Pengumuman dari Admin

Buat masa ni, Admin tak tahu nak upload post karangan apa ( tak ada idea).
Tambahan pula, Admin tak berapa sihat sejak akhir-akhir ni.
Mungkin dalam sebulan dua nanti, adalah post karangan terbaru.

To be continued, insya-ALLAH.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Maklumat Karangan--Langkah Memajukan Industri Pelancongan Malaysia

LANGKAH MEMAJUKAN INDUSTRI PELANCONGAN MALAYSIA

1.      1. Menyediakan tabung dana bagi projek pelancongan
Dua tabung khas dilancarkan pada tahun 2001, iaitu Dana Infrastruktur Pelancongan (TIF) dengan peruntukan sebanyak RM700 juta serta Tabung Khas Pelancongan dan Infrastruktur (Tabung Khas) dengan peruntukan awal sebanyak RM400 juta.

Projek utama di bawah tabung berkenaan termasuk pembangunan tempat peranginan, pengubahsuaian dan baik pulih hotel serta penyediaan infrastruktur dan perkhidmatan yang berkaitan.

2.     2.  Meningkatkan kualiti perkhidmatan pelancongan

Penyediaan latihan secara meluas melalui penyeliaan dan penyelarasan Majlis Kebangsaan Pembangunan Sumber Manusia Dalam Bidang Pelancongan (NTHRDC) dan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK).

MLVK membangunkan enam Standard Kebangsaan Kemahiran Pekerjaan (NOSS) baru menjadikan jumlah keseluruhan 77 NOSS merangkumi bidang perhotelan, kembara dan siar serta taman tema dan rekreasi.
Latihan berkaitan pelancongan dijalankan dengan pembiayaan dari Tabung Pembangunan Tenaga Manusia (HRDF).

3.      3.Menggalakkan dan membangunkan sektor ekopelancongan
Pelan Ekopelancongan Kebangsaan mengenal pasti 48 kawasan utama untuk pembangunan ekopelancongan
Malaysia mendapat faedah dalam penyenaraian Gua Mulu dan Taman Kinabalu dalam Senarai Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO)

Kawasan alam semula jadi lain seperti taman marin di Pulau Tioman dan Pulau Redang yang kaya dengan pelbagai sumber semula jadi dipromosi sebagai daya tarikan pelancong.

4.     4.  Menganjurkan sambutan dan pesta secara berterusan sepanjang tahun
Acara yang dijalankan termasuk Citrawarna, Pesta Makanan dan Buah-buahan, Pesta Air Kebangsaan serta Persembahan Tahunan Fesyen KL yang memperagakan tekstil Malaysia termasuk batik dan songket.

Karnival Jualan Mega dipromosi dengan lebih giat dan dilengkapkan dengan pelbagai acara untuk
menarik pelawat antarabangsa dan domestik.

5.     5.  Meningkatkan akses ke negara ini dan ke destinasi pelancongan dalam negara
Dasar ruang udara terbuka dan liberal terus menggalakkan syarikat penerbangan asing menambah perkhidmatan ke Malaysia dan seterusnya menambahkan lagi pelancong ke negara ini.
Pakej penerbangan pelancongan mudah dan ringkas yang ditawarkan oleh AirAsia bermula pada tahun 2002 memainkan peranan penting dalam pasaran mempercepat pertumbuhan pelancongan tempatan di samping menembusi serantau yang baru. Jumlah penumpang yang diterbangkan oleh AirAsia telah meningkat daripada 277,000 pada tahun 2000 kepada 5.0 juta orang pada tahun 2005.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Maklumat Karangan--Jenis-Jenis Pelancongan Di Malaysia

JENIS-JENIS PELANCONGAN DI MALAYSIA
1.    1.   Pelancongan desa ( Homestay )
Aktiviti pelancongan yang dapat menghasilkan pendapatan kepada penduduk kampung.
Pelancongan desa dapat memajukan pelancongan eko(eco-tourism) dan pelancongan tani (agro-tourism) di kawasan-kawasan desa bagi membawa manfaat ekonomi kepada kumpulan sasaran tempatan.

Contoh Projek ‘Homestay’ : Banghuris • Banghuris' adalah ringkasan kepada cantuman 3 buah kampung iaitu Kg. Bukit Bangkong, Kg. Ulu Chuchoh dan Kg. Ulu Teris.Banghuris merupakan program ‘homestay’ pertama bagi Daerah Sepang.

2.      2. Eko-pelancongan
Pelancongan yang berasaskan alam semula jadi, seperti menjelajah hutan, melihat hidupan liar dan aktiviti penerjunan.

Pelancongan eko yang diurus dengan rapi dapat membantu melindungi sumber alam semula jadi dan pada masa yang sama mendapat pulangan kewangan yang besar hasil daripada perlindungan ekologi.

Gua Mulu dan Taman Kinabalu dalam Senarai Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO); Kawasan alam semula jadi lain seperti taman marin di Pulau Tioman dan Pulau Redang yang kaya dengan pelbagai sumber semula jadi.

3.      3. Pelancongan Sambil Belajar ( Edutourism )
Pembelajaran secara sambil belajar atau bersifat kontekstual memerlukan pelajar berfikir secara tabii,melihat perkara yang konkrit, bukan abstrak.

Konsep pembelajaran secaraedu tourism telah lama dipraktikkan di negara- negara maju seperti Amerika Syarikat (AS) dan Jepun.

Misalnya, kesan memfitnah dan tindakan menghukum secara membuta tuli yang berlaku pada Mahsuri.
Edutourism bermatlamat untuk menempuh pengalaman dan mempelajari keunikan flora dan fauna serta budaya yang menjurus kepada pertanggungjawaban ekologi, ekonomi yang mapan, menjana kemakmuran dan pendapatan kepada komuniti setempat.

4.       4.Pelancongan Keagamaan
Pelancongan keagamaan yang dikaitkan dengan pusat dan tempat bersejarah sesuatu agama adalah produk pelancongan yang berkembang pesat.

Masjidil Haram Makkah dan Masjid Nabawi Madinah di Arab Saudi menjadi tempat kunjungan paling popular di dunia yang mempunyai hampir 3 juta pengunjung ke sana. Menurut Lembaga Pelancongan Arab Saudi menjelang 2020 dijangkakan seramai 45.5 juta orang Islam akan mengunjungi dua tempat suci itu dengan anggaran pendapatan sebanyak SR80 bilion setahun.

Perkara yang menjadi daya tarikan pelancong terutama pelancong bukan Islam ketika melawat masjid ialah keindahan menara, seni bina masjid, mihrab, mimbar, hiasan dalaman masjid yang tenang, tempat wuduk, peranan imam, kemerduan suara muazzin, peranan makmum dan cara umat Islam menunaikan sembahyang.

Pada masa ini antara masjid yang berpotensi besar menarik pelancong ialah masjid negeri dan Masjid Negara, Masjid Wilayah Persekutuan, Masjid Putra di Putrajaya, Masjid Terapung Tengku Tengah Zaharah dan Masjid Kristal Jerteh di Terengganu, Masjid Ubudiah Kuala Kangsar, Masjid Kampung Laut Kelantan dan Masjid Ulu Melaka, Melaka. Masjid yang paling berjaya menarik pelancong ialah Masjid Negara. Menurut laporan, Masjid Negara mendapat kunjungan kira-kira 255,800 pelancong asing sepanjang 2007.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Maklumat Karangan--Langkah Memupuk Budaya Membaca

LANGKAH MEMUPUK BUDAYA MEMBACA
1.       Ibu bapa
Kajian  Durkin (1966) mendapati beberapa orang ibu daripada kanak-kanak yang sudah mahir membaca walaupun sudah berada di sekolah tadika menyatakan bahawa faktor yang paling penting mendorong anak-anak mereka mahir membaca adalah jumlah bahan yang mencukupi di rumah.
Terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa ibu bapa kepada kanak-kanak yang mahir membaca terdiri daripada mereka yang gemar membawa anak-anak ke perpustakaan.
Datuk Seri Rafidah Aziz iaitu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyarankan agar tabiat membaca dipupuk dari rumah lagi dan meminta agar para ibu bapa mendidik anak mereka membaca serta mewujudkan perpustakaan mini di rumah semasa merasmikan Seminar Industri Kebangsaan di Kuala Lumpur pada tahun 2003.

