Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak)
perspektif pendapatan negara. Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak telah mengumumkan lima langkah baru bagi melonjakkan industri pelancongan kesihatan. Pengumuman ini dibuat semasa beliau merasmikan Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC) di Kuala Lumpur. Lima langkah tersebut ialah pengecualian cukai 100 peratus daripada perbelanjaan modal untuk pembinaan dan pengubahsuaian hospital; Pemberian permit kerja secara automatik kepada isteri atau suami rakyat Malaysia yang mempunyai kelayakan profesional yang diiktiraf dalam bidang perubatan mengikut Klasifikasi Perjawatan Malaysia (Masco); Kementerian Kesihatan, Majlis Perubatan Malaysia dan Persatuan Hospital Swasta perlu menyemak semula garis panduan dan peraturan pengiklanan kesihatan; Pemberian insentif kepada mana-mana hospital swasta yang menubuhkan Unit Pesakit Antarabangsa dan; Pemberian potongan cukai berganda ke atas perbelanjaan yang ditanggung hospital berkenaan bagi mendapatkan pensijilan akreditasi antarabangsa. Semua langkah di atas diumumkan supaya industri pelancongan kesihatan negara dapat berkembang dengan lebih baik dan menjadi peneraju utama bagi industri pelancongan kesihatan di rantau Asia Tenggara. Secara tidak langsung, industri pelancongan kesihatan menjadi semakin maju.

Selain itu, urusan ketibaan, penginapan dan kepulangan pelancong asing (kesihatan) hendaklah dipermudah. Hal ini adalah bertujuan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelancong. Setakat ini, beberapa kemudahan untuk para pelancong kesihatan telah dilaksanakan. Antaranya ialah Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) telah mengeluarkan permit kepada kenderaan hospital untuk menjalankan urusan penghantaran pesakit dan pengiring dari lapangan terbang, pelabuhan dan hotel ke hospital. Pesakit asing yang memasuki Malaysia bagi mendapatkan rawatan kecemasan menggunakan visa semasa ketibaan (VOT) pula dibenarkan menukar status VOT kepada lawatan sosial berdasarkan cadangan pihak hospital. Tambahan pula, kelulusan bagi melanjutkan tempoh tinggal di Malaysia atas tujuan mendapatkan rawatan juga dipercepat. Semua kemudahan ini akan membuat para pelancong beranggapan bahawa perkhidmatan pelancongan kesihatan di Malaysia adalah yang terbaik, sekali gus menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan terbaik. Secara tidak langsung, industri pelancongan kesihatan menjadi bertambah maju.

“Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu berusaha mengubahnya sendiri.” 
(Surah Ar-Raad, ayat 11) 

Ayat al-Quran di atas menerangkan bahawa jika kita hendak melakukan sesuatu, kita hendaklah melakukannya sendiri sebagaimana peribahasa Melayu : hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih. Sehubungan itu, pihak hospital tidak hanya mengharapkan bantuan orang lain tetapi hendaklah berusaha sendiri. Pihak hospital hendaklah berusaha memajukan industri pelancongan kesihatan memandangkan mereka adalah subjek utama dalam hal ini. Mereka hendaklah berusaha untuk memenuhi semua kriteria yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi membolehkan sesebuah hospital dipilih sebagai
(Gambar hiasan : Datuk Seri Liow Tiong Lai)
pelancongan kesihatan. Kriteria-kriterianya ialah menjadi ahli Persatuan Hospital Swasta (APHM); Menjadi ahli Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (MSQH); Mengikut ketetapan ISO dan ketetapan antarabangsa; Menawarkan kepakaran dalam bidang perubatan; Mempunyai sekurang-kurangnya 50 buah katil untuk para pesakit dan; Mempunyai laman web sendiri. Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, pihak Kementerian Kesihatan sedang mengenal pasti 35 buah hospital swasta yang berpotensi untuk dipromosikan dalam industri pelancongan kesihatan dengan syarat sesebuah hospital itu memenuhi kriteria di atas. Oleh itu, pihak hospital sama ada kerajaan ataupun swasta hendaklah berusaha untuk memenuhi kriteria-kriteria tersebut supaya akhirnya mereka dapat memajukan industri pelancongan kesihatan negara.

Selain itu, pihak hospital hendaklah berusaha untuk mendapatkan anugerah dan pengiktirafan terutamanya daripada pihak antarabangsa. Anugerah dan pengiktirafan sebegini amat penting bagi hospital-hospital di negara ini. Hal ini adalah demikian kerana pengiktirafan ini dapat menunjukkan kualiti sesebuah hospital itu.
Antara pengiktirafan yang popular ialah Akreditasi Kesihatan Antarabangsa daripada Joint Commission International (JCI). JCI ialah sebuah institusi yang bertapak di Amerika Syarikat dan pengiktirafan JCI
(Gambar hiasan : JCI)
sentiasa menjadi penanda aras kepada tahap kualiti klinikal terhadap pesakit tempatan dan asing. Setakat ini, tiga hospital swasta dan satu institut kerajaan telah menerima Akreditasi Kesihatan Antarabangsa daripada JCI iaitu Institut Jantung Negara, Hospital Adventist Pulau Pinang, Pusat Perubatan Prince Court dan Pusat Perubatan Sime Darby. Pengiktirafan ini sangat penting kerana pengiktirafan ini menunjukkan bahawa hospital di negara ini berkualiti dan mempunyai perkhidmatan kelas pertama yang menjadi daya tarikan terutamanya para pelancong kesihatan. Secara tidak langsung, anugerah dan pengiktirafan sedemikian memberi sumbangan kepada industri pelancongan kesihatan negara.



Konklusinya, terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil untuk memajukan industri pelancongan kesihatan negara. Oleh itu, semua pihak hendaklah bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi merealisasikan matlamat kita bersama iaitu untuk menjadikan Malaysia sebagai antara hub pelancongan perubatan bertaraf dunia. Pihak-pihak seperti Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelancongan juga hendaklah bekerjasama dengan pihak hospital kerajaan dan swasta bagi mencapai matlamat ini. Kita perlu sedar bahawa empayar Rom yang megah dahulu tidak terbina dalam masa satu hari. Namun begitu, kita tidak boleh berputus asa kerana Maher Zain iaitu seorang artis terkenal ada menyatakan bahawa kita janganlah berputus asa dalam hidup menerusi lagunya, Insya-Allah versi Bahasa Melayu:

 “Janganlah berputus asa, 
Kerana Allah bersamamu, 
Insya-Allah,insya-Allah, 
Insya-Allah ada jalannya.”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CARA MENGHARGAI WARGA TUA

“...dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki.”
(Surah An-Nisa’ : 36)

Begitulah ayat al-Quran yang menyeru umat Islam supaya berbuat baik kepada manusia. Warga tua juga tidak terkecuali daripada ayat ini. Maksudnya,kita hendaklah berbuat baik kepada warga tua. Hal ini adalah demikian kerana mereka lebih banyak menabur bakti kepada keluarga, masyarakat, bangsa dan negara. Mereka juga lebih banyak memakan asam dan garam berbanding kita. Oleh sebab itu, kita semua perlulah mengemukakan beberapa tindakan untuk menghargai warga istimewa ini.

Sudah terang lagikan bersuluh, duit merupakan suatu aset yang wajib dimiliki oleh semua orang. Oleh sebab itu, sebagai menghargai warga tua, pihak kerajaan bolehlah memberi bantuan dan sumbangan berbentuk kewangan kepada mereka. Hal ini adalah demikian kerana tidak semestinya semua golongan emas ini mampu menyara keluarga dengan duit pencen mereka. Jadi mereka memerlukan sokongan kewangan daripada luar. Contoh bantuan kerajaan kepada warga tua dalam bentuk kewangan ialah bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) sebanyak RM 300 sebulan kepada warga tua yang tidak berkemampuan dari sudut kewangan. Selain itu, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM 500 ada ditawarkan khas untuk warga tua. Secara tidak langsung, sokongan kewangan ini dapat meringankan beban mereka disamping sebagai suatu penghargaan kepada mereka.

