Punca-punca penagihan Dadah

Dedicated to 4S1 class under Class Monitor's order:

PUNCA-PUNCA PENAGIHAN DADAH
Oleh:Muhd Fazry bin Hamis
Diedit semula oleh: Akmal Adib bin Fadzil

Gesaan bekas Perdana Menteri Malaysia,Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi agar seluruh angota masyarakat bekerjasama dalam usaha mencegah gejala penyalahgunaan dadah kini bagai mencurah air ke daun keladi. Apakah rakyat tidak sedar bahawa penyalahgunaan dadah meemberi banyak kesan buruk kepada diri sendiri,keluarga,masyarakat dan negara? Rakyat tidak seharusnya mempunyai mentaliti silo dan menyerahkan segala tanggungjawab kepada kerajaan sahaja . Kalau tiada angin,masakan pokok bergoyang. Dasawarsa ini,sama ada kita sedar ataupun tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan teknologi yang seiring dengan arus perdana,terdapat satu masalah yang masih belum dapat dibasmi oleh jagatraya iaitu penyalahgunaan dadah. Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengesahkan bahawa rakyat Malaysia yang menghisap rokok menghisap 14 batang sehari. Hakikatnya,semuanya bermula daripada sebatang rokok. Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut,punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama agar masalah ini boleh dibasmi sehingga ke akar umbi

Satu daripada punca-punca penagihan dadah ialah sifat naluri seseorang yang ingin mencuba. Sebagai remaja,mereka sememangnya terikat dengan naluri ingin mencuba sesuatu yang baru. Mereka ingin menunjukkan sifat kelelakian serta kematangan mereka. Oleh itu,dengan hanya menghisap sebatang rokok yang menjadi punca utama kepada penagihan dadah,mereka berasa sudah matang dan cukup dewasa. Mantan Menteri Pelajaran Malaysia,Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein pernah berkata bahawa perlakuan orangdewasa itu akan dicontohi oleh golongan remaja yang mempunyai naluri ingin mencuba yang tinggi. Semua jenis dadah mengandungi bahan kimia yang mengkhayalkan dan berbahaya. Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan,rakyat Malaysia yang terjerumus ke dalam kancah penyalahgunaan dadah kerana perasaan ingin tahu adalah 28.49 peratus. Berfikir sebelum buat adalah satu kebijaksanaan,berfikir selepas buat adalah satu kebodohan dan berbuat tanpa fikir adalah seribu kejahilan. Penagih dadah sememangnya tidak berfikir panjang untuk mengambil dadah. Mereka hanya mahukan kepuasan sehingga sanggup mencuri,membunuh serta melakukan segala perkara yang boleh membantu mereka mendapatkan dadah.

Hasil kajian Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM ) mendedahkan bahawa pengaruh rakan sebaya sebagai satu daripada punca-punca remaja menagih dadah. Prof. Madya Dr. Lekra Ramal berkata 14.6 peratus daripada remaja yang berumur antara15-19 tahun sudah mula berjinak-jinak dengan najis dadah. Remaja yang banyak bercampur dengan orang yang lebih dewasa daripadanya akan dipengaruhi dengan pemikiran dan gaya hidup orang dewasa. Orang dewasa pula akan mengambil kesempatan dengan menggunakan mereka yang lebih muda. Akibatnya,golongan muda akan lebih mudah terdedah kepada risiko keruntuhan akhlak dan kekeliruan akan diri sendiri. Isu penyalahgunaan dadah sememangnya datang seperti ribut,pergi seperti semut. Remaja yang tidak berhati-hati dalam memilih kawan pasti akanterikutdengan perbuatan negatif yang dilakukan oleh rakannya. Kalau tidak berada-ada,masakan tempua bersarang rendah. Jelaslah bahawa rakan sebaya memberi pengaruh yang kuat terhadap diri seseorang remaja.

Kerajaan juga menjadi punca penagihan serta penyalahgunaan dadah. Kerajaan telah menetapkan peraturan untuk tidak mewajibkan doktor dan hospital melarang pesakit mereka menggunakan dadah yang dibenarkan. Sememangnya diakui sektor perubatan banyak menggunakan dadah terutamanya dadah jenis kodein. Kerajaan seharusnya memasukkan beberapa nutrisi suplemen sebagai ganti ubatan dadah untuk para pesakitnya sepertimana yang telah dilakukan oleh Dr. Ray D. Strand di Amerika. Walaupun kerajaan menyekat promosi oleh syarikat tembakau ,Kementerian Kesihatan masih ingin meminta pandangan syarikat tersebut. Tindakan Kementerian Kesihatan yang meminta pandangan syarikat tersebut serta bekerjasama dengannya seolah-olah memperolok-olokkan usaha kerajaan untuk menyekat penagihan dadah yang semakin menular di Malaysia.

Hakikatnya,punca penyalahgunaan dadah bermula daripada remaja itu sendiri. Perkara pertama yang dipandang remeh oleh remaja ialah pemilihan rakan yang sesuai. Rakan yang baik akan mendorong rakannya untuk melakukan kebaikan dan begitulah sebaliknya. Remaja yang mempunyai jati diri dan serta pegangan agama yang kuat tidak akan mudah terpengaruh dengan gejala –gejala sosial. Tetapi,jika dilihat kini,remaja semakin hilang pedoman dan jati diri. Mereka tidak mempunyai benteng pertahanan yang dapat melindungi mereka daripada segala perkara yang negatif terutamanya dadah. Amat memalukan apabila statistik menunjukkan bilangan penagih dadah didominasi oleh kaum Melayu. Apabila disebut sahaja kaum Melayu,sudah semestinya dikaitkan dengan agama Islam. Imej agama Islam akan semakin tercalar dek perangai buruk mereka. Ingatlah,kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Oleh itu,sudah terang lagikan bersuluh bahawa sikap diri sendiri juga mempengaruhi gejala penagihan dadah,ditambah lagi dengan fakta nombor yang menunjukkan seramai 22344 orang Melayu menjadi penagih dadah.

Selain itu,menurut wartawan dan penulis kepada sebuah petikan iaitu Kehidupan Malam Anak-anak Chow Kit, anak-anak pekerja seks di Jalan Chow Kit berkeliaran dan bermain-main sambil menunggu ibu mereka ‘bekerja’. Mereka terbiar dan tiada tempat bergantung ibarat layang-layang terputus talinya. Penyataan tersebut menunjukkan bahawa ibu bapa juga menjadi punca penagihan dadah. Ibu bapa yang sibuk dengan kerjaya mereka tanpa meluangkan masa serta mengawasi anak-anak mereka akan menyebabkan anak-anak mereka melakukan apa-apa sahaja perkara yang dikehendakinya. Penyataan itu juga menunjukkan bahawa ibu bapa seharusnya menjadi suri teladan atau ‘role model’,bukan memberikan contoh yang buruk kerana ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Datuk Seri Hishammudin pernah berkata bahawa perlakuan orang dewasa itu biasanya akan dicontohi oleh golongan yang lebih muda. Anak-anak yang lahir ibarat kain putih. Terpulanglah kepada ibu bapa untuk mencorakkan anak-anak mereka. Oleh yang demikian,kegagalan ibu bapa mencorakkan peribadi anak-anak mereka mengundang kepada isu penagihan dan penyalahgunaan dadah.

Konklusinya,rakyat seharusnya bersatu padu antara satu sama lain bagi membentuk negara Malaysia yang bebas dadah pada tahun 2015. Tetapi,apakah yang sedang berlaku dalam negara ini? Rakyat berpeluk tubuh dan menyerahkan semua perkara kepada pihak kerajaan. Agaknya,setelah nasi menjadi bubur barulah mereka hendak berganding bahu dengan kerajaan bagai aur denga tebing untuk menjayakan dasar dadah negara. Apa gunanya diwujudkan Agensi Anti Dadah Kebangsaaan jika rakyat tidak mahu bekerjasama dengan agensi tersebut? Kita tidak mahu kejadian sebagaimana yang diungkapkan oleh pendakwah dan ilmuwan Islam terkenal iaitu Sheikh Abu Ali Hassan Al Nadwiy yang berbunyi ‘amat malang sekiranya berlaku satu kumpulan daripada kita bersungguh-sungguh mewarnakan dinding dengan cat putih lagi bersih,sedangkan satu kumpulan yang lain pula asyik membalingdinding yang putih dan cantik tadi dengan kotoran.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

7 komen:

[TTPN] Shadow Moon 影月 berkata...

Terima kasih atas karangan ini.

zaifid berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Omg panjang gilosss

Unknown berkata...

Saya minta copy sebagai rujukan :)

Unknown berkata...

Ia sangat membantu terima kasih😊....

Unknown berkata...

Banyak nya

Unknown berkata...

Saya minta copy sebagai rujukan

Catat Ulasan