2.       Penggunaan komik
Idea, kritikan, perasaan, pentafsiran, penganalisaan, penghayatan, wawasan dan sebagainya dapat disampaikan secara perlambangan kepada pembaca.
Pandangan positif bahawa komik boleh mendorong pembacaan terbukti di Amerika Syarikat dan Jepun. Di kedua-dua negara tersebut, buku komik yang bermutu telah digunakan secara meluas sebagai bahan bacaan tambahan di sekolah rendah disebabkan tarikan lukisan dan lakaran komik ke atas kanak-kanak.

3.       Peranan pihak sekolah
Pada tahun 1989, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil daya usaha untuk memperkenalkan Program NILAM melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 13/1998: Program Membina Tabiat Membaca. Arahan tersebut menghendaki setiap sekolah melaksanakan Program Galakan Membaca NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) secara terancang dan teratur.
Program Akhbar Dalam Darjah. Contohnya di SMSJ.

4.       Pekeliling Kempen Galakan Membaca Agensi Antidadah Kebangsaan
Kementerian Dalan Negeri mewajibkan semua kakitangan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan pelatih Pusat Serenti mengikuti Kempen Galakan Membaca melalui Pekeliling Pentadbiran AADK/KP/2/2008: Pekeliling Kempen Galakan Membaca Agensi Antidadah Kebangsaan.
Berharap pegawai AADK akan lebih berwibawa di dalam menjalankan tugas mereka serta memberikan maklumat dan keyakinan kepada pelatih Pusat Serenti apabila kembali berhadapan dengan masyarakat.

5.       Kaedah latihan secara pembacaan kepada penjawat awam kerajaan
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan arahan kaedah latihan secara pembacaan menggantikan hari berkursus.
Setiap pegawai dan kakitangan dikehendaki membaca, merekod dan mempersembahkan dapatan mereka. Pemilihan buku perlu ada hubung-kaitnya dengan bidang tugas sedia ada. Program membaca buku ini bertujuan memenuhi dasar latihan sekurang-kurangnya 7 hari kursus dalam setahun bagi setiap kakitangan kerajaan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Maklumat Karangan--Kebaikan Budaya Membaca

Idea Pembukaan dan Penutup
·         Pandangan Bush dan Geubner (1975) pula menyatakan bahawa:"Tafsiran symbol tulisan, memahami makna tulisan, penyerapan idea yang dipersembahkan oleh penulis dan proses berfikir adalah konsep membaca."
·         Thorndike (1917) menyatakan bahawa membaca melibatkan proses berfikir, merenung, memberi nilai, membuat analisis dan sintesis, memilih maklumat, membandingkan maklumat dan mengukur maklumat tersebut.
·         Ayat Al-Quran-Surah Al-Alaq 1-5. “(Wahai Muhammad bacalah) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Dia menciptakan manusia daripada sebuku darah beku, bacalah dari Tuhanmu yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”
1.       Satu daripada senaman minda.
·         Senaman minda sama pentingnya dengan senaman fizikal.
·         Membaca akan melakukan satu proses aktif minda anda--menggunakan sel-sel dalam otak untuk berfikir dan mengaktifkan sel-sel tersebut seterusnya membuatkan minda anda menjadi lebih sihat.
·         Minda atau otak yang tidak diaktifkan adalah umpama besi yang tidak dikilatkan dan timbul karat yang akhirnya akan merosakkan besi.
2.       Meningkatkan memori sendiri.
·         Memori yang tidak digunakan akan menjadi lemah.
·         Permainan seperti teka silangkata akan mengurangkan risiko anda untuk nyanyuk di hari tua. Walaupun membaca bukan sejenis permainan, ia dapat membantu meregangkan otot-otot memori dalam cara yang sama seperti anda bermainan permainan yang menggunakan memori.
3.       Mengajar kemahiran mengarang.
·         Kebanyakan bahan bacaan yang dijual di pasaran dikarang oleh para pengarang yang bijak memanipulasikan dan menggunakan ayat bagi menarik pembaca.
·         Apabila kita membaca buku-buku ini, secara tidak langsung kita dapat belajar kemahiran mengarang.
·         Contohnya, apabila kita membaca majalah seperti SOLUSI dan Dewan Masyarakat, secara tidak langsung kita dapat belajar kemahiran mengarang melalui artikel-artikel di dalamnya.
4.       Para pemimpin dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa oleh pihak tertentu yang cuba memutarbelitkan fakta berkaitan kerajaan.
·         Ketua Penerangan UMNO Bahagian Bera, Mohd. Zoolihsan Ahmad menasihatkan supaya  pemimpin dan ahli UMNO mengamalkan budaya membaca untuk menambah pengetahuan dan perkembangan semasa serta mengelak menjadi mangsa pihak tertentu yang cuba memutarbelitkan fakta berkaitan kerajaan.
·         Kebolehan pemimpin berhujah baig mematahkan tohmahan pembangkang dapat mengurangkan bebanan pemimpin peringkat atasan menerangkan isu semasa.

5.       Menguasai dunia.
·         Orang Yahudi telah meletakkan ilmu ke tahap yang paling utama dalam kehidupan mereka.
·         Dengan membaca, mereka dapat menguasai politik, ekonomi, pertahanan hatta memonopoli dan menentukan dasar kehidupan manusia pada hari ini.
·         Pepatah mereka, “Jika kami terpaksa membengkokkan langit demi mengajar anak kami, kami akan melakukannya.”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PEMBERITAHUAN--saja je...

Bosan,tak tau nak buat apa.
Nantikan karangan seterusnya pada cuti pertengahan tahun ini!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MIKHAIL

Cerpen ini adalah satu daripada 2 cerpen yang akan bertanding di Perkampungan Penulis Muda di JB pada 12-14 April 2011.
Semoga mereka berdua berjaya mengharumkan nama sekolah dalam bidang sastera.
Amin~

MIKHAIL
OLEH: MOHAMAD JEFFREY BIN JAMIL

Hotel Concorde, Dubai.   
 28 Jun 2009, Jam 2315

            “Tolong lepaskan saya, apakah dosa saya pada awak?” rintih lelaki tua itu. “Maaf, saya hanya menjalankan tugas saya iaitu bunuh awak” jawab Mikhail. Darah mengalir deras daripada kepala Tuan Berahim. Suara rintihan Tuan Berahim semakin kuat apabila pistol yang dilengkapi silencer betul-betul berada di dahinya. Empat orang pengawal peribadi Tuan Berahim semuanya sudah terbaring bergelimpangan di luar bilik yang bernombor 143, bilik Tuan Berahim menginap. Empat lawan satu, mana mungkin kudrat seprang pemuda yang hanya bersenjatakan sebuah pistol mampu menewaskan empat orang pengawal yang bertubuh sasa, berpengalaman dan bersenjatakan sebuah raifal M-16.
            “Selamat tinggal, Ibrahim.” Jeritan Tuan Berahim tidak kedengaran lagi apabila tembakan dilepaskan, betul-betul ditembak di tengah dahi. Darah memancut-mancut, terkena baju yang dipakai oleh Mikhail. Kedengaran derapan tapak kaki di koridor hotel itu.
            Polis, fikir Mikhail. Sepantas kilat Mikhail cuba menghilangkan kesan dan bukti pembunuhan tersebut. Hatinya berdegup kencang namun cuba dikawal oleh Mikhail. Ini bukan kali pertama dia menyelesaikan misi pembunuhan seperti ini. Tetapi, kali ini dia berasa cemas.
            Mikhail berlari ke balkoni bilik itu. Dia memandang ke bawah. Laut. Rasanya tiada masalah untuk dia melompat dan terjun ke dalam laut bagi menyelamatkan diri. Tiba-tiba, pintu bilik itu terkuak luas, akibat diterajang oleh salah seorang anggota polis Dubai. Mikhail cuba mengundurkan diri bagi mengambil lajak untuk membuat satu lompatan ke arah balkoni walaupun dia sudah diberi amaran jangan bergerak oleh polis di situ. Mikhail berjaya melompat dan terjun ke dalam laut, namun dia berjaya ditembak oleh salah seorang pegawai polis.
            Tempat yang diterjun oleh Mikhail menjadi merah. Merah darah. Pegawai polis hanya memerhati dari balkoni, berharap penjenayah antarabangsa itu sudah mati.

Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur.
29 Jun 2009, Jam 0930
            “Kau gila apa!. Berahim baru mati semalam. Kau jangan pandai-pandai tukar rancangan!” jerit Tuan Malik. Hatinya yang sentiasa tenang kini berubah menjadi sebuah gunung berapi yang meletuskan lavanya. Panggilan yang diterimanya oleh seseorang yang cukup dibencinya membuatkan hatinya panas ditambah pula dengan berita buruk yang didengarinya.
            “Kau takut? 20 tahun yang lepas, 20 tahun yang lepas, pembunuhan Hamid dan isterinya. Kau yang bunuh mereka!” jerit Dickens.
            “Aku tak bunuh. Kau yang bunuh, anjing! Aku cuma sangsi akan kesetiaan dia kepada organisasi. Tapi kau yang bertindak melulu. Kau bunuh mereka!”
            “Haha… Aku tak peduli kau nak cakapa apa pun. Yang penting tidak lama lagi ajal kau akan sampai,” ugut Dickens. Marah bercampur takut menyelubungi perasaan Tuan Malik.

Hotel ibis Al Barsha, Dubai.
1 Julai 2009, Jam 1810
            Dickens memandang Mikhail, baring terlentang di atas katil. Luka yang dialami oleh Mikhail amat dalam, mungkin peluru itu berjaya menembusi daging dan hampir kepada tulang belakang Mikhail. Dickens mengimbas kembali bagaimana dia boleh menemui Mikhail terapung di perairan Dubai.
            Telefon bimbit Mikhail sebenarnya dilengkapi Global Positioning System iaitu GPS, alat untuk mengesan dan mengenalpasti sesuatu lokasi. Mujurlah Dickens berjaya mengaktifkan alat ini, bimbang jikalau Mikhail tidak sempat mengaktifkannya sebelum melaksanakan misi untuk membunuh Tuan Berahim. Dia tahu, manusia yang bernama Mikhail tidak mudah untuk mati kecuali jika ajalnya sudah tiba. Nyawanya begitu liat, terlatih dan dilatih untuk membunuh.
            Timbul rasa kasihan di hati Dickens apabila melihat wajah Mikhail. Baru lepas dia menelefon Tuan Malik, untuk menuntut bela atas kematian Tuan Hamid dan isterinya, iaitu ibu bapa Mikhail. Walaupun dia tahu semuanya palsu belaka.
Syarikat Berita Harian, Kuala Lumpur.
3 Julai 2009, Jam 1005
            Berita kematian ahli perniagaan tanah air, Tuan Berahim yang dibunuh di Dubai menjadi tanda tanya seluruh rakyat Malaysia termasuklah Sofia Malik, seorang wartawan akhbar. Persoalan mula timbul apabila motif pembunuhan Tuan Berahim tidak diketahui. “Pembunuhan kejam,”getus Sofia.
            “Sabar Sofia. Mungkin ada hikmah di sebalik pembunuhan ini. Mungkin Tuan Berahim pernah melakukan kejahatan? Mana kita tahu kan?” luah Rahmat, rakan sekerja Sofia.
            “Aku akan dapatkan jejak pembunuh ini!” janji Sofia.

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai.
4 Julai 2009, Jam 1255
            “Macam biasa tapi ini sasaran dan misi terakhir,” kata Dickens. Lapangan terbang ini memang agak sesak, tambahan pula Dubai merupakan negara maju, juga negara yang pesat ekonominya.
            Mikhail mengambil gambar itu dari tangan Dickens. Muka Mikhail berkerut menahan sakit. Bisa sakitnya masih belum pudar. Lalu, Mikhail merenung gambar sasarannya. Mukanya Melayu. Rambut penuh beruban. Rasa kasihan terlintas di hatinya namun segera dibuang jauh-jauh.
            “Ingat! Orang inilah yang telah membunuh ibu bapa kau. Kau mesti balas dendam. Jangan biarkan mereka hidup. Balas dendam demi ibu bapa kau,” ujar Dickens.
            Uncle, ini yang terakhir okay? Saya rasa nak meneruskan dan mengusahakan kebun anggur saya di New Zealand,” pinta Mikhail.
            “Okey, ambil barang di Malaysia macam biasa. Orang kita tunggu di sana. Sasaran berada di sekitar Kuala Lumpur,” terang Dickens.
            Mikhail mengangguk. Selepas itu mereka bersalaman dan berpelukan, tanda kemesraan antara mereka. Lalu, Mikhail menyarungkan cermin mata hitamnya dan melangkah masuk ke ruang berlepas, dengan misinya yang terakhir, membunuh Tuan Malik.
            Dickens tersenyum memandang Mikhail melangkah pergi. Dia mengagak akan muncul lagi satu berita tergempar di dada hadapan akhbar Malaysia, berita tentang seorang ahli perniagaan yang terkenal mati dibunuh.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
5 Julai 2009, Jam 2324
            Mikhail tiba sekitar jam 11.24 malam. Lagi 36 minit menjangkau ke tengah malam. Dia harus segera mencari tempat penginapannya. Letih dan penat masih menjalar di batang tubuhnya, namun segera digagahkan kakinya menuju ke sebuah kereta hitam yang menunggunya sejak tadi.
            “Mikhail?” tanya lelaki yang memakai topi, duduk di bahagian pemandu.
            “Ya,” jawab Mikhail pendek.
            “Jom, ikut saya. Bos dah lama tunggu,” pinta lelaki itu.
            “Okey,” jawab Mikhail tanpa banyak soal.

Syarikat Gemilang, Kuala Lumpur.
6 Julai 2009, Jam 1530
            Berderau darahnya ketika menerima mesej itu. Terus dia membuat panggilan kepada anaknya, Sofia. “Sofia, datang sini. Ayah nak cakap sesuatu kepada kamu,” pinta Tuan Malik.
            “Okay, saya akan ke sana segera. Ayah tak apa-apa?” balas Sofia.
            “Jangan risau. Ayah okey. Cepat datang,” harap Tuan Malik.
            Telefon bimbitnya segera dimatikan. Dia segera menuju ke bilik air untuk mencuci muka. Otaknya ligat memikirkan cara untuk melepaskan diri. Mana mungkinhati seseorang boleh tenang apabila mengetahui dia akan dibunuh tidak lama lagi.
Syarikat Berita Harian, Kuala Lumpur.
6 Julai 2009, Jam 1535
            Panggilan yang baru diterimanya merunsingkan hatinya. Tentu bapanya ingin memberitahu dia sesuatu perkara yang amat penting.
            Namun, fikirannya beralih kepada maklumat yang baru ditemuinya. Tuan Berahim pernah disyaki terlibat dalam kes pembunuhan misteri keluarga Tuan Hamid. Yang peliknya, anak Tuan Hamid iaitu Mahmud Bin Hamid hilang tanpa meninggalkan ssebarang kesan, sama ada dibunuh atau diculik.
            Kes yang sudah lama ditutup itu diselongkar balik kerana berkaitan dengan Tuan Berahim. Di manakah Mahmud Bin Hamid menghilang? Walau apapun, terima kasih diucap kepada Rahmat kerana telah membantunya mencari maklumat tersebut.

Hotel Lionsgate, Kuala Lumpur.
6 Julai 2009, Jam 1600
            Mikhail bersembunyi di atas bumbung salah sebuah hotel bertaraf lima bintang, tidak jauh dari bangunan kebanggaan negara Malaysia iaitu Menara Berkembar Petronas, juga tidak jauh dari bangunan Syarikat Gemilang. Sepucuk senjata api automatik jenis The. 1000 Whisper diletakkan pada kedudukan selesa untuk melepaskan tembakan. Sasarannya, Tuan Malik.
            Senjata canggih itu diperbaharukan teknologinya sejak model awal The. 300 Whisper. Senjata yang digunakan menyerupai Long Range Pistol, mempunyai bidikan berkelajuan tinggi 1,100 kaki per saat, tembakan senyap seperti dengusan angindan dilengkapi dengan sebuah teropong. Hasil bidikan menggunakan The. 1000 Whisper mengurangkan proses mushrooming- seperti kebanyakan senjata api. Biasanya peluru akan pecah pada hujungnya, sama seperti seketul tanah liat yang pecah sebaik dilemparkan pada dinding. Proses ini membuatkan tenaga luncuran peluru semakin berkurangan. Proses inilah yang dinamakan mushrooming. Senjata ini diberi oleh lelaki yang membawanya ke hotel itu sebentar tadi.
            Dia terus memerhati. Menanti untuk melepaskan tembakan pada masa yang sesuai.

Syarikat Gemilang, Kuala Lumpur.
6 Julai 2009, Jam 1610
            “Ayah, kenapa ayah panggil saya ke sini?” tanya Sofia selepas bersalaman dengan ayahnya.
            “Dengar sini Sofia. Ayah nak kamu percaya dan bertenang dengan apa yang ayah katakan,” kata Tuan Malik. Air mata bergenang di mata Tuan Malik.
            “Kenapa ayah? Ayah, ceritalah kepada saya apa yang terjadi,” pinta Sofia.
            “Sebenarnya… ayah… ayah seorang pembunuh!”
            Sofia terkejut. Hatinya bagaikan disambar halilintar. Degupan jantungnya bertambah laju. Sofia meraung semahunya. Dia separuh pitam.

Hotel Lionsgate, Kuala Lumpur.
6 Julai 2009, Jam 1619
            Bidikan Mikhail tidak pernah tersasar. Pada jarak antara 400 hinggalah 500 meter, tidak sukar untuk menembak tepat ke dahi Tuan Malik. Serta merta Mikhail meletakkan mata kanan ke lubang teropong. Disasarkan terus ke arah Tuan Malik. Seketika, dia tergamam. Nafas panjang terhembus spontan. Dia bukannya meneropong ke arah Tuan Malik tapi anaknya, Sofia.
            Wajah Sofia menjadi besar pada penglihatannya menerusi teropong berkuasa tinggi itu. Dia lihat Sofia terbaring di atas sofa. Mengapa? Entah mengapa, dia terfikir ratusan kali untuk melepaskan tembakan. Matahari terik memancar, hamper waktu zuhur. Keringat mulai berjejeran.
            Tiba-tiba, satu suara menggigit-gigit telinganya. Memilukan bunyinya. Namun setelah diamati seketika, bunyi dan suara itu amat merdu. Mikhail melihat jam tangannya.Pukul 1.15 petang. Dia mengamati suara itu. Suara yang pernah didengarinya ketika membunuh Tuan Abu di Amman, Jordan.
            Entah mengapa, Mikhail tiba-tiba sahaja mencampakkan senjata The. 1000 Whispernya ke bawah. Senjata itu jatuh dan pecah. Tidak pernah selama ini perasaan sebegitu muncul.
            “Argh!” jerit Mikhail sekuat hati. Dia menutup telinganya sambil berguling-guling di atas lantai, menahan kesakitan yang amat sangat. Kesakitan yang amat sangat.

Hotel Ramses Hilton, Cairo, Mesir.
6 Julai 2009, Jam 1620
            “Kenapa Malik belum mati lagi? Bila kau nak bunuh dia?” jerit lelaki misteri itu.
            “Ya… ya… Nanti saya akan lakukan dengan segera, tuan,” kata Dickens dengan terketar-ketar.
            Better you do it fast or you will be damn die soon!” kata lelaki misteri itu dengan kasar.
            “Ya… ya… tuan,” ujar Dickens.
            Telefon bimbit dimatikan. Dickens mengeluh berat. Dia harus segera menghubungi Mikhail, lambat atau cepat, Malik harus mati.

Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur.
6 Julai 2009, Jam 2015
            Sebuah kereta Waja berwarna hitam berhenti apabila lampu merah bernyala. Seorang wanita yang dahulu berani mengemukakan kebenaran dan menegakkan keadilan kini semahu-mahunya ingin menyembunyikan kebenaran dan menegakkan kebatilan berada dalam kereta itu. Sofia hanya mampu menangis, apabila mendapat tahu ayahnya bersubahat membunuh rakan kongsinya sendiri iaitu Hamid. Dia bersama Berahim, Abu dan ketuanya, Dickens telah bersubahat untuk membunuh Hamid.
            Tiba-tiba pintu keretanya dibuka dan ditutup dengan cepat. Sofia menoleh. Belum sempat dia menoleh sepenuhnya, satu arahan didengarinya.
            “Cepat bergerak. Belok kanan, menuju ke Jalan Tun Abdul Rahman. Pandu dengan perlahan dan jangan melakukan perkara bodoh,” tegas lelaki misteri itu, sambil menghalakan sepucuk pistol yang dilengkapi silencer, mungkin boleh menembusi tempurung kepalanya.
Syarikat Gemilang, Kuala Lumpur.
6 Julai 2009, Jam 2030
            “Kau nak apa lagi Dickens. Tak cukup kau buat hidup aku terseksa? Aku nak kau jangan kacau aku dengan anak aku!” tegas Tuan Malik.
            “Haha… aku tak