Selain itu, kita juga boleh menghargai warga tua dengan cara meraikan mereka. Jika kita melihat kegembiraan seseorang itu menyambut hari lahirnya, begitulah juga apabila kita meraikan warga tua. Contoh sambutan warga tua yang umum kita ketahui ialah Sambutan Hari Warga Tua (SAHAWAT). Sambutan ini telah diperuntukkan dalam perlembagaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) melalui resolusi No. 45/100 yang telah menetapkan tarikh 1 Oktober sebagai hari sambutan ini. SAHAWAT telah disambut oleh negara Malaysia sejak tahun 1992 sebagai satu tanda apresiasi kepada warga emas ini. Melalui sambutan-sambutan sebegini, mereka sudah tentu berasa gembira dan dihargai oleh masyarakat. Secara tidak langsung, sambutan ini menjadi satu cara untuk menghargai warga tua.

Media juga berperanan untuk menghargai warga tua, sama ada media cetak mahupun media elektronik. Media massa sentiasa memainkan peranan sebagai alat untuk menyampaikan propaganda yang efektif sama ada yang baik ataupun yang buruk. Oleh itu, kita hendaklah menggunakan kelebihan yang ada pada media massa untuk menyampaikan mesej menghargai warga tua. Drama-drama dan filem-filem yang ditayangkan hendaklah memasukkan unsur menghormati orang tua ke dalamnya. Contohnya, dalam filem KL Gangster, walaupun wataknya utamanya,Malik (lakonan Aaron Aziz) ialah seorang ahli gangster, dia tetap sayang akan ibunya dan sentiasa berusaha membantunya. Secara tidak langsung, para penonton yang menonton filem ini dapat belajar untuk menghormati orang tua walau sesiapapun mereka. Para penonton juga secara tidak langsung akan menghargai warga tua ini.

Cara lain untuk kita menghormati warga tua adalah dengan membentangkan dan melaksanakan dasar-dasar yang bermanfaat buat warga tua. Dasar-dasar yang digubal untuk warga tua hendaklah mempunyai peruntukan yang memberikan manfaat bukan untuk warga tua semata-mata tetapi untuk semua lapisan masyarakat. Contoh dasar warga tua yang sedia ada di negara kita ialah Dasar Warga Tua Negara (DAWARTUN). Dasar-dasar yang ada di dalam DAWARTUN ialah mewujudkan negara tua yang sejahtera, bermaruah, dan bermartabat diri yang tinggi; mengoptimumkan potensi diri; memastikan mereka menikmati semua peluang dan; mendapat penjagaan serta perlindungan ahli keluarga, masyarakat dan negara. Penggubalan dasar-dasar seperti ini adalah perlu. Hal ini adalah demikian kerana dasar-dasar ini menunjukkan bahawa warga tua sangat berguna untuk semua lapisan masyarakat. Penggubalan dasar untuk warga tua juga secara tidak langsung menunjukkan warga tua dihargai.

Konklusinya, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan oleh pelbagai pihak untuk menghargai warga tua. Oleh itu, semua pihak hendaklah mengerah keringat dan bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menghargai warga tua. Hal ini adalah demikian kerana warga tua telah banyak berjasa kepada generasi yang lebih muda seperti kita. Walaupun pelaksanaannya tidak semudah bicara, kita tidak boleh berputus asa kerana artis terkenal iaitu Maher Zain ada menyatakan melalui lagunya, Insya-Allah :

“Janganlah berputus asa, 
Kerana Allah bersamamu, 
Insya-Allah, insya-Allah, 
Insya-Allah ada jalannya.”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LANGKAH-LANGKAH MEMAJUKAN SEKTOR PERTANIAN DI MALAYSIA

LANGKAH-LANGKAH MEMAJUKAN SEKTOR PERTANIAN DI MALAYSIA
Rangka


1. Pembangunan lestari dalam pertanian
---MAKSUD PERTANIAN LESTARI :mempertingkatkan sumber pertanian dan produktiviti pertanian untuk masa kini dan akan datang di samping pembangunan pertanian selari dengan pemeliharaan dan pemuliharaan sumber pertanian agar tidak berterusan merosot
---Menanam tanaman tutup bumi seeperti pokok kekacang untuk mengelakkan kejadian hakisan tanah semasa proses penyediaan tapak pertanian.
---Lebih banyak menggunakan baja organic untuk mengelak kesan pencemaran air akibat penggunaan baja kimia yang berlebhan
---Pengawalan serangga perosak dengan menggunakan kaedah biologi- menggunakan burung hantu untuk mengawal tikus

2. Mempertingkatkan penggunaan sistem pengeluaran intensif berautomasi dan mekanisasi
--- mengurangkan tenaga kerja sebanyak 2.8 % setahun daripada 1,429,000 pekerja dalam tahun 1995 kepada 930,000 pekerja dalam tahun 2010
---meningkatkan produktiviti (Produktiviti pekerja dijangka meningkat daripada RM11,360 kepada RM24,730 setiap pekerja dalam tempoh yang sama)
---mengurangkan keluasan tanah untuk pertanian(Tanaman getah, padi, kelapa dan koko masing-masing dijangka akan berkurangan iaitu seluas 494,000 hektar, 302,600 hektar, 73,400 hektar dan 30,700 hektar)

3. Pendekatan Dasar Pertanian Negara 3 (DPN 3)
--- Pendekatan Perhutanan Tani (Agroforestry Approach)>>> membenarkan pengeluaran produk pertanian dan perhutanan diatas tanah yang sama, penanaman spesis perhutanan bersama tanaman industri bagi memaksimumkan pulangan pelaburan tanah
--- Pendekatan Berasaskan Produk (Product-Based Approach)>>> sebelum pengeluaran, produk dan pasaran dikenal pasti terlebih dahulu yang berdasarkan kehendak pasaran, cita rasa dan potensi


4. Penyelidikan terhadap tanaman untuk menghasilkan baka yang berkualiti
--- bersikap seperti genggam bara api, biar sampai jadi arang dalam menemukan teknik mencipta klon yang bermutu
--- mengadakan usaha sama dengan negara-negara jiran agar faedah yang diperoleh dapat dikongsi bersama
---Benih padi seperti Bahagia dan Malinja yang dihasilkan oleh Institut Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI) dapat mencapai kematangan dalam tempoh yang singkat.
---Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM) pula berjaya membiakbakakan Klon 600 yang bermutu tinggi

5. Pemantauan bersepadu terhadap kualiti hasil pertanian
--- Piawaian-piawaian yang ditetapkan oleh CODEX Alimentarius Commission, Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP) dan Euro Retailer Working Group Good Agriculture Practice (EUREPGAP)---perlu diamalkan bagi menjamin kemasukan produk kepada negara pengimport.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KEPENTINGAN PERTANIAN KEPADA NEGARA

KEPENTINGAN PERTANIAN KEPADA NEGARA
Rangka

1. Menyumbang kepada KDNK pertanian negara
---Sumbangan sektor kecil makanan kepada KDNK pertanian dijangka meningkat daripada RM4.3 bilion dalam tahun 1995 kepada RM7.4 bilion dalam tahun 2010.
---Nilai ditambah sektor kecil ini dijangka meningkat daripada RM6.8 bilion kepada RM10.3 bilion bagi tempoh tersebut, sementara sumbangannya kepada KDNK pertanian dijangka meningkat daripada 42.1% kepada 44.6%.

2. Mengurangkan kadar import makanan negara
---Pada tahun 1996, import makanan (termasuk makanan ternakan) dan input pertanian adalah RM10.5 bilion berbanding dengan RM4.6 bilion pada 1990. Pada tahun 1997 (Januari-Oktober) importnya adalah RM9.1 bilion.
---Pada 1996, kenaikan harga makanan menyumbangkan 57% daripada kenaikan Indeks Harga Pengguna.
---Kejatuhan ringgit sejak Julai 1997 sebanyak 40% (RM2.6 kepada RM3.6 sedolar) telah meningkatkan kos import makanan dan input pertanian.

3. Mengurangkan defisit negara dalam imbangan perdagangan makanan
---Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani----- Pada masa ini, defisit negara dalam imbangan perdagangan makanan ialah sebanyak RM4.3 bilion. Jika dibiarkan dan tiada tindakan diambil, dijangkakan defisit ini akan terus meningkat ke tahap lebih tinggi lagi.
---Mencapai lebihan (surplus) dalam imbangan perdagangan makanan menjelang tahun 2010 melalui Plan Tindakan BOT (Balance Of Trade).

4. Mengurangkan masalah kekurangan benih di sektor-sektor kecil tertentu
--- Sektor sayur-sayuran, 95% benih yang diperlukan adalah diimport dari Thailand, Taiwan, China, Australia
--- Benih buah-buahan seperti benih hybrid tembikai yang berhasil tinggi pula perlu djimport dari luar negeri seperti Taiwan. Harga benih hybrid ini agak tinggi dan mengakibatkan peningkatan kos pengeluaran.
--- Negara juga perlu mengimport 25% benih ikan untuk menampung keperluan semasa.

5. Merealisasikan kegiatan ekopelancongan
---Serampang 2 mata—kepuasan individu, keuntungan kepada industri pelancongan
---Mengharumkan nama Malaysia---psikologi pelancongan(pelancong akan menguar-uarkan pengalaman diperoleh)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

FAKTOR-FAKTOR YANG MENGGALAKKAN PERTANIAN

FAKTOR-FAKTOR YANG MENGGALAKKAN PERTANIAN DI MALAYSIA
Rangka

1. Faktor fizikal
---Iklim
i. Suhu- suhu yang sesuai dengan jenis tanaman yang tertentu
ii. Hujan- jumlah hujan yang mencukupi
iii. Musim pertumbuhan yang sesuai- di kawsan iklim hawa sederhana masa yang diambil oleh tanaman untuk membesar sebelim tiba musim dingin
iv. Angin taufan- merosakkan tanaman di laluannya
---Bentuk Muka Bumi
i. Ketinggian – lereng bukit- the, tanah pamah- padi, kaki bukit beralun- getah
ii. Kawasan tanah pamah- sesuai untuk pelbagai jenis tanaman
---Tanih
i. Jenis tanih tertentu sesuai dengan jenis tanaman yang tertentu contoh tanih alluvium sesuai untuk tanaman padi, tanih chernozem untuk tanaman gandum, tanih lava bes di pulau jawa subur untuk pertanian.

2. Inovasi dalam teknologi pertanian

---Kemudahan system pengairan- membolehkan padi ditanam dua kali setahun- KADA,MADA
---Penggunaan bijih benih yang tanah penyakit, tahan kemarau dan cepat masak- contoh MR 126 – padi, getahRRIM 901- PRODUKTIVITI BERLIPAT GANDA
---Penggunaan jentera pertanian- jentera penuai, jentera pembajak, jentera menabur benih memercepatkan kerja di ladang
---Benih padi seperti Bahagia dan Malinja yang dihasilkan oleh Institut Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI) dapat mencapai kematangan dalam tempoh yang singkat.
---Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM) pula berjaya membiakbakakan Klon 600 yang bermutu tinggi.-------Minyak sawit yang tulen dan berkualiti merupakan hasil usaha Institut Penyelidikan Minyak Sawit Malaysia (PORIM).

3. Penubuhan beberapa institusi, agensi dan pertubuhan berkaitan pertanian

---Inisiatif penubuhan institusi-institusi pembangunan kawasan, penyatuan dan pemulihan tanah seperti FELDA, FELCRA, RISDA
---Penubuhan agensi-agensi khusus seperti FAMA (1965), Bank Malaysia (BPM) (1969), MARDI (1969), Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) (1971), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) (1970), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) (1972), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) (1973)

4. Bantuan kewangan
---Kerajaan sedang menyediakan beberapa tabung iaitu Tabung Untuk Makanan yang dikenali juga sebagai Kemudahan 3F (Fund for Food) dan Tabung Industri Kecil dan Sederhana (TIKS). Kemudahan 3F khusus untuk membiayai aktiviti pengeluaran makanan dan makanan diproses; manakala Kemudahan TIKS boleh membiayai industri berasaskan pertanian.
---Kerajaan telah menurunkan pinjaman minima Tabung TIKS dari RM250,000 kepada RM50,000 bertujuan supaya lebih ramai usahawan berpeluang mendapat faedah dari kemudahan ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pengumuman dari Admin

Buat masa ni, Admin tak tahu nak upload post karangan apa ( tak ada idea).
Tambahan pula, Admin tak berapa sihat sejak akhir-akhir ni.
Mungkin dalam sebulan dua nanti, adalah post karangan terbaru.

To be continued, insya-ALLAH.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Maklumat Karangan--Langkah Memajukan Industri Pelancongan Malaysia

LANGKAH MEMAJUKAN INDUSTRI PELANCONGAN MALAYSIA

1.      1. Menyediakan tabung dana bagi projek pelancongan
Dua tabung khas dilancarkan pada tahun 2001, iaitu Dana Infrastruktur Pelancongan (TIF) dengan peruntukan sebanyak RM700 juta serta Tabung Khas Pelancongan dan Infrastruktur (Tabung Khas) dengan peruntukan awal sebanyak RM400 juta.

Projek utama di bawah tabung berkenaan termasuk pembangunan tempat peranginan, pengubahsuaian dan baik pulih hotel serta penyediaan infrastruktur dan perkhidmatan yang berkaitan.

2.     2.  Meningkatkan kualiti perkhidmatan pelancongan

Penyediaan latihan secara meluas melalui penyeliaan dan penyelarasan Majlis Kebangsaan Pembangunan Sumber Manusia Dalam Bidang Pelancongan (NTHRDC) dan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK).

MLVK membangunkan enam Standard Kebangsaan Kemahiran Pekerjaan (NOSS) baru menjadikan jumlah keseluruhan 77 NOSS merangkumi bidang perhotelan, kembara dan siar serta taman tema dan rekreasi.
Latihan berkaitan pelancongan dijalankan dengan pembiayaan dari Tabung Pembangunan Tenaga Manusia (HRDF).

3.      3.Menggalakkan dan membangunkan sektor ekopelancongan
Pelan Ekopelancongan Kebangsaan mengenal pasti 48 kawasan utama untuk pembangunan ekopelancongan
Malaysia mendapat faedah dalam penyenaraian Gua Mulu dan Taman Kinabalu dalam Senarai Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO)

Kawasan alam semula jadi lain seperti taman marin di Pulau Tioman dan Pulau Redang yang kaya dengan pelbagai sumber semula jadi dipromosi sebagai daya tarikan pelancong.

4.     4.  Menganjurkan sambutan dan pesta secara berterusan sepanjang tahun
Acara yang dijalankan termasuk Citrawarna, Pesta Makanan dan Buah-buahan, Pesta Air Kebangsaan serta Persembahan Tahunan Fesyen KL yang memperagakan tekstil Malaysia termasuk batik dan songket.

Karnival Jualan Mega dipromosi dengan lebih giat dan dilengkapkan dengan pelbagai acara untuk
menarik pelawat antarabangsa dan domestik.

5.     5.  Meningkatkan akses ke negara ini dan ke destinasi pelancongan dalam negara
Dasar ruang udara terbuka dan liberal terus menggalakkan syarikat penerbangan asing menambah perkhidmatan ke Malaysia dan seterusnya menambahkan lagi pelancong ke negara ini.
Pakej penerbangan pelancongan mudah dan ringkas yang ditawarkan oleh AirAsia bermula pada tahun 2002 memainkan peranan penting dalam pasaran mempercepat pertumbuhan pelancongan tempatan di samping menembusi serantau yang baru. Jumlah penumpang yang diterbangkan oleh AirAsia telah meningkat daripada 277,000 pada tahun 2000 kepada 5.0 juta orang pada tahun 2005.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Maklumat Karangan--Jenis-Jenis Pelancongan Di Malaysia

JENIS-JENIS PELANCONGAN DI MALAYSIA
1.    1.   Pelancongan desa ( Homestay )
Aktiviti pelancongan yang dapat menghasilkan pendapatan kepada penduduk kampung.
Pelancongan desa dapat memajukan pelancongan eko(eco-tourism) dan pelancongan tani (agro-tourism) di kawasan-kawasan desa bagi membawa manfaat ekonomi kepada kumpulan sasaran tempatan.

Contoh Projek ‘Homestay’ : Banghuris • Banghuris' adalah ringkasan kepada cantuman 3 buah kampung iaitu Kg. Bukit Bangkong, Kg. Ulu Chuchoh dan Kg. Ulu Teris.Banghuris merupakan program ‘homestay’ pertama bagi Daerah Sepang.

2.      2. Eko-pelancongan
Pelancongan yang berasaskan alam semula jadi, seperti menjelajah hutan, melihat hidupan liar dan aktiviti penerjunan.

Pelancongan eko yang diurus dengan rapi dapat membantu melindungi sumber alam semula jadi dan pada masa yang sama mendapat pulangan kewangan yang besar hasil daripada perlindungan ekologi.

Gua Mulu dan Taman Kinabalu dalam Senarai Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO); Kawasan alam semula jadi lain seperti taman marin di Pulau Tioman dan Pulau Redang yang kaya dengan pelbagai sumber semula jadi.

3.      3. Pelancongan Sambil Belajar ( Edutourism )
Pembelajaran secara sambil belajar atau bersifat kontekstual memerlukan pelajar berfikir secara tabii,melihat perkara yang konkrit, bukan abstrak.

Konsep pembelajaran secaraedu tourism telah lama dipraktikkan di negara- negara maju seperti Amerika Syarikat (AS) dan Jepun.

Misalnya, kesan memfitnah dan tindakan menghukum secara membuta tuli yang berlaku pada Mahsuri.
Edutourism bermatlamat untuk menempuh pengalaman dan mempelajari keunikan flora dan fauna serta budaya yang menjurus kepada pertanggungjawaban ekologi, ekonomi yang mapan, menjana kemakmuran dan pendapatan kepada komuniti setempat.

4.       4.Pelancongan Keagamaan
Pelancongan keagamaan yang dikaitkan dengan pusat dan tempat bersejarah sesuatu agama adalah produk pelancongan yang berkembang pesat.

Masjidil Haram Makkah dan Masjid Nabawi Madinah di Arab Saudi menjadi tempat kunjungan paling popular di dunia yang mempunyai hampir 3 juta pengunjung ke sana. Menurut Lembaga Pelancongan Arab Saudi menjelang 2020 dijangkakan seramai 45.5 juta orang Islam akan mengunjungi dua tempat suci itu dengan anggaran pendapatan sebanyak SR80 bilion setahun.

Perkara yang menjadi daya tarikan pelancong terutama pelancong bukan Islam ketika melawat masjid ialah keindahan menara, seni bina masjid, mihrab, mimbar, hiasan dalaman masjid yang tenang, tempat wuduk, peranan imam, kemerduan suara muazzin, peranan makmum dan cara umat Islam menunaikan sembahyang.

Pada masa ini antara masjid yang berpotensi besar menarik pelancong ialah masjid negeri dan Masjid Negara, Masjid Wilayah Persekutuan, Masjid Putra di Putrajaya, Masjid Terapung Tengku Tengah Zaharah dan Masjid Kristal Jerteh di Terengganu, Masjid Ubudiah Kuala Kangsar, Masjid Kampung Laut Kelantan dan Masjid Ulu Melaka, Melaka. Masjid yang paling berjaya menarik pelancong ialah Masjid Negara. Menurut laporan, Masjid Negara mendapat kunjungan kira-kira 255,800 pelancong asing sepanjang 2007.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Maklumat Karangan--Langkah Memupuk Budaya Membaca

LANGKAH MEMUPUK BUDAYA MEMBACA
1.       Ibu bapa
Kajian  Durkin (1966) mendapati beberapa orang ibu daripada kanak-kanak yang sudah mahir membaca walaupun sudah berada di sekolah tadika menyatakan bahawa faktor yang paling penting mendorong anak-anak mereka mahir membaca adalah jumlah bahan yang mencukupi di rumah.
Terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa ibu bapa kepada kanak-kanak yang mahir membaca terdiri daripada mereka yang gemar membawa anak-anak ke perpustakaan.
Datuk Seri Rafidah Aziz iaitu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyarankan agar tabiat membaca dipupuk dari rumah lagi dan meminta agar para ibu bapa mendidik anak mereka membaca serta mewujudkan perpustakaan mini di rumah semasa merasmikan Seminar Industri Kebangsaan di Kuala Lumpur pada tahun 2003.

2.       Penggunaan komik
Idea, kritikan, perasaan, pentafsiran, penganalisaan, penghayatan, wawasan dan sebagainya dapat disampaikan secara perlambangan kepada pembaca.
Pandangan positif bahawa komik boleh mendorong pembacaan terbukti di Amerika Syarikat dan Jepun. Di kedua-dua negara tersebut, buku komik yang bermutu telah digunakan secara meluas sebagai bahan bacaan tambahan di sekolah rendah disebabkan tarikan lukisan dan lakaran komik ke atas kanak-kanak.

3.       Peranan pihak sekolah
Pada tahun 1989, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil daya usaha untuk memperkenalkan Program NILAM melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 13/1998: Program Membina Tabiat Membaca. Arahan tersebut menghendaki setiap sekolah melaksanakan Program Galakan Membaca NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) secara terancang dan teratur.
Program Akhbar Dalam Darjah. Contohnya di SMSJ.

4.       Pekeliling Kempen Galakan Membaca Agensi Antidadah Kebangsaan
Kementerian Dalan Negeri mewajibkan semua kakitangan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan pelatih Pusat Serenti mengikuti Kempen Galakan Membaca melalui Pekeliling Pentadbiran AADK/KP/2/2008: Pekeliling Kempen Galakan Membaca Agensi Antidadah Kebangsaan.
Berharap pegawai AADK akan lebih berwibawa di dalam menjalankan tugas mereka serta memberikan maklumat dan keyakinan kepada pelatih Pusat Serenti apabila kembali berhadapan dengan masyarakat.

5.       Kaedah latihan secara pembacaan kepada penjawat awam kerajaan
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan arahan kaedah latihan secara pembacaan menggantikan hari berkursus.
Setiap pegawai dan kakitangan dikehendaki membaca, merekod dan mempersembahkan dapatan mereka. Pemilihan buku perlu ada hubung-kaitnya dengan bidang tugas sedia ada. Program membaca buku ini bertujuan memenuhi dasar latihan sekurang-kurangnya 7 hari kursus dalam setahun bagi setiap kakitangan kerajaan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Maklumat Karangan--Kebaikan Budaya Membaca

Idea Pembukaan dan Penutup
·         Pandangan Bush dan Geubner (1975) pula menyatakan bahawa:"Tafsiran symbol tulisan, memahami makna tulisan, penyerapan idea yang dipersembahkan oleh penulis dan proses berfikir adalah konsep membaca."
·         Thorndike (1917) menyatakan bahawa membaca melibatkan proses berfikir, merenung, memberi nilai, membuat analisis dan sintesis, memilih maklumat, membandingkan maklumat dan mengukur maklumat tersebut.
·         Ayat Al-Quran-Surah Al-Alaq 1-5. “(Wahai Muhammad bacalah) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Dia menciptakan manusia daripada sebuku darah beku, bacalah dari Tuhanmu yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”
1.       Satu daripada senaman minda.
·         Senaman minda sama pentingnya dengan senaman fizikal.
·         Membaca akan melakukan satu proses aktif minda anda--menggunakan sel-sel dalam otak untuk berfikir dan mengaktifkan sel-sel tersebut seterusnya membuatkan minda anda menjadi lebih sihat.
·         Minda atau otak yang tidak diaktifkan adalah umpama besi yang tidak dikilatkan dan timbul karat yang akhirnya akan merosakkan besi.
2.       Meningkatkan memori sendiri.
·         Memori yang tidak digunakan akan menjadi lemah.
·         Permainan seperti teka silangkata akan mengurangkan risiko anda untuk nyanyuk di hari tua. Walaupun membaca bukan sejenis permainan, ia dapat membantu meregangkan otot-otot memori dalam cara yang sama seperti anda bermainan permainan yang menggunakan memori.
3.       Mengajar kemahiran mengarang.
·         Kebanyakan bahan bacaan yang dijual di pasaran dikarang oleh para pengarang yang bijak memanipulasikan dan menggunakan ayat bagi menarik pembaca.
·         Apabila kita membaca buku-buku ini, secara tidak langsung kita dapat belajar kemahiran mengarang.
·         Contohnya, apabila kita membaca majalah seperti SOLUSI dan Dewan Masyarakat, secara tidak langsung kita dapat belajar kemahiran mengarang melalui artikel-artikel di dalamnya.
4.       Para pemimpin dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa oleh pihak tertentu yang cuba memutarbelitkan fakta berkaitan kerajaan.
·         Ketua Penerangan UMNO Bahagian Bera, Mohd. Zoolihsan Ahmad menasihatkan supaya  pemimpin dan ahli UMNO mengamalkan budaya membaca untuk menambah pengetahuan dan perkembangan semasa serta mengelak menjadi mangsa pihak tertentu yang cuba memutarbelitkan fakta berkaitan kerajaan.
·         Kebolehan pemimpin berhujah baig mematahkan tohmahan pembangkang dapat mengurangkan bebanan pemimpin peringkat atasan menerangkan isu semasa.


5.       Menguasai dunia.
·         Orang Yahudi telah meletakkan ilmu ke tahap yang paling utama dalam kehidupan mereka.
·         Dengan membaca, mereka dapat menguasai politik, ekonomi, pertahanan hatta memonopoli dan menentukan dasar kehidupan manusia pada hari ini.
·         Pepatah mereka, “Jika kami terpaksa membengkokkan langit demi mengajar anak kami, kami akan melakukannya.”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PEMBERITAHUAN--saja je...

Bosan,tak tau nak buat apa.
Nantikan karangan seterusnya pada cuti pertengahan tahun ini!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MIKHAIL

Cerpen ini adalah satu daripada 2 cerpen yang akan bertanding di Perkampungan Penulis Muda di JB pada 12-14 April 2011.
Semoga mereka berdua berjaya mengharumkan nama sekolah dalam bidang sastera.
Amin~

MIKHAIL
OLEH: MOHAMAD JEFFREY BIN JAMIL

Hotel Concorde, Dubai.   
 28 Jun 2009, Jam 2315

            “Tolong lepaskan saya, apakah dosa saya pada awak?” rintih lelaki tua itu. “Maaf, saya hanya menjalankan tugas saya iaitu bunuh awak” jawab Mikhail. Darah mengalir deras daripada kepala Tuan Berahim. Suara rintihan Tuan Berahim semakin kuat apabila pistol yang dilengkapi silencer betul-betul berada di dahinya. Empat orang pengawal peribadi Tuan Berahim semuanya sudah terbaring bergelimpangan di luar bilik yang bernombor 143, bilik Tuan Berahim menginap. Empat lawan satu, mana mungkin kudrat seprang pemuda yang hanya bersenjatakan sebuah pistol mampu menewaskan empat orang pengawal yang bertubuh sasa, berpengalaman dan bersenjatakan sebuah raifal M-16.
            “Selamat tinggal, Ibrahim.” Jeritan Tuan Berahim tidak kedengaran lagi apabila tembakan dilepaskan, betul-betul ditembak di tengah dahi. Darah memancut-mancut, terkena baju yang dipakai oleh Mikhail. Kedengaran derapan tapak kaki di koridor hotel itu.
            Polis, fikir Mikhail. Sepantas kilat Mikhail cuba menghilangkan kesan dan bukti pembunuhan tersebut. Hatinya berdegup kencang namun cuba dikawal oleh Mikhail. Ini bukan kali pertama dia menyelesaikan misi pembunuhan seperti ini. Tetapi, kali ini dia berasa cemas.
            Mikhail berlari ke balkoni bilik itu. Dia memandang ke bawah. Laut. Rasanya tiada masalah untuk dia melompat dan terjun ke dalam laut bagi menyelamatkan diri. Tiba-tiba, pintu bilik itu terkuak luas, akibat diterajang oleh salah seorang anggota polis Dubai. Mikhail cuba mengundurkan diri bagi mengambil lajak untuk membuat satu lompatan ke arah balkoni walaupun dia sudah diberi amaran jangan bergerak oleh polis di situ. Mikhail berjaya melompat dan terjun ke dalam laut, namun dia berjaya ditembak oleh salah seorang pegawai polis.
            Tempat yang diterjun oleh Mikhail menjadi merah. Merah darah. Pegawai polis hanya memerhati dari balkoni, berharap penjenayah antarabangsa itu sudah mati.

Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur.
29 Jun 2009, Jam 0930
            “Kau gila apa!. Berahim baru mati semalam. Kau jangan pandai-pandai tukar rancangan!” jerit Tuan Malik. Hatinya yang sentiasa tenang kini berubah menjadi sebuah gunung berapi yang meletuskan lavanya. Panggilan yang diterimanya oleh seseorang yang cukup dibencinya membuatkan hatinya panas ditambah pula dengan berita buruk yang didengarinya.
            “Kau takut? 20 tahun yang lepas, 20 tahun yang lepas, pembunuhan Hamid dan isterinya. Kau yang bunuh mereka!” jerit Dickens.
            “Aku tak bunuh. Kau yang bunuh, anjing! Aku cuma sangsi akan kesetiaan dia kepada organisasi. Tapi kau yang bertindak melulu. Kau bunuh mereka!”
            “Haha… Aku tak peduli kau nak cakapa apa pun. Yang penting tidak lama lagi ajal kau akan sampai,” ugut Dickens. Marah bercampur takut menyelubungi perasaan Tuan Malik.



Hotel ibis Al Barsha, Dubai.
1 Julai 2009, Jam 1810
            Dickens memandang Mikhail, baring terlentang di atas katil. Luka yang dialami oleh Mikhail amat dalam, mungkin peluru itu berjaya menembusi daging dan hampir kepada tulang belakang Mikhail. Dickens mengimbas kembali bagaimana dia boleh menemui Mikhail terapung di perairan Dubai.
            Telefon bimbit Mikhail sebenarnya dilengkapi Global Positioning System iaitu GPS, alat untuk mengesan dan mengenalpasti sesuatu lokasi. Mujurlah Dickens berjaya mengaktifkan alat ini, bimbang jikalau Mikhail tidak sempat mengaktifkannya sebelum melaksanakan misi untuk membunuh Tuan Berahim. Dia tahu, manusia yang bernama Mikhail tidak mudah untuk mati kecuali jika ajalnya sudah tiba. Nyawanya begitu liat, terlatih dan dilatih untuk membunuh.
            Timbul rasa kasihan di hati Dickens apabila melihat wajah Mikhail. Baru lepas dia menelefon Tuan Malik, untuk menuntut bela atas kematian Tuan Hamid dan isterinya, iaitu ibu bapa Mikhail. Walaupun dia tahu semuanya palsu belaka.
Syarikat Berita Harian, Kuala Lumpur.
3 Julai 2009, Jam 1005
            Berita kematian ahli perniagaan tanah air, Tuan Berahim yang dibunuh di Dubai menjadi tanda tanya seluruh rakyat Malaysia termasuklah Sofia Malik, seorang wartawan akhbar. Persoalan mula timbul apabila motif pembunuhan Tuan Berahim tidak diketahui. “Pembunuhan kejam,”getus Sofia.
            “Sabar Sofia. Mungkin ada hikmah di sebalik pembunuhan ini. Mungkin Tuan Berahim pernah melakukan kejahatan? Mana kita tahu kan?” luah Rahmat, rakan sekerja Sofia.
            “Aku akan dapatkan jejak pembunuh ini!” janji Sofia.


Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai.
4 Julai 2009, Jam 1255
            “Macam biasa tapi ini sasaran dan misi terakhir,” kata Dickens. Lapangan terbang ini memang agak sesak, tambahan pula Dubai merupakan negara maju, juga negara yang pesat ekonominya.
            Mikhail mengambil gambar itu dari tangan Dickens. Muka Mikhail berkerut menahan sakit. Bisa sakitnya masih belum pudar. Lalu, Mikhail merenung gambar sasarannya. Mukanya Melayu. Rambut penuh beruban. Rasa kasihan terlintas di hatinya namun segera dibuang jauh-jauh.
            “Ingat! Orang inilah yang telah membunuh ibu bapa kau. Kau mesti balas dendam. Jangan biarkan mereka hidup. Balas dendam demi ibu bapa kau,” ujar Dickens.
            Uncle, ini yang terakhir okay? Saya rasa nak meneruskan dan mengusahakan kebun anggur saya di New Zealand,” pinta Mikhail.
            “Okey, ambil barang di Malaysia macam biasa. Orang kita tunggu di sana. Sasaran berada di sekitar Kuala Lumpur,” terang Dickens.
            Mikhail mengangguk. Selepas itu mereka bersalaman dan berpelukan, tanda kemesraan antara mereka. Lalu, Mikhail menyarungkan cermin mata hitamnya dan melangkah masuk ke ruang berlepas, dengan misinya yang terakhir, membunuh Tuan Malik.
            Dickens tersenyum memandang Mikhail melangkah pergi. Dia mengagak akan muncul lagi satu berita tergempar di dada hadapan akhbar Malaysia, berita tentang seorang ahli perniagaan yang terkenal mati dibunuh.



Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
5 Julai 2009, Jam 2324
            Mikhail tiba sekitar jam 11.24 malam. Lagi 36 minit menjangkau ke tengah malam. Dia harus segera mencari tempat penginapannya. Letih dan penat masih menjalar di batang tubuhnya, namun segera digagahkan kakinya menuju ke sebuah kereta hitam yang menunggunya sejak tadi.
            “Mikhail?” tanya lelaki yang memakai topi, duduk di bahagian pemandu.
            “Ya,” jawab Mikhail pendek.
            “Jom, ikut saya. Bos dah lama tunggu,” pinta lelaki itu.
            “Okey,” jawab Mikhail tanpa banyak soal.


Syarikat Gemilang, Kuala Lumpur.
6 Julai 2009, Jam 1530
            Berderau darahnya ketika menerima mesej itu. Terus dia membuat panggilan kepada anaknya, Sofia. “Sofia, datang sini. Ayah nak cakap sesuatu kepada kamu,” pinta Tuan Malik.
            “Okay, saya akan ke sana segera. Ayah tak apa-apa?” balas Sofia.
            “Jangan risau. Ayah okey. Cepat datang,” harap Tuan Malik.
            Telefon bimbitnya segera dimatikan. Dia segera menuju ke bilik air untuk mencuci muka. Otaknya ligat memikirkan cara untuk melepaskan diri. Mana mungkinhati seseorang boleh tenang apabila mengetahui dia akan dibunuh tidak lama lagi.
Syarikat Berita Harian, Kuala Lumpur.
6 Julai 2009, Jam 1535
            Panggilan yang baru diterimanya merunsingkan hatinya. Tentu bapanya ingin memberitahu dia sesuatu perkara yang amat penting.
            Namun, fikirannya beralih kepada maklumat yang baru ditemuinya. Tuan Berahim pernah disyaki terlibat dalam kes pembunuhan misteri keluarga Tuan Hamid. Yang peliknya, anak Tuan Hamid iaitu Mahmud Bin Hamid hilang tanpa meninggalkan ssebarang kesan, sama ada dibunuh atau diculik.
            Kes yang sudah lama ditutup itu diselongkar balik kerana berkaitan dengan Tuan Berahim. Di manakah Mahmud Bin Hamid menghilang? Walau apapun, terima kasih diucap kepada Rahmat kerana telah membantunya mencari maklumat tersebut.


Hotel Lionsgate, Kuala Lumpur.
6 Julai 2009, Jam 1600
            Mikhail bersembunyi di atas bumbung salah sebuah hotel bertaraf lima bintang, tidak jauh dari bangunan kebanggaan negara Malaysia iaitu Menara Berkembar Petronas, juga tidak jauh dari bangunan Syarikat Gemilang. Sepucuk senjata api automatik jenis The. 1000 Whisper diletakkan pada kedudukan selesa untuk melepaskan tembakan. Sasarannya, Tuan Malik.
            Senjata canggih itu diperbaharukan teknologinya sejak model awal The. 300 Whisper. Senjata yang digunakan menyerupai Long Range Pistol, mempunyai bidikan berkelajuan tinggi 1,100 kaki per saat, tembakan senyap seperti dengusan angindan dilengkapi dengan sebuah teropong. Hasil bidikan menggunakan The. 1000 Whisper mengurangkan proses mushrooming- seperti kebanyakan senjata api. Biasanya peluru akan pecah pada hujungnya, sama seperti seketul tanah liat yang pecah sebaik dilemparkan pada dinding. Proses ini membuatkan tenaga luncuran peluru semakin berkurangan. Proses inilah yang dinamakan mushrooming. Senjata ini diberi oleh lelaki yang membawanya ke hotel itu sebentar tadi.
            Dia terus memerhati. Menanti untuk melepaskan tembakan pada masa yang sesuai.

Syarikat Gemilang, Kuala Lumpur.
6 Julai 2009, Jam 1610
            “Ayah, kenapa ayah panggil saya ke sini?” tanya Sofia selepas bersalaman dengan ayahnya.
            “Dengar sini Sofia. Ayah nak kamu percaya dan bertenang dengan apa yang ayah katakan,” kata Tuan Malik. Air mata bergenang di mata Tuan Malik.
            “Kenapa ayah? Ayah, ceritalah kepada saya apa yang terjadi,” pinta Sofia.
            “Sebenarnya… ayah… ayah seorang pembunuh!”
            Sofia terkejut. Hatinya bagaikan disambar halilintar. Degupan jantungnya bertambah laju. Sofia meraung semahunya. Dia separuh pitam.


Hotel Lionsgate, Kuala Lumpur.
6 Julai 2009, Jam 1619
            Bidikan Mikhail tidak pernah tersasar. Pada jarak antara 400 hinggalah 500 meter, tidak sukar untuk menembak tepat ke dahi Tuan Malik. Serta merta Mikhail meletakkan mata kanan ke lubang teropong. Disasarkan terus ke arah Tuan Malik. Seketika, dia tergamam. Nafas panjang terhembus spontan. Dia bukannya meneropong ke arah Tuan Malik tapi anaknya, Sofia.
            Wajah Sofia menjadi besar pada penglihatannya menerusi teropong berkuasa tinggi itu. Dia lihat Sofia terbaring di atas sofa. Mengapa? Entah mengapa, dia terfikir ratusan kali untuk melepaskan tembakan. Matahari terik memancar, hamper waktu zuhur. Keringat mulai berjejeran.
            Tiba-tiba, satu suara menggigit-gigit telinganya. Memilukan bunyinya. Namun setelah diamati seketika, bunyi dan suara itu amat merdu. Mikhail melihat jam tangannya.Pukul 1.15 petang. Dia mengamati suara itu. Suara yang pernah didengarinya ketika membunuh Tuan Abu di Amman, Jordan.
            Entah mengapa, Mikhail tiba-tiba sahaja mencampakkan senjata The. 1000 Whispernya ke bawah. Senjata itu jatuh dan pecah. Tidak pernah selama ini perasaan sebegitu muncul.
            “Argh!” jerit Mikhail sekuat hati. Dia menutup telinganya sambil berguling-guling di atas lantai, menahan kesakitan yang amat sangat. Kesakitan yang amat sangat.


Hotel Ramses Hilton, Cairo, Mesir.
6 Julai 2009, Jam 1620
            “Kenapa Malik belum mati lagi? Bila kau nak bunuh dia?” jerit lelaki misteri itu.
            “Ya… ya… Nanti saya akan lakukan dengan segera, tuan,” kata Dickens dengan terketar-ketar.
            Better you do it fast or you will be damn die soon!” kata lelaki misteri itu dengan kasar.
            “Ya… ya… tuan,” ujar Dickens.
            Telefon bimbit dimatikan. Dickens mengeluh berat. Dia harus segera menghubungi Mikhail, lambat atau cepat, Malik harus mati.


Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur.
6 Julai 2009, Jam 2015
            Sebuah kereta Waja berwarna hitam berhenti apabila lampu merah bernyala. Seorang wanita yang dahulu berani mengemukakan kebenaran dan menegakkan keadilan kini semahu-mahunya ingin menyembunyikan kebenaran dan menegakkan kebatilan berada dalam kereta itu. Sofia hanya mampu menangis, apabila mendapat tahu ayahnya bersubahat membunuh rakan kongsinya sendiri iaitu Hamid. Dia bersama Berahim, Abu dan ketuanya, Dickens telah bersubahat untuk membunuh Hamid.
            Tiba-tiba pintu keretanya dibuka dan ditutup dengan cepat. Sofia menoleh. Belum sempat dia menoleh sepenuhnya, satu arahan didengarinya.
            “Cepat bergerak. Belok kanan, menuju ke Jalan Tun Abdul Rahman. Pandu dengan perlahan dan jangan melakukan perkara bodoh,” tegas lelaki misteri itu, sambil menghalakan sepucuk pistol yang dilengkapi silencer, mungkin boleh menembusi tempurung kepalanya.
Syarikat Gemilang, Kuala Lumpur.
6 Julai 2009, Jam 2030
            “Kau nak apa lagi Dickens. Tak cukup kau buat hidup aku terseksa? Aku nak kau jangan kacau aku dengan anak aku!” tegas Tuan Malik.
            “Haha… aku tak nak apa-apa. Aku nak kau kau mati. Mati! Faham?” ujar Dickens.
            “Kau jangan cuba nak takutkan aku. Aku akan bocorkan rahsia kau dan organisasi kita kalau kau cuba ugut aku!” balas Tuan Malik.
            “Okey, aku tak ugut kau. Tapi ingat, sebelum kau bocorkan rahsiaini, kau dah berada di neraka! Haha… “ gelak Dickens.
            Telefon bimbit segera dihempaskan ke dinding. Telefon bimbit itu pecah berderai. Tuan Malik berdiri dan mundar-mandir sambil menggosok pelipisnya. Takut dan gusar menyelubungi perasaan Tuan Malik.
            Dua biji Panadol ditelan dan diteguk bersama air mineral. Dia cuba menenangkan dirinya dengan mengambil Panadol.
            Dia terpandang fota anaknya. Wajah anaknya, Sofia mirip akan ibunya. Tergerak pula hatinya untuk pulang ke rumah.
            Dia segera menutup komputer ribanya dan mengemas fail-fail yang berselerak. Dia mengambil kunci kereta Mercedez Benznya; memandu bersendirian ke rumah banglonya di Damansara.


Jalan Tun Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
6 Julai 2009, Jam 2040
            “Awak siapa? Apa yang awak mahu dari saya?” tanya Sofia kepada lelaki itu sambil memandu keretanya dengan kelajuan yang agak perlahan.
            Jalan Tunku Abdul Rahman pada malam itu agak lengang. Biasanya pada malam minggu agak sesak dengan pemuda-pemudi ibu kota.
            “Saya Mikhail. Terus terang saya katakana, saya akan bunuh ayah awak,” jawab Mikahil.
            “Kenapa? Mengapa ayah saya menjadi sasaran awak?” pinta Sofia sambil mengalirkan air mata yang semakin deras.
            “Sebab ayah awak dah bunuh ibu bapa saya!” tegas Mikhail. Dia sendiri tidak pasti adakah benar ibu bapanya dibunuhu oleh Malik dan rakan-rakannya kerana Pak Cik Dickens yang menceritakan perkara itu kepadanya.
            “Ya Allah… kuatkanlah hati hamba-Mu ini,” kata Sofia.
            “Sofia, pandu hingga ke rumah awak. Saya nak selesaikan malam ini juga,” kata Mikhail.
            Kereta Waja meluncur laju menuju ke Damansara. Malam penentuan antara hidup dan mati di rumah Tuan Malik.


Rumah Tuan Malik, Damansara.
6 Julai 2009, Jam 2100
            Tuan Malik meletakkan kereta mewahnya di ruang letak kereta rumahnya. Dia keluar dari keretanya dan menuju ke pintu utama. Dia menolak pintunya. Tidak berkunci, fikir Tuan Malik.
            Lampu tiba-tiba dibuka ketika Tuan Malik masuk ke dalam rumahnya. Terkejut bukan kepalang apabila melihat anaknya diacukan pistol oleh seseorang lelaki yang tidak dikenalinya.
            “Lepaskan anak aku!” jerit Tuan Malik. Dia mengacukan pistol yang memang sudah tersisip di pinggangnya ke arah Mikhail.
           “Letak senjata kau. Aku kira sampai tiga. Satu…dua…” Mikhali mengira. Tuan Malik tiada pilihan lain. Dia meletakkan pistolnya ke lantai.
           “Malik, bersedia untuk mati. “Mikhail mengacukan pistolnya ke arah Tuan Malik. Tuan Malik menutup mata, mengangkat tangannya dan berlitut di hadapan Mikhail. Jantungnya berdegup, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa takutnya Tuan Malik.
            “Jangan! Ayah, ceritakanlah perkara sebenar… tolong ayah,” rayu Sofia. Habis basah bajunya dibasahi oleh air matanya sendiri.
            “Malik, betulkah kau membunuh ibu bapa aku?” soal Mikhail.
            “Sebelum kau bunuh aku,aku nak tahu siapa kau,” pinta Tuan Malik.
            “Akulah anak Tuan Hamid. Angkara kalian, ibu bapa aku menjadi mangsa! Tamak dan nafsu menguasai diri, memang menempah kerugian diri!” jerit Mikhail sambil menumbuk meja makan hingga retak menanti belah.
            ‘Jadi, inilah dia Mahmud yang hilang 20 tahun lalu,’ fikir Sofia sambil menuju ke  arah bapanya.
            “Sebenarnya begini kisahnya….”  Tuan Malik memulakan ceritanya.
                                 * * * * * * * * * * * * * *


Imbas kembali… 20 tahun yang lalu.
Rumah Tuan Hamid. Pukul 11.35 malam.


            “Mud, dengar cakap mak. Sembunyi bawah katil sana. Cepat!” kata Puan Normala kepada Mahmud.
            “Kenapa mak? Ya mak,” kata Mahmud.
            Mahmud cepat-cepat masuk ke bawah katil dan bersembunyi.

* * * * * * * * * * * * * * * *
            “Haha! Kau nak mati? Hehe, sebentar lagi ya,” kata Berahim. Dia, Abu dan Malik mengelilingi Hamid.
            “Hang semua jangan la gini. Depa memang setia dengan organisasi. Depa dah janji,nyawa sebagai galang ganti jika depa mungkir,” jawab Hamid terketar-ketar.
            “Ni apa? Gambar hang bagi fail kat polis,ha! Hang ingat ini organisasi apa? Antarabangsa punya oi! Serata dunia punya ahli cari hang kalau hang bocor rahsia. Dickens tau mampos hang!” ujar Abu.
Hamid menyambut fail yang diberi oleh Malik kepadanya. Dia membuka fail itu. Memang betul gambarnya sedang member sesuatu kepada mata-mata di situ.
            “Ni palsu! Hang semua tak kan tak  percaya kat aku!” jerit Hamid.
            “Maaf la, kami tak da cara lain,” Malik berkata. Mereka semua, Abu,Berahim dan Malik terus menyeret Hamid menuju ke pintu utama. Hamid menjerit-jerit memanggil isterinya. Puan Normala terus turun dari tingkat atas sambil memohon agar suaminya dilepaskan.
            Bang! Bang! Dua das tembakan kedengaran.


                       * * * * * * * * * * * * * * * * * *
            Mahmud menangis tanpa henti. Dia cuba menutup mulutnya daripada mengeluarkan sebarang bunyi. Dua das tembakan membuatkan dia kecut perut. Mahmud mengelap air mata yang bercucuran.


                                               * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
            “Bodoh! Bising saja tau!” jerkah Dickens. Mata Puan Normala terbeliak, sambil melihat perutnya ditembak dua kali oleh Dickens. Dia tumbang, terbaring menahan kesakitan.
            “Nor!” jerit Hamid. Dickens menghampiri Normala dan terus melepaskan sebanyak mungkin tembakan sehingga magazine pistolnya habis. Ditukar pula magazine yang baru ke dalam pistolnya.
            Darah memercik ke merata tempat. Nyawa seorang insan yang tidak berdosa melayang pada malam itu. Muka Normala ditembak berkali-kali sehingga rupanya tidak dapat dicam oleh Hamid sendiri.
            “Dan kau pula Hamid! Disebabkan kau, organisasi di Malaysia dapat dihidu oleh polis!” jerit Dickens. Giliran Hamid pula ditembak bertalu-talu.
            Malik, Abu dan Berahim kaget melihat tindakan gila Dickens. Ini sudah tersimpang jauh daripada rancangan asal mereka iaitu hanya menculik Hamid dan menghantarnya ke organisasi di selatan Thailand.

* * * * * * * * * * * * * * * * *
            “Apa kau buat ni,Dickens? Are you out of your mind?” ujar Malik.
            “Memang aku gila. Aku nak kalian semau berpecah dan jangan bocorkan rahsia ini. Organisasi bagi setiap seorang US$ 100 000, berniaga dan cari kekayaan,”kata Dickens sambil mengelap darah yang berada di mukanya.
            Mahu tidak mahu, Malik , Abu dan Berahim harus menuruti arahan orang putih yang bertopengkan syaitan itu.

                                  * * * * * * * * * * * * * * * * * *
            Boy,where are you?” kata Dickens sambil menuruti anak tangga itu. Mahmud mendengar suara yang memanggilnya. Tangisan Mahmud semakin lama semakin kuat.
            Pintu biliknya di kuak perlahan. Mahmud melihat kaki seseorang sedang mengelilingi katil itu.
            “Mahmud! Come here,uncle nak selamatkan kamu,” Dickens memujuk sambil menghulurkan tangannya kepada Mahmud.
            Mahmud tanpa berfikir panjang segera menyambut tangan Dickens, menganggap Dickens sebagai ‘penyelamatnya’.
            Mahmud dibawa oleh Dickens di suatu tempat yang sangat jauh. Mahmud penat namun dipaksa oleh Dickens. Dickens sentiasa senyum kepada Mahmud.


Rumah Tuan Malik, Kuala Lumpur.

            “Itulah ceritanya, Mahmud. Tidak sangka, Dickens membawa kau pergi dan melatih kau sebagai pembunuh professional,” kata Tuan Malik.
            “Mengapa saya, pak cik? Apa dosa ibu bapa saya…”kata Mikhail. Air jernih mulai mengalir ke pipi Mikhail.
            Dalam fikiran Mikhail hanya satu sahaja,bunuh Dickens. Mikhail memandang Sofia dan menggenggam tangannya. “Tolong saya…bantu saya bertaubat,”pinta Mikhail.
            Sofia mengangguk. Mereka semua menangis. Menangis dalam kegembiraan yang diulit kesedihan,akibat perbuatan orang putih yang bertopengkan syaitan iaitu John Dickens.





Hotel & Kasino Luxor, Las Vegas, Amerika Syarikat.
11 Oktober 2009, Jam 0224
            Setelah puas meneguk air syaitan di pub, Dickens segera menuju ke biliknya. Bilik yang ditempah US$ 3000 semalam tidak akan disia-siakannya. Berparti, mabuk dan juga judi menjadi amalannya sehari-hari.
            Pintu dibuka. Dickens dengan terhuyung-hayangnya menuju ke bilik air. Muntah-muntah.
            Dia bersandar ke kerusi. Menstabilkan fikiran,emosi dan mualnya. Memerhati suasana biliknya.
            “Hai, Dickens.” Satu suara muncul. Suara yang amat dikenalinya.
            “Mikhail…what are you doing here?” kata Dickens.
            Mikhail mengacukan pistolnya di dahi Dickens. Mikhail sudah biasa memecah masuk dan bersembunyi di dalam bilik tanpa disedari. Sudah dilatih dan terlatih.
            Jadi kau dah tahu semuanya…kau nak bunuh uncle?” kata Dickens. Peluh jantan membasahi muka Dickens.
            “Kau bunuh ibu bapa aku. Kau bawa aku lari,pergi Thailand. Hantar aku pergi Russia. Kau brainwash aku sampai aku lupa siapa aku. Kau buat macam kau tak bersalah pun. Kau hasut aku supaya bunuh semua saksi pada malam itu. Memang kau tak bersalah pun, kan?” luah Mikhail dengan tegas.
            “Mick, kau bertindak mengikut arahan,kan…jangan la macam ni…”pujuk Dickens.
            “Ya,memang aku mengikut arahan. Arahan daripada Mahmud Bin Hamid. Any last words?” tanya Mikhail.
            “Argh!” Dickens cuba melawan namun dia fikirannya dikuasai oleh air kencing syaitan yang diteguknya. Namun, Mikhail yang sememangnya dilatih dan terlatih untuk membunuh cekap menguasai keadaan.
            Picu ditarik. Darah tersembur keluar membentuk percikan merah di dinding. Mikhail berasa lega walaupun perasaannya diulit rasa bersalah. Mikhail sudah berjanji kepada dirinya, ini yang terakhir. Segala dendamnya sudah terlunas. Selepas ini,dia akan kembali ke Malaysia, bertemu Sofia yang akan membimbingnya untuk dia kembali pulang ke pangkal jalan.


Masjid Negara,Kuala Lumpur.
14 Mac 2011, Jam 1910
            Suara azan sayup bergema, menandakan masuknya waktu maghrib. Mahmud segera membuka paip air dan terus mengambil wuduk. Keadaan jemaah di Masjid Negara agak lengang, memandangkan gerimis mulai turun sejak asar tadi. Mahmud segera merapatkan saf dan solat maghrib secara berjemaah. Penuh khusyuk dan tawaduk.
          Selesai solat maghrib secara berjemaah,dia terus memandu ke Damansara, bertemu dengan isterinya yang tercinta,Sofia. Sofialah yang telah banyak membantu Mikhail kembali ke pangkal jalan. Bapa mertuanya, Tuan Malik kini sudah kembali ke rahmatullah ketika mengerjakan haji tahun lalu.
            Air mata berciciran memikirkan dosa besar yang dilakukannya. Sepanjang perjalanannya ke rumah arwah ayah mertuanya, Tuan Malik di Damansara , dia lebih banyak menghabiskan masanya di dalam kereta dengan bertasbih, berzikir dan bertahmid mengharapkan keampunan dan keerdhaan Allah S.W.T. Keinsafan mula sebati dengan dirinya.
            Dia berharap, selepas dia dan Sofia berpindah ke Genting Highlands, dia akan memulakan hidup baru dan melupakan tragedi hitam yang menimpa dirinya itu.

--Selesai—

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS