MAKLUMAT TENTANG KARANGAN “KEPENTINGAN PERTUBUHAN DUNIA KEPADA NEGARA”

MAKLUMAT TENTANG KARANGAN “KEPENTINGAN PERTUBUHAN DUNIA KEPADA NEGARA”

*******************************************
1.KESIHATAN
WHO-Pertubuhan Kesihatan Sedunia

Sebuah agensi khas di bawah PBB yang bertindak sebagai kuasa yang menyelaras tentang kesihatan penduduk dunia

Menyelaras usaha antarabangsa untuk mengawal penyakit berjangkit daripada merebak seperti SARS,HIV/Aids,tuberculosis,malaria dan influenza—juga membiayai program2 untuk menghalang dan merawat penyakit2 itu.

Membantu pembangunan dan pengagihan vaksin yang efektif dan selamat,diagnosis farmaseutikal dan dadah(ubat).

Membantu merawat dan membasmi penyakit2 berbahaya. Contohnya,setelah 20 tahun berusaha,pada 1980 WHO isytihar bahawa penyakit smallpox telah berjaya dibasmi

Membantu dan mempromosikan penggunaan fasiliti untuk memperkasakan sistem kesihatan. Contohnya,Kit Peralatan HIV/Aids rasmi yang pertama di dunia

Menjalankan pelbagai kempen yang berkaitan kesihatan,seperti kempen menggalakkan penduduk dunia memakan buah-buahan dan sayur-sayuran;kempen tidak menggalakkan penggunaan tembakau

Mempromosikan pembangunan negara ahli untuk menggunakan dan mencipta kajian yang membantu keperluan negara dengan cara menyokong sistem penyelidikan kesihatan nasional dan mempromosikan platform maklumat seperti EVIPNet(Evidence Informed Policy Network)

Menjalankan kajian kesihatan. Contohnya,kajian untuk menentukan sama ada dalam masa beberapa tahun ke hadapan,sesebuah negara itu mempunyai tahap kesihatan yang bagus atau tidak;kajian tentang gelombang elektromagnet pada persekitaran telefon bimbit yang mampu memberi kesan kepada kesihatan;dan hasil kajian yang mengesyorkan penggunaan gula dalam diet yang sihat mesti tidak melebihi 10 peratus.

Menjalankan tinjauan berkaitan kesihatan. Contohnya,Tinjauan Kesihatan Dunia yang meliputi 308000 responden daripada 70 negara;Tinjauan tentang Pengusiaan Global dan Kesihatan Dewasa yang meliputi 50 000 orang dari 23 negara;Tinjauan Kesihatan Mental Sedunia;Instrumen Kualiti Hayat WHO;Skala Penilaian Ketidakupayaan WHO
********************************************


2.SUMBER PETROLEUM
OPEC—Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum

Sebuah pertubuhan yang ditubuhkan semasa Persidangan Baghdad pada 1960 oleh Iran,Iraq,Kuwait,Arab Saudi dan Venezuela

Kini beroperasi di Vienna,Austria dan mengandungi 11 negara sebagai ahlI

Ditubuhkan dengan tujuan:memastikan kestabilan harga dalam pasaran minyak dengan satu pandangan;memastikan pendapatan yang stabil kepada negara-negara pengeluar;memberi pemulangan modal yang adil terhadap sesiapa yang melabur dalam industri petroleum

OPEC memegang 2/3 daripada simpanan minyak dunia dan menyumbang 40 peratus keluaran minyak dunia serta separuh daripada hasil eksport

Keputusan OPEC mempunyai pengaruh kuat ke atas harga minyak antarabangsa
*******************************************


3.BANTUAN KEWANGAN
IMF—Tabung Kewangan Antarabangsa

IMF ialah organisasi antarakerajaan yang melihat sistem kewangan global dengan cara mengikuti polisi makroekonomi negara ahlinya

IMF ditubuhkan dengan objektifnya untuk menstabilkan kadar tukaran antarabangsa dan membantu pembangunan melalui penguatkuasaan yang meliberalkan polisi ekonomi negara-negara lain sebagai suatu kondisi untuk pinjaman,penstrukturan semula atau bantuan

IMF juga menawarkan pinjaman dengan pelbagai tahap kondisi,terutamanya kepada negara-negara miskin

Ibu pejabatnya di Washington,AS

IMF mengibaratkan dirinya sebagai “sebuah organisasi 187 negara,bekerja untuk membantu kooperasi kewangan global,kestabilan perbelanjaan yang selamat,fasilitikan perdagangan antarabangsa,mempromosikan pekerjaan yang banyak dan pertumbuhan ekonomi yang kukuh.

IMF telah mencipta satu sistem standard yang membimbing para ahli dalam penyebaran data ekonomi dan perbelanjaan negara kepada umum iaitu GDDS(General Data Dissemination System) dan SDDS(Special Data Dissemination System)

Objektif utama GDDS adalah untuk menggalakkan negara ahli IMF untuk membina rangka bagi menaiktaraf kualiti data serta meningkatkan kapasiti binaan statistik. Ini juga melibatkan penyediaan meta data yang memaparkan latihan koleksi statistik semasa dan mengeset pelan menaiktaraf. Dengan pembinaan rangka ini,negara boleh menilai keperluan statistikal,mengeset prioriti dalam penaiktarafan ketepatan masa,kepercayaan dan pengaksesan data ekonomi dan perbelanjaan
****************************************

4.EKONOMI
AFTA—ASEAN Free Trade Area

AFTA ialah perjanjian blok perdagangan oleh ASEAN yang membantu pengeluaran tempatan di semua negara ASEAN

Objektif utama AFTA ialah :meningkatkan persaingan ASEAN sebagai pengeluar asas di pasaran dunia;menarik lebih banyak pelaburan terus dari negara asing ke ASEAN

Ahli ASEAN dapat mengenakan cukai terhadap barangan daripada luar ASEAN berdasarkan jadual nasional segara itu

Ahli ASEAN ada pilihan untuk mengecualikan produk daripada (Cukai Berkeutamaan Umum Efektif)CEPT dalam 3 keadaan:1.Pengecualian sementara;2.Produk pertanian yang sentitif;3.Pengecualian umum

Ahli ASEA ada potensi untuk mengaut keuntungan penting daripada pelaburan dalam pemulihan fasiliti perdagangan jangka panjang,melihat pada pembaharuan cukai yang komprehensif melalui AFTA

Pembaharuan pada fasiliti pelabuhan dan persaingan dalam sektor perkhidmatan internet akan mengembangkan perdagangan ASEAN sebanyak 7.5 peratus ($22 bilion) dan 5.7 peratus ( $17 bilion) secara respektif

ECOSOC—Majlis Ekonomi dan Sosial PBB

Mengumpul maklumat,menasihatkan ahli-ahli negara dan membuat cadangan

Memberikan polisi kepaduan dan menyelaras fungsi2 badan ekonomi subsidiari PBB yang bertindih

****************************************
5.AKTIVITI KULTURAL

S.E.A. Write Award-anugerah sastera yang diberikan kepada penulis dan penyajak daripada penduduk Asia Tenggara. Anugerah ini diberikan atas kerja spesifik penerima ataupun penghargaan kepada pencapaian penerima sepanjang hayat

ASAIHL(Pertubuhan Institusi Pengajian Tinggi Penduduk Asia Tenggara) yang berjuang untuk mengukuhkan IPT di kawasan ASEAN

ASEAN Heritage Parks yang ditubuhkan untuk melindungi khazanah semula jadi di kawasan ASEAN. Khazanah semula jadi yang dilindungi di negara kita ialah Taman Negara,Taman Negara Gunung Mulu dan Taman Negara Kinabalu

Biasiswa ASEAN yang meliputi biasiswa untuk kemudahan,makanan,kelebihan perubatan dan insuran kemalangan,yuran sekolah dan yuran peperiksaan. Diberikan kepada ahli ASEAN

ASEAN University Network ( AUN ) ialah konsortium universiti di Asia Tenggara oleh 11 universiti di negara ahli

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Langkah-langkah Mengatasi Penyalahgunaan Dadah

Dedicated to 4S1 under Class Monitor's order


LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENYALAHGUNAAN DADAH

Oleh:Muhd. Nur Adzmi bin Mohd. Ayub

Diedit oleh:Akmal Adib bin Fadzil


Dasawarsa ini,sama ada kita sedar ataupun tidak,kita telah dihidangkan dengan pembangunan politik,ekonomi dan sosial yang semakin gah di mata dunia. Namun,di sebalik kejayaan itu,kita acap kali tersentak dengan permasalahan penagihan dadah dalam kalangan rakyat kita. Setiap tahun,jumlah penagih dadah semakin meningkat terutama sekali dalam kalangan remaja. Rakyat pula hanya tahu menuding jari mereka pada pihak kerajaan kerana peningkatan yang berlaku. Sememangnya kita telah sedia maklum bahawa penagih dadah sukar untuk meninggalkan najis dadah ini kerana bahan nikotin yang terdapat di dalam dadah yang menyebabkan ketagihan. Golongan penagih dadah ini pula tidak boleh dihalang daripada berhenti menghisap dadah secara tiba-tiba. Mengikut konsep ‘Mencegah itu lebih baik daripada merawat’,jumlah penagih dadah harus dikurangkan daripada mengurangkan jumlah penagih dadah yang perlu dirawat. Oleh hal yang demikian,kita haruslah melaksanakan beberapa langkah yang efektif dan pragmatik bagi mengatasi masalah penagihan dadah.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapalah individu yang dapat membentuk peribadi anak-anak. Sabda Rasulullah SAW, “Anak-anak umpama sehelai kain putih,terpulanglah kepada ibu bapa untuk mencorakkannya sama ada Yahudi,Majusi atau Nasrani”. Oleh hal yang demikian,ibu bapa haruslah memainkan peranan penting dalam membantu usaha pencegahan penagihan dadah. Langkah ini perlu dilakukan sejak anak-anak masih kecil lagi persis pepatah Melayu,melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dato’ Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak,Perdana Menteri Malaysia pernah berkata, “Teruskanlah pengukuhan peranan keluarga sebagai institusi masyarakat yang lalu mengimpikan satu generasi bebas dadah”. Menurut kata-kata beliau,institusi kekeluargaan perlulah diperkukuh dan program keluarga sakinah perlulah dilaksanakan pada setiap keluarga. Hal ini adalah demikian kerana keluarga yang berpecah belah merupakan punca anak-anak mudah terjerumus ke dalam gejala negatif seperti menghisap dadah. Oleh sebab itu,ibu bapa perlulah mewujudkan satu suasana harmoni dalam institusi kekeluargaan dan mengambil tahu hal-hal peribadi anak-anak bagi emmbantu kerajaan mencegah masalah penagihan dadah.

Selain itu,masyaraakt juga memainkan peranan penting dalam pencegahan penagihan dadah. Sebagai contoh,Rukun Tetangga,Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang memantau kawasan-kawasan yang sering menjadi sarang penagihan dadah seperti di flat-flat terbiar dan kawasan felda. Tugas masyarakat adalah untuk membuat rondaan dan melaporkan kepada pihak berkuasa jika berlaku kes penagihan dadah. Hai ini adalah disebabkan oleh tempat-tempat penagihan dadah seperti di rumah-rumah kosong perlulah dihapuskan bagi mengelakkan kes penagihan berlaku di tempat yang sama. Hal ini persis pepatah Melayu,seperti pisang berbuah dua kali. Kebanyakan masyarakat pada era globalisasi ini hanya mengetahui konsep ‘man-to-man marking’ digunakan pada permainan bola sepak. Namun demikian,konsep ini juga boleh digunakan sebagai subdaya pencegahan penagihan dadah. Konsep ini diasaskan oleh Claudio Gentile dan telah berjaya melumpuhkan pergerakan penyerang pihak lawan ketika itu iaitu Diego Maradona. Konsep ini juga boleh digunakan dalam pencegahan penagihan dadah. Kita perlulah mendampingi golongan penagih dadah untuk membimbing mereka kembali ke pangkal jalan. Ironisnya,masyarakat juga turut membantu dalam pencegahan penagihan dadah.

Kita sepatutnyaberterima kasih kepada pihak kerajaan kerana telalh membantu mencegah penagihan dadah. Tamsilnya,Karnival 6 Jahanam yang telah dirasmikan oleh Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi. Karnival ini bertujuan membenci 6 jenis dadah utama iaitu ganja,syabu,heroin,morfin,opium dan kodein. Pihak kerajaan juga perlulah komited dalam usaha membantu mencegah penagihan dadah dengan melakukan pelbagai aktivitibergiat secara aktif dalam usaha merealisasikan impian negara untuk bebas daripada masalah dadah pada tahun 2015. Tanggal 19 Februari pada setiap tahun telah dipilih oleh pihak kerajaan sebagai Hari Anti Dadah Kebangsaan yang secara tidak langsung dapat mengingatkan bekas penagih dadah akan bahana dadah di samping memberi peringatan kepada masyarakat. Pihak kerajaan juga perlu memperketatkan lagi undang-undang sedia ada seperti Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun1952. Dengan cara itu,masyarakat akan takut untuk terlibat daalm gejala dadah dan sekaligus mengurangkan jumlah penagih dadah yang bertaburan di negara kita.

Satu realiti yang memang tidak dapat diketersampingkan lagi bahawa pihak sekolah turut membantu mencegah penagihan dadah. Impian untuk mendapat murid yang bebas daripada gejala dadah boleh dihasilkan melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek rohani,jasmani dan intelek. Melalui falsafah ini,murid akan menjadi seorang yang berdisiplin dan tidak mudah terlibat dengan kancah gejala sosial kerana jati diri yang telah dipupuk dalam diri. Selain itu,penerapan unsur nilai murni dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Pendidikan Moral juga turut membantu mencegah amalan penagihan dadah. Tamsilnya,pelajar tidak akan mendekati najis dadah setelah mengetahui kesannya daripada pembelajaran mata pelajaran di atas. Hal ini secara tidak langsung dapat merealisasikan misi kerajaan untuk melahirkan sekolah bebas dadah menjelang tahun 2012.

Lazimnya,kita mengetahui rakan merupakan tempat mengadu masalah dan meluahkan perasaan. Sebagai rakan yang mengambil perhatian,mereka akan membantu rakan mereka untuk menyelesaikan masalah. Namun di sini,titik mulanya seseorang itu menghisap dadah ialah apabila rakan mereka yang jahat cuba mengajak mereka terlibat dengan kancah dadah. Mengikut sumber Agensi Anti Dadah Kebangsaan ( AADK ),54.21 peratus penagih dadah berpunca daripada pengaruh rakan. Oleh hal yang demikian,seseorang individu perlulah bijak memilih rakan. Seseorang individu itu juga perlu memantapkan diri mereka dengan jati diri yang kukuh bagi menghadapi arus rintangan yang cuba untuk merobohkan jati diri mereka. Penerapan ilmu agama dalam diri dan pendekatan diri kepada TUHAN dapat membantu meningkatkan jati diri. Oleh hal yang demikian,seseorang individu itu perlulah bijak memilih rakan bijak untuk memikirkan alasan untuk menolak ajakan untuk melibatkan diri dalam kancah penagihan dadah. Ingatlah peribahasa Melayu yang mengatakan janganlah sudah terhantuk baru hendak terngadah yang bermaksud janganlah sudah terlibat dengan gejala dadah baru hendak menyesal.

Sebagai penutup coretan,kita sebagai rakyat Malaysia perlulah berkolaborasi dengan pihak kerajaan persis pepatah Melayu,bagai aur dengan tebing untuk mencegah penagihan dadah. Cuba bayangkan jikalau negara kita mengandungi ramai penagih dadah,sudah pasti negara akan porak peranda. Banyak kes kecurian berlaku dan institusi keluarga sakinah pasti tidak akan wujud lagi. Hal ini berlaku kerana dadah memerlukan wang untuk dibeli dan seorang penagih sanggup melakukan apa-apa sahaja termasuk mencuri untuk mendapatkan wang bagi membeli dadah. Oleh sebab itu,langkah yang efisien dan pantas perlu dilakukan mulai sekarang bagi memastikan hasrat kerajaan untuk mencapai negara bebas dadah pada tahun 2015.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kesan-kesan Penyalahgunaan Dadah

Dedicated to 4S1 under Class Monitor's order:
KESAN-KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH
Oleh:Akmal Adib bin Fadzil

Sudah hampir 54 tahun negara Malaysia telah mencapai kemerdekaan. Semenjak tahun 1957 sehinggalah kini,Malaysia telah mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang. Namun,di sebalik semua kemajuan ini,terdapat pelbagai masalah yang perlu dihadapi. Masalah nombor satu yang negara sedang hadapi kini ialah penyalahgunaan dadah. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga,dadah ditakrifkan sebagai ubat-ubatan. Dadah juga ditakrifkan sebagai bahan yang merosakkan atau membinasakan orang yang menggunakannya berlanjutan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa semua penagih dadah telah merosakkan diri mereka sendiri baik dari segi fizikal,rohani,mental mahupun emosi. Kalau tiada angin,masakan pokok bergoyang;kalau tiada penyalahgunaan dadah,masakan ada kesan-kesannya. Terdapat banyak kesan yang berlaku akibat penyalahgunaan dadah di negara ini.

Satu daripada kesan-kesan penyalahgunaan dadah boleh dilihat pada perempuan-perempuan yang sedang hamil. Kajian terperinci telah menunjukkan penyalahgunaan dadah semasa tempoh kehamilan boleh memudaratkan proses perkembangan janin. Dua risiko utama akibat kemudaratan tersebut ialah fenomena yang yang dikenali sebagai kecacatan rupa paras dan tingkah laku yang tidak normal. Penggunaan dadah juga boleh memberikan kesan terhadap mental para ibu yang mengandung dan membuatkan mereka ketagihan. Dadah-dadah yang boleh memberi kesan mental dengan memasuki bahagian otak ibu akan memasuki bahagian uri dan membawa kesan yang mudarat kepada janin. Selain itu,penggunaan kokain semasa tempoh trimester pertama kehamilan ( 3 bulan pertama ) boleh mengakibatkan keguguran secara spontan. Penggunaannya semasa trimester ketiga kehamilan ( 3 bulan terakhir ) pula boleh meningkatkan risiko ‘abruptio placentae’ dalam tempoh 30 minit selepas mengambilnya. ‘Abruptio placentae’ ialah satu keadaan di mana uri terpisah daripada rahim sebelum waktunya. Berdasarkan bukti-bukti berikut,jelaslah bahawa penyalahgunaan dadah memberikan kesan kepada perempuan hamil.

Selain itu,penyalahgunaan dadah boleh memberi kesan kepada institusi kekeluargaan. Institusi kekeluargaan memainkan peranan penting dalam usaha untuk membasmi penyalahgunaan dadah,tetapi jika institusi kekeluargaan itu sendiri terlibat dengan penyalahgunaan dadah,sudah pasti kesannya akan menjadi sangat teruk. Penyalahgunaan dadah dalam kalangan ahli keluarga akan menyebabkan rumahtangga menjadi tidak aman. Penyalahgunaan dadah juga akan menyebabkan perceraian jika penagihnya ialah suami ataupun isteri. Anak-anak yang melihat ibu bapa mereka menyalahgunakan dadah pasti akan mengikutinya juga kerana bapa borek,anak rintik. Berdasarkan huraian-huraian itu, jelaslah bahawa penyalahgunaan dadah memberi kesan kepada institusi kekeluargaan.

Penyalahgunaan dadah juga mengakibatkan peningkatan peningkatan kadar jenayah dan sindiket dadah. Sindiket-sindiket dadah ini mengedarkan dadah kepada para pembeli dan masalah pengedaran dadah oleh sindiket-sindiket ini telah berlaku sejak puluhan tahun lagi. Tambahan pula,kedudukan Malaysia yang terletak di tengah-tengah laluan antarabangsa menyebabkan Malaysia dijadikan pusat transit dadah sebelum diedarkan ke negara-negara lain. Sindiket-sindiket dadah di Malaysia pasti mengambil kesempatan ke atas peluang yang berada di hadapan mata mereka lalu mengedarkan dadah di sini. Akibat pengedaran dadah oleh mereka,10 peratus daripada 11 juta belia di Malaysia dikesan terlibat dengan dadah pada tahun 2006 yang lalu. Menurut kata Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang dipetik daripada akhbar Utusan Malaysia pada 21 Mac 2006,sindiket dadh juga terlibat dengan jenayah ganas yang lain. Kenyataan inijuga disokong oleh pengalaman para pegawai polis yang terlibat dengan usaha menentang sindiket-sindiket dadah. Jika kita tidak berupaya menangani sindiket-sindiket ini,sudah pasti jenayah akan berleluasa di negara kita bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan. Sindiket-sindiket ini juga pasti akan menguasai negara kita. Berdasarkan bukti dan huraian di atas,jelaslah bahawa penyalahgunaan dadah dapat mengakibatkan peningkatan kadar jenayah dan sindiket dadah.

Bukan setakat itu sahaja,penyalahgunaan dadah juga mengakibatkan pembaziran wang. Contoh pembaziran wang yang paling jelas dapat dilihat pada penagih dadah itu sendiri. Menurut sebuah sumber kajian,secara puratanya 100 000 penagih dadah telah membelanjakan RM 1 000 000 sehari dan RM 360 000 000 setahun. Selain itu,kerajaan telah membazirkan RM 100 000 000 setahun bagi pusat serenti,pusat pemulihan akhlak dan PUSPEN. Jumlah ini sudah cukup untuk membina 15 buah sekolah yang lengkap. Tambahan lagi,purata RM 138 000 sehari diperuntukkan kepada 11 500 pelatih di pusat-pusat serenti. Pihak polis pula terpaksa mengeluarkan RM 100 000 bagi mendapatkan maklumat tentang sindiket dadah. Bayangkan jika semua duit yang dibazirkan ini digunakan untuk keperluan negara,sudah tentu kita boleh membangunkan negara kita dan menjadi maju seperti negara Jepun dan Amerika Syarikat. Oleh itu,jelaslah bahawa penyalahgunaan dadah membawa kepada pembaziran wang.

Walaubagaimana banyak kesan penyalahgunaan sekalipun,kesan yang paling jelas kelihatan ialah kesan kepada penagih itu sendiri. Sudah terang lagikan bersuluh,kalau sudah penagih itu menyalahgunakan dadah,tentulah penagih itu yang terkena kesannya dahulu. Tetapi,tidak semua dadah memberikan kesan yang sama kepada penagih. Sebagai contoh,candu pada peringkat awal akan memberi kesan mengantuk,badan menjadi lemah dan mengalami gangguan jiwa manakala kesan jangka panjangnya ialah ketagihan serta kelemahan fizikal dan mental. Selain itu,morfin memberi kesan jangka pendek yang berbeza iaitu rasa resah,cirit-birit,sakit perut,rasa sejuk dan berpeluh. Kesan jangka panjang bagi pengambilan morfin ialah gangguan jiwa,HIV dankematian. Bagi heroin pula,kesan jangka pendek pengambilannya ialah tanggapan menjadi kurang tenang,tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya,bingung,kekejangan dan berkelakuan seperti orang mabuk. Kesan jangka panjangnya pula ialah keracunan darah,hepatitis,kancing gigi,HIV dan kematian.Walau berjuta jenis dadah didapati sekalipun,kesannya pasti ada pada penagih itu sendiri.

Konklusinya,terdapat banyak kesan penyalahgunaan dadah. Oleh itu semua pihak perlu bekerjasama bagai aur dengan tebing serta memainkan peranan penting bagi merealisasikan hasrat negara untuk bebas daripada penyalahgunaan dadah menjelang tahun 2015. Kita sudah semestinya tidak mahu negara kita yang telah dibangunkan sejak dahulu lagi musnah hanya kerana masalah penyalahgunaan dadah ini. Semoga segala usaha kita untuk menumpaskan musuh nombor satu negara ini akan menampakkan kejayaan. Akhir kata,sekadar memetik sebahagian daripada lagu Insya Allah yang dinyanyikan oleh Maher Zain dalam versi bahasa Malaysia:
“Insya-ALLAH,insya-ALLAH,insya-ALLAH,ada jalannya…”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Punca-punca penagihan Dadah

Dedicated to 4S1 class under Class Monitor's order:

PUNCA-PUNCA PENAGIHAN DADAH
Oleh:Muhd Fazry bin Hamis
Diedit semula oleh: Akmal Adib bin Fadzil

Gesaan bekas Perdana Menteri Malaysia,Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi agar seluruh angota masyarakat bekerjasama dalam usaha mencegah gejala penyalahgunaan dadah kini bagai mencurah air ke daun keladi. Apakah rakyat tidak sedar bahawa penyalahgunaan dadah meemberi banyak kesan buruk kepada diri sendiri,keluarga,masyarakat dan negara? Rakyat tidak seharusnya mempunyai mentaliti silo dan menyerahkan segala tanggungjawab kepada kerajaan sahaja . Kalau tiada angin,masakan pokok bergoyang. Dasawarsa ini,sama ada kita sedar ataupun tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan teknologi yang seiring dengan arus perdana,terdapat satu masalah yang masih belum dapat dibasmi oleh jagatraya iaitu penyalahgunaan dadah. Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengesahkan bahawa rakyat Malaysia yang menghisap rokok menghisap 14 batang sehari. Hakikatnya,semuanya bermula daripada sebatang rokok. Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut,punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama agar masalah ini boleh dibasmi sehingga ke akar umbi

Satu daripada punca-punca penagihan dadah ialah sifat naluri seseorang yang ingin mencuba. Sebagai remaja,mereka sememangnya terikat dengan naluri ingin mencuba sesuatu yang baru. Mereka ingin menunjukkan sifat kelelakian serta kematangan mereka. Oleh itu,dengan hanya menghisap sebatang rokok yang menjadi punca utama kepada penagihan dadah,mereka berasa sudah matang dan cukup dewasa. Mantan Menteri Pelajaran Malaysia,Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein pernah berkata bahawa perlakuan orangdewasa itu akan dicontohi oleh golongan remaja yang mempunyai naluri ingin mencuba yang tinggi. Semua jenis dadah mengandungi bahan kimia yang mengkhayalkan dan berbahaya. Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan,rakyat Malaysia yang terjerumus ke dalam kancah penyalahgunaan dadah kerana perasaan ingin tahu adalah 28.49 peratus. Berfikir sebelum buat adalah satu kebijaksanaan,berfikir selepas buat adalah satu kebodohan dan berbuat tanpa fikir adalah seribu kejahilan. Penagih dadah sememangnya tidak berfikir panjang untuk mengambil dadah. Mereka hanya mahukan kepuasan sehingga sanggup mencuri,membunuh serta melakukan segala perkara yang boleh membantu mereka mendapatkan dadah.

Hasil kajian Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM ) mendedahkan bahawa pengaruh rakan sebaya sebagai satu daripada punca-punca remaja menagih dadah. Prof. Madya Dr. Lekra Ramal berkata 14.6 peratus daripada remaja yang berumur antara15-19 tahun sudah mula berjinak-jinak dengan najis dadah. Remaja yang banyak bercampur dengan orang yang lebih dewasa daripadanya akan dipengaruhi dengan pemikiran dan gaya hidup orang dewasa. Orang dewasa pula akan mengambil kesempatan dengan menggunakan mereka yang lebih muda. Akibatnya,golongan muda akan lebih mudah terdedah kepada risiko keruntuhan akhlak dan kekeliruan akan diri sendiri. Isu penyalahgunaan dadah sememangnya datang seperti ribut,pergi seperti semut. Remaja yang tidak berhati-hati dalam memilih kawan pasti akanterikutdengan perbuatan negatif yang dilakukan oleh rakannya. Kalau tidak berada-ada,masakan tempua bersarang rendah. Jelaslah bahawa rakan sebaya memberi pengaruh yang kuat terhadap diri seseorang remaja.

Kerajaan juga menjadi punca penagihan serta penyalahgunaan dadah. Kerajaan telah menetapkan peraturan untuk tidak mewajibkan doktor dan hospital melarang pesakit mereka menggunakan dadah yang dibenarkan. Sememangnya diakui sektor perubatan banyak menggunakan dadah terutamanya dadah jenis kodein. Kerajaan seharusnya memasukkan beberapa nutrisi suplemen sebagai ganti ubatan dadah untuk para pesakitnya sepertimana yang telah dilakukan oleh Dr. Ray D. Strand di Amerika. Walaupun kerajaan menyekat promosi oleh syarikat tembakau ,Kementerian Kesihatan masih ingin meminta pandangan syarikat tersebut. Tindakan Kementerian Kesihatan yang meminta pandangan syarikat tersebut serta bekerjasama dengannya seolah-olah memperolok-olokkan usaha kerajaan untuk menyekat penagihan dadah yang semakin menular di Malaysia.

Hakikatnya,punca penyalahgunaan dadah bermula daripada remaja itu sendiri. Perkara pertama yang dipandang remeh oleh remaja ialah pemilihan rakan yang sesuai. Rakan yang baik akan mendorong rakannya untuk melakukan kebaikan dan begitulah sebaliknya. Remaja yang mempunyai jati diri dan serta pegangan agama yang kuat tidak akan mudah terpengaruh dengan gejala –gejala sosial. Tetapi,jika dilihat kini,remaja semakin hilang pedoman dan jati diri. Mereka tidak mempunyai benteng pertahanan yang dapat melindungi mereka daripada segala perkara yang negatif terutamanya dadah. Amat memalukan apabila statistik menunjukkan bilangan penagih dadah didominasi oleh kaum Melayu. Apabila disebut sahaja kaum Melayu,sudah semestinya dikaitkan dengan agama Islam. Imej agama Islam akan semakin tercalar dek perangai buruk mereka. Ingatlah,kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Oleh itu,sudah terang lagikan bersuluh bahawa sikap diri sendiri juga mempengaruhi gejala penagihan dadah,ditambah lagi dengan fakta nombor yang menunjukkan seramai 22344 orang Melayu menjadi penagih dadah.

Selain itu,menurut wartawan dan penulis kepada sebuah petikan iaitu Kehidupan Malam Anak-anak Chow Kit, anak-anak pekerja seks di Jalan Chow Kit berkeliaran dan bermain-main sambil menunggu ibu mereka ‘bekerja’. Mereka terbiar dan tiada tempat bergantung ibarat layang-layang terputus talinya. Penyataan tersebut menunjukkan bahawa ibu bapa juga menjadi punca penagihan dadah. Ibu bapa yang sibuk dengan kerjaya mereka tanpa meluangkan masa serta mengawasi anak-anak mereka akan menyebabkan anak-anak mereka melakukan apa-apa sahaja perkara yang dikehendakinya. Penyataan itu juga menunjukkan bahawa ibu bapa seharusnya menjadi suri teladan atau ‘role model’,bukan memberikan contoh yang buruk kerana ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Datuk Seri Hishammudin pernah berkata bahawa perlakuan orang dewasa itu biasanya akan dicontohi oleh golongan yang lebih muda. Anak-anak yang lahir ibarat kain putih. Terpulanglah kepada ibu bapa untuk mencorakkan anak-anak mereka. Oleh yang demikian,kegagalan ibu bapa mencorakkan peribadi anak-anak mereka mengundang kepada isu penagihan dan penyalahgunaan dadah.

Konklusinya,rakyat seharusnya bersatu padu antara satu sama lain bagi membentuk negara Malaysia yang bebas dadah pada tahun 2015. Tetapi,apakah yang sedang berlaku dalam negara ini? Rakyat berpeluk tubuh dan menyerahkan semua perkara kepada pihak kerajaan. Agaknya,setelah nasi menjadi bubur barulah mereka hendak berganding bahu dengan kerajaan bagai aur denga tebing untuk menjayakan dasar dadah negara. Apa gunanya diwujudkan Agensi Anti Dadah Kebangsaaan jika rakyat tidak mahu bekerjasama dengan agensi tersebut? Kita tidak mahu kejadian sebagaimana yang diungkapkan oleh pendakwah dan ilmuwan Islam terkenal iaitu Sheikh Abu Ali Hassan Al Nadwiy yang berbunyi ‘amat malang sekiranya berlaku satu kumpulan daripada kita bersungguh-sungguh mewarnakan dinding dengan cat putih lagi bersih,sedangkan satu kumpulan yang lain pula asyik membalingdinding yang putih dan cantik tadi dengan kotoran.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Misi Permata Biru Orion


Ni kerja masa cuti raya cina baru-baru ni.
Cikgu suruh buat cerpen
So,ni lah yg aq buat
Lupa plak cikgu zana komen apa...
Janji tulis,hantar......sebenarnya taip,bukan tulis


MISI PERMATA BIRU ORION
Oleh:Akmal Adib bin Fadzil
Muhammad Nur Hakim berada di dalam satu bilik luas yang dilengkapi dengan sistem keselamatan tercanggih dan tidak jauh di hadapannya,berdiri seorang wanita berpakaian serba hitam mengacukan pistol berkuasa laser ke arahnya.”Kita akan bertemu lagi,Aaron Petrus.” Serentak dengan itu,satu tembakan laser berwarna merah menebak dirinya.
***********************************************************************************
Hakim terjaga dari tidurnya. Tidak disangka-sangka sudah tiga malam dia mendapat mimpi yang sama. Oleh sebab tidak dapat mengembara semula ke alam mimpi,dia bingkas bangun dari katil bujangnya lalu menoleh ke arah jam digital di dinding.’Baru pukul 4 pagi’hatinya berbicara. Hakim kemudiannnya berjalan dengan malas-malas ke arah beranda apartmennya yang berada di tingkat 21,dengan harapan dapat menenangkan fikiran. Tatkala pintu automatik terbuka,terlihatlah olehnya akan suasana awal pagi di bandaraya Kuala Lumpur. Tetapi,akal fikirannya tidak tertumpu kepada panorama di hadapannya.”Apakah maksud mimpi tadi,”dia bermonolog sendirian. Oleh sebab terlalu tertekan dengan persoalan itu,dia berhasrat untuk mengerjakan solat istikharah dengan harapan agar ALLAH S.W.T. akan membukakan akalnya untuk menafsir mimpi itu. Lagipun,waktu-waktu sebegini merupakan waktu yang paling mustajab untuk bermunajat kepada ALLAH S.W.T. Hakim kemudiannya masuk ke dalam apartmennya untuk berwuduk.

*************************************************************************************
Jam 0800.Pagi Isnin yang penuh sesak di Kuala Lumpur.Kenderaan-kenderaan daripada pelbagai jenama dan bentuk memenuhi setiap jalan di Kula Lumpur. Maklumlah,sekarang inikan waktu para pekerja bergerak untuk ke tempat kerja masing-masing. Jalan di Bukit Aman yang menempatkan Ibu Pejabat (HQ) Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) juga tidak terkecuali. Akan tetapi,Ibu Pejabat PDRM digemparkan hari ini dengan satu panggilan mengejut dari Interpol(International Criminal Police Organization) yang berpangkalan di 200,quai Charles de Gaulle,Lyon,France. Presiden Interpol,Khoo Boon Hui telah mengubungi Ketua Polis Negara,Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar menerusi panggilan video. Menurut presiden Interpol,seorang penjenayah yang paling dikehendaki Interpol bergelar ‘The Black Crow’ telah menghantar kad notanya kepada ibu pejabat Interpol.Dalam kadnya,’The Black Crow’ menyatakan hasratnya untuk mencuri khazanah negara Malaysia yang paling berharga,iaitu Permata Biru Orion. Sejurus selepas panggilan itu,Tan Sri Haji Ismail terus mengadakan mesyuarat tergempar dengan pegawai-pegawai tertinggi beliau.
“Seperti yang anda semua sudah tahu,The Black Crow,penjenayah yang paling dikehendaki kini akan mencuri khazanah negara kita yang paling bernilai iaitu Permata Biru Orion,yang kini dimiliki dan dijaga rapi oleh Far Flex Security Agency.Jika anda dapat lihat di skrin layar putih,saya telah paparkan gambar kad beserta nota yang telah dihantar oleh The Black Crow kepada Interpol,”katanya sambil memandang ke arah skrin layar putih.
“Pada malam bulan mengambang seterusnya pada waktu Kuala Lumpur betul-betul membelakangi matahari,saya akan datang mencuri Permata Biru Orion. P.S.: Kali ini,kita akan masukkan juga Sherlock Holmes moden ke dalam pertarungan merebut permata ini.Yang benar,The Black Crow.”
Keadaaan di bilik mesyuarat sunyi sepi. Masing-masing menunjukkan muka yang seolah-olah pucat. Manakan tidak,The Black Crow merupakan seorang pembunuh dan pencuri terhebat dan paling kejam sekarang ini. Dia telah membunuh ramai pemimpin politik dan mencuri pelbagai khazanah dunia,termasuklah lukisan Mona Lisa yang baru dicuri setahun yang lalu. Dia juga bertanggungjawab ke atas pembunuhan presiden Barrack Obama,presiden Amerika Syarikat baru-baru ini. Tiba-tiba salah seorang dari pegawai polis,Inspektor Razlan bertanya.”Tuan,apakah maksud pesanan tadi?”
“Soalan yang bagus,Inspektor Razlan. Berdasarkan perkiraan tarikh yang dilakukan oleh JAKIM sebentar tadi,bulan mengambang yang seterusnya akan berlaku pada 29 Februari,jam 12 tengah malam. Tambahan lagi,mengikut mesej itu,kita perlu libatkan Muhammad Nur Hakim,pemuda yang mendapat gelaran Sherlock Holmes moden itu. Nampaknya dia sengaja membuka pekung di dada sendiri.” “Tetapi,kenapa pula tuan kata The Black Crow membuka pekung di dada sendiri?”kata salah seorang lagi anggota polis berpangkat ACP.Tan Sri Haji Ismail menjawab, “Sudah tentulah. Penjenayah mana yang sanggup mencabar si Hakim tu? Saya sangat yakin,dengan kehadiran Hakim dalam pertarungan ini,kita pasti dapat menangkap si keparat The Black Crow itu!!”
Tepukan bergemuruh di dalam dewan mesyuarat disertai sorak-sorai ahli-ahli mesyuarat.
*************************************************************************************
Muhammad Nur Hakim sedang membaca novel di dalam pejabatnya. Hakim kini telah mempunyai agensi penyiasatan persendiriannya yang tersendiri,iaitu Agensi Penyiasatan Hakim. Dia telah banyak menyelesaikan kes-kes misteri yang berlaku di seluruh negara,termasuklah kes pembunhan Altantuya Shaaribuu yang menjadi isu hangat pada masa itu. Sekarang ini,dia sedang membaca novel Mikhail,karya Ramlee Awang Murshid. Dia sangat menyukai novel-novel yang dikarang oleh Ramlee Awang Murshid sehinggakan setiap hari,dia akan membaca novel-novel itu walaupun berulang. Sedang sibuk membaca novel,dia dikejutkan oleh suara pembantu pejabatnya yang menyatakan bahawa ada pegawai polis hendak berjumpa dengannya lalu dia membenarkan pegawai polis itu masuk.
Hakim berjabat tangan dengan pegawai polis itu lalu mmpersilakannya duduk. Pegawai polis itu menceritakan tentang rancangan serangan The Black Crow ke atas Permata Biru Orion dan meminta pertolongan Hakim atas permohonan ketua polis negara dan juga perdana menteri,Datuk Seri Mohd.Najib bin Tun Abdul Razak.
“Saya bukannya apa,tuan. Saya bersetuju demi melindungi khazanah negara yang tidak ternilai tu,tapi saya minta supaya rahsiakan penglibatan saya dalam kes ini daripada pihak media kerana saya dapat rasakan sesuatu yang tidak baik akan berlaku. Satu lagi,kenapa The Black Crow nak saya terlibat sekali?”Hakim mengajukan soalan itu kepada pegawai polis di hadapannya.
“Saya tak tau,Encik Hakim. Seperkara lagi,Tan Sri Haji Ismail nak berjumpa dengan encik pada esok hari,di ibu pejabat. Beliau macam hendak berbincang tentang sesuatu bersama encik berkaitan kes ini,”pegawai polis tadi membalas.
“Tak apalah. Katakan pada Tan Sri,saya akan datang esok pagi,jam sepuluh.” Setelah berkata demikian,pegawai polis tadi meminta diri.
‘Adakah kes ini berkait rapat dengan mimpi malam tadi?’Sekali lagi hati kecil Hakim berbicara,berbisik meluahkan persoalan yang sukar dirungkai dek akal. Hanya ALLAH S.W.T. sahaja yang tahu rahsia di sebalik semua ini.
*************************************************************************************
Perjalanan sejauh 10 kilometer dari pejabatnya ke Ibu Pejabat Polis Di-Raja Malaysia yang terletak di Bukit Aman agak mencabar memandangkan jalan masih lagi sesak dengan kenderaan,namun Hakim berjaya tiba di situ 5 minit sebelum jam sepuluh pagi. Semasa dia di pejabat tadi,para wartawan surat khabar dan televisyen berpusu-pusu hendak berjumpa dia,ingin bertanya adakah dia terlibat dalam menyelesaikan kes berkaitan rancangan The Black Crow untuk mencuri Permata Biru Orion. Hakim yang agak sangat terkejut dengan situasi itu menafikan bahawa dia terlibat dalam kes itu. Dalam hati,dia berasa lega kerana tiada pihak media yang tahu akan penglibatannya dalam kes ini. Entah mengapa,Hakim tidak mahu media dan masyarakat tahu akan penglibatannya dalam apa-apa kes kali ini.
“Selamat datang,Hakim. Saya dah lama tunggu awak. Mari,ikut saya ke bilik mesyuarat,”pelawa Tan Sri Haji Ismail. Hakim hanya menurut sahaja pelawaaan ketua polis itu. Selepas 15 minit berjalan,akhirnya mereka tiba ke bilik mesyuarat. Di dalamnya,Menteri Pertahanan,Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri,Pengerusi Far Flex Security Agency dan Perdana Menteri telah duduk di dalam. Nampaknya sepreti perjumpaan ini telah dirancang secara rahsia tanpa pengetahuan pihak media. Hakim dipelawa duduk.
Mesyuarat dimulakan. Menteri Pertahanan, YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi telah membentangkan cadangan untuk menghadapi The Black Crow. Menurut cadangan beliau,Permata Biru Orion akan terus disimpan rapi dengan sistem keselamatan berteknologi terbaru oleh Far Flex Security Agency. Satu batalion tentera darat seramai 200 orang akan berkawal di sekitar bangunan keselamatan yang direka khas untuk permata itu manakala 10 buah helikopter tentera akan berkawal di udara. Bahagian dalam bangunan akan diserahkan kepada Far Flex Security Agency untuk menguruskan sistemnya dengan ditemani beberapa orang tentera bersenjata api. Dengan cara itu,mustahil bagi The Black Crow untuk menghampiri,apatah lagi masuk ke dalam.
Tiba-tiba,Hakim bersuara. “Bolehkah saya berada di ruang Permata Biru Orion disimpan? Saya akan menjadi pelindung terakhir bagi melindungi permata itu sekiranya The Black Crow berjaya masuk ke dalam. Tuan-tuan semua tidak perlu risau akan keselamatan saya. Saya akan selamat.”
“Kenapa pula?” Semua orang di situ bersuara hampir serentak. Namun,Hakim tetap dengan keputusannya. Tiada siapa boleh membantah. Lagipun,Hakim lebih hebat daripada tentera Jepun ketika Perang Dunia Ke-2. Kebolehannya mengendalikan senjata dan kemahiran seni mempertahankan dirinya sudah mampu melawan tentera-tentera Israel yang menindas umat Islam di Palestin.
“Seperkara lagi,pihak polis telah menerima sepucuk kad nota lagi daripada The Black Crow. Dalam kad itu tertulis, ‘Walau bagaimana sekalipun ,saya tetap akan menang. Pada saat itu nanti,akan berlaku satu letupan yang menghalang keupayaan anda semua untuk menentang saya. Tiada sesiapa yang dapat menghalang saya.—The Black Crow’. Hakim,awak tahu apa maksudnya?” Tan Sri Haji Ismail bertanya kepada Hakim.
“Saya tidak pasti apakah maksudnya kerana saya belum pernah menerima teka-teki sepelik ni,tapi yang penting kita mesti pertahankan Permata Biro Orion. Lebih baik kita fokus kepada pertahanan di bangunan keselamatan itu.”Hakim mengakhiri kata-katanya.
Mesyuarat berakhir dengan cadangan Menteri Pertahanan diterima. Walaupun kos dan risikonya sangat tinggi,tetapi demi mempertahankan khazanah terpenting negara,mereka sanggup buat apa-apa sahaja. Semua orang yakin akan berjaya menangkap The Black Crow. Tanpa disedari,seseorang sedang memerhati.
*************************************************************************************
Hanya tinggal kurang daripada 3 jam sebelum tengah malam 29 Februari. Hakim baru sahaja selesai solat Isyak di apartmennya. Sebelum dia bergerak ke bangunan keselamatan yang menempatkan permata itu,dia berdoa supaya semuanya akan berakhir dengan aman. Ketika dia hendak keluar dari apartmennya,dia terjumpa satu kad nota yang sama dengan kad nota yang diberi oleh The Black Crow tetapi berlainan pesanan. Dalam kad itu tertulis, “Saya ialah orang yang hilang dari masa silam awak. Kalau nak tahu siapa saya,pecahkan kod ni,Master Of Codenames 95. 441134124.”
Hakim terkejut bukan kepalang! Orang yang disangkanya telah mati rupa-rupanya masih hidup! Dia mengenali orang ini. Tetapi kenapa? Kenapa mesti dia menjadi The Black Crow? Persoalan ini mesti dijawab! Seketika dia diam lalu tersenyum. Nampaknya kerinduannya dan misteri mimpinya telah terjawab. Apa yang perlu dilakukan hanyalah menunggu ‘kehadiran orang yang mati hidup semula’ di sana. Tanpa membuang masa,Hakim bergegas ke tempat tersimpannya permata itu.
*************************************************************************************
Tentera Di-Raja Malaysia telah bersedia di sekitar bangunan keselamatan Permata Biru Orion. Begitu juga dengan petugas-petugas di dalam pejabat dan juga Hakim. Para wartawan dihalang daripada menghampiri lokasi di mana The Black Crow akan muncul. “ Detik 12 tengah malam sudah hampir,bersedia semua!!!” “10…9…8…7…6…5…4…3…2…1…0” Tiba-tiba berlaku letupan di sub-stesen tenaga elektrik bersebelahan bangunan keselamatan. Semua bekalan elektrik terpadam! Kemudian berlaku letupan di bilik kawalan yang menempatkan sistem kawalan keselamatan dan para petugas serta anggota tentera. Dengan berlakunya semua letupan itu,bukan sahaja semua pintu masuk ke dalam bangunan keselamatan tidak dapat diakses,malahan semua sistem keselamatan yang berada di dalam tidak berfungsi.
“Tuan Jeneral,macammana ni? Sekarang,hanya tinggal Hakim di dalam. Apa yang kita mesti buat?”
“Tak guna! Rupa-rupanya The Black Crow telah berada di dalam bangunan itu. Dia telah memasang bom pada stwesen janakuasa bagi bangunan ini lalu menyusup masuk tanpa kita sedar dan letupkan bilik kawalan yang menempatkan semua kakitangan yang bertugas di dalam! Memang kejam. Semua tentera,mara ke dalam bangunan! Pecahkan pintu dengan apa-apa cara sekalipun!”
Kemudian kedengaran bunyi bom tangan diletupkan bagi memecahkan pintu. Sementara itu,beberapa buah ambulans sedang dikerah ke situ.
************************************************************************************
BAMMM!!!! Kedengaran kuat pintu masuk ke bilik terletak Permata Biru Orion. Semua sistem keselamatan tidak berfungsi dan hal ini akan memudahkan tugasnya. The Black Crow yang berpakaian serba hitam melangkah setapak demi setapak ke arah permata itu. Tanpa disedari,Hakim yang bersembunyi di sebalik dinding yang gelap melepaskan satu das tembakan. Tembakan itu tepat mengenai dada The Black Crow tetapi dia tidak mati! Seolah-olah dia memiliki ilmu kebal daripada segala serangan.
“Walaupun saya tak boleh mengelak daripada tembakan yang berkelajuan 868 meter per saat,tapi saya boleh menahan serangan itu. Dah lama kita tak jumpa,Aaron Petrus.”
“Saya pun dah lama tunggu kehadiran awak. Tak sangka,rupa-rupanya orang yang disangka telah mati masih hidup. Dah 15 tahun awak menghilang? Ke mana awak dah pergi?”Hakim keluar lalu berdiri menghadap The Black Crow sambil mengacukan pistol ke arahnya. “Saya perlukan penjelasan,The Black Crow…tidak,Miyano Haibara.”
“Tak sangka awak masih mengingati saya,Aaron Petrus…tidak,Muhammad Nur Hakim si Sherlock Holmes moden. Cinta saya terhadap awak tidak akan pudar,namun tugas membatasi. Semua orang menyangka saya dan keluarga saya telah mati semasa kami berada di perairan Afrika .”
************************************************************************************
Imbas kembali:15 tahun dahulu,40 kilometer dari perairan Afrika
Sekumpulan lelaki bersenjata api menyerbu masuk ke dalam kapal persendirian mereka dan menahan Haibara serta keluarganya. Ketua lelaki itu memperkenalkan dirinya sebagai ketua ahli Organisasi Hitam,dan kehadiran mereka adalah untuk berjumpa dengan ayah dan ibu Haibara bagi mendapatkan sistem teknologi yang dibangunkan ayahnya.
“Selepas ini,kita dah tak ada kaitan lagi,Geen. Saya dan kelarga saya nak hidup dengan aman.” Ayah Haibara,Encik Miyano bekata kepada ketua Organisasi Hitam.
“Ya,sudah tentum, Miyano. Saya akan lepaskan awak dan keluarga awak selama-lamanya…..DARI DUNIA INI!”
Sejurus selepas itu,mereka menculik Haibara dan meletupkan kapal persendirian di mana keluarganya berada.
************************************************************************************
“ Begitulah ceritanya. Selepas itu,semua akhbar dan televisyen memberitahu bahawa tiada sesiapa yang terselamat di dalam kapal itu. Tapi itu cerita dulu. Sekarang ni,saya merupakan ahli terpentng dalam Organisasi Hitam. Dan lagi,mereka mahukan saya mendapatkan permata itu,kerana permata itu mengandungi tenaga yang lebih kuat berbanding 1000 kuasa nuklear. Permata itu sangat berguna bagi organisasi kami.Walaupun saya masih mencintai awak,tapi sesiapa yang dapat tahu tentang saya dan Organisasi Hitam mesti mati!”
Tanpa menunggu masa,kedua-dua belah pihak melepaskan tembakan. Pertarungan merebut Permata Biru Orion sudah hampir ke kemuncaknya!
**********************************************************************************
Hakim dan Haibara berhenti melepaskan tembakan. Mereka kepenatan. Ternyata masing-masing sama cekap dan sama tangkas. Tetapi,pada masa yang sama,Hakim telah berjaya mengambil permata itu sebelum Haibara.
“Kalau awak berani,marilah. Saya tak akan benarkan awak mengambilnya walaupun awak kekasih saya,Haibara. Tanggungjawab mempertahankan negara lebih penting berbanding cinta saya terhadap awak.”
“Saya dah jangka awak tak akan kalah dengan saya. Nampaknya,misi saya dah gagal. Tapi,sebelum itu,saya mesti bunuh awak!” Serentak dengan itu Haibara mengacukan sepucuk pistol laser.
Hakim terkejut. “Kenapa….awak terkejut?. Organisasi Hitam mempunyai kecanggihan teknologi yang jauh lebih maju berbanding,Rusia,Amerika dan Israel. Walaupun pihak israel dan Amerika sedang membangunkan senjata laser THEL(Technical High Energy Laser),kami dah pun membangunkannya sendiri.”
“Kita akan bertemu kembali,Aaron Petrus.” Serentak dengan itu,satu tembakan laser berwarna merah menebak diri Hakim. Hakim rebah manakala Haibara melarikan diri dengan tangan kosong.
*******************************************************************************
Kecederaan yang dihadapi Hakim sangat serius. Tangan kirinya cedera parah. Pihak tentera yang menemui Hakim bersama-sama Permata Biru Orion bergegas membawa Hakim ke Hospital Universiti Kuala Lumpur. Sebelum Hakim pengsan semasa di bawa ke ambulans,dia bergumam sendirian.
“Ya,The Black Crow. Kita akan bertemu kembali.” Dalam fikiran Hakim,pertemuan mereka yang seterusnya akan menentukan sama ada dia ataupun Haibara yang akan mati. Peperangan yang lebih besar akan tercetus antara dia dengan Haibara dan Organisasi Hitam!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KESAN KEDATANGAN BURUH ASING

Karangan ini ialah karangan masa cuti pertengahan tahun lepas(2010)

Nak masukkan sebab saja-saja je,kot2 nanti komputer kena virus,ada back-up krgn aq kt sini.
OK.

KESAN KEDATANGAN BURUH ASING

Buruh asing merupakan antara pemacu ekonomi negara yang utama di Malaysia. Oleh sebab permintaan untuk tenaga buruh sentiasa meningkat dari hari ke hari dan keengganan rakyat Malaysia untuk memenuhi permintaan tersebut kerana taraf hidup yang semakin tinggi,maka kerajaan terpaksa mengambil tenaga buruh asing dari negara-negara jiran seperti Indonesia, Filipina,Bangladesh dan Thailand. Dalam tempoh 2002 sehingga 2007,kemasukan buruh asing begitu mendadak. Walaupun kita menghargai sumbangan buruh-buruh asing ini khususnya dalam sektor hartanah,kita tidak patut alpa akan implikasi-implikasi yang dihadapi oleh negara kita akibat peningkatan jumlah buruh asing di sini. Terdapat beberapa kesan kedatangan buruh asing terhadap pelbagai aspek kehidupan di Malaysia yang dapat dilihat secara langsung.

Satu daripada implikasi-implikasinya ialah merebaknya pelbagai penyakit dan masalah sosial. Pada yahun 2007, beberapa penyakit seperti malaria dan taun yang sudah lama tidak wujud di sini kembali merebak tapi dapat diubati dengan mudah. Tetapi bukan setakat merebakkan pelbagai penyakit sahaja, mereka juga membawa bersama penyakit-penyakit sosial yang ada di negara mereka ke negara kita. Contoh penyakit-penyakit sosial yang dibawa oleh buruh-buruh ini adalah seperti pelacuran,permusuhan sesama pekerja,rompakan dan pecah rumah. Sebagai buktinya, beberapa tahun lalu,kegiatan pecah rumah telah berlaku hampir di seluruh kampung sama ada di kawasan desa mahupun di kawasan bandar dan kebanyakan daripada kes-kes yang berjaya diselesaikan menunjukkan kegiatan ini dilakukan oleh buruh-buruh asing ini. Kesan ini telah banyak menyusahkan kita terutamanya para penduduk,pihak polis dan agensi keselamatan. Para penduduk sentiasa dalam ketakutan dan menangggung sejumlah kerugian apabila rumah mereka dipecah masuk dan barangan mereka dicuri. Pihak polis pula terpaksa menambah peruntukan bagi meningkatkan kadar kawalan di seluruh negara serta perkhidmatan mereka manakala kebanyakan agensi keselamatan terpaksa mengambil bekas-bekas anggota keselamatan yang telah bersara. Sampel-sampel ini jelaskan menunjukkan bahawa satu daripada kesan-kesan kedatangan buruh asing ialah merebaknya pelbagai penyakit dan masalah sosial.

Bukan setakat itu sahaja kedatangan buruh asing juga menyebabkan perbelanjaan negara semakin meningkat. Setiap tahun, kira-kira RM 2.5 bilion dihantar pulang sebagai pendapatan asing bagi tenaga buruh asing dan apabila dicampur pula dengan perkhidmatan perubatan percuma serta perkhidmatan sosial lain yang turut dinikmati, kerajaan Malaysia mungkin membelanjakan RM 3 bilion setahun setahun untuk membiayai kedatangan pekerja asing. Laporan media ada menyatakan bahawa sebahagian besar daripada 42 284 banduan pada tahun 2007 yang memenuhi penjara di negara ini adalah warga asing dengan nisbah 4 warga asing bagi setiap 10 orang banduan di negara ini. Menurut kata-kata Datuk Raja Ahmad Zainuddun Raja Omar,ahli Parlimen BN-Larut,kerajaan membelanjakan RM 35 setahun untuk membiayai seorang banduan asing dan apabila didarabkan dengan jumlah banduan asing yang ada, kerajaan telah membelanjakan RM 68 juta setahun untuk membiayai semua banduan asing yang merengkok di dalam penjara meliputi kos makan,gaji pegawai,bil rawatan serta kos mengadakan pelbagai aktiviti untuk para banduan asing. Oleh itu,jelaslah bahawa kedatangan buruh asing meningkatkan perbelanjaan negara.

Kedatangan buruh asing bukan hanya memberi impak kepada kita sahaja malahan kepada mereka juga iaitu para buruh asing menjadi mangsa penderaan oleh para majikan. Kesan ini banyak berlaku di sektor perkhidmatan domestik. Sebagai contoh, pada tahun 2007, lebih 90% daripada 240000 pekerja domestik di Malaysia terdiri daripada warga Indonesia dan kebanyakan pekerja domestik di Malaysia mengalami penderaan psikologi,fizikal dan seksual yang dilakukan oleh agensi buruh dan majikan terutamanya pekerja Indonesia. Sejak beberapa tahun dahulu, badan bukan kerajaan dan Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur telah menerima beribu-ribu aduan daripada pembantu rumah berkaitan masalah penderaan,gaji dan keadaan kerja yang mereka alami. Menurut penyataan LaShawn R. Jefferson,Pengarah di Bahagian Hak Asasi Wanita Di Pemerhati Hak Asasi Manusia dalam suraatnya kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pekerja domestik di Malaysia masih berhadapan dengan kemungkinan penderaan yang kian teruk dan tidak terkawal. Berdasarkan bukti-bukti di atas yang sahih,maka dapatlah kesimpulan awal dibuat iaitu kedatang buruh asing menyebabkan mereka menjadi mangsa penderaan oleh para majikan dan agensi buruh.

Secara relatifnya, terdapat 1001 kesan atau implikasi yang timbul akibat kedatangan buruh-buruh asing di negara kita ini. Mungkin sesetangah orang akan berfikir bahawa menghantar semua buruh asing kembali ke negara mereka merupakan cara yang terbaik tetapi sebenarnya tidak kerana dalam sebuah artikel yang ditulis oleh Ahmad Kamil Mohamed, seorang penduduk di Segamat menyatakan bahawa kerajaan akan mengalami kerugian besar jika cara di atas dilakukan. Sebenarnya,bukan mudah hendak menyelesaikan masalah ini. Oleh itu,semua latar masyarakat di negara kita mesti memainkan peranan penting dalam usaha membasmi kesan-kesan yang wujud akibat kedatangan mereka kerana bulat air kerana pembetung,bulat masyarakat kerana muafakat.
Gambar Hiasan
Gambar hiasan


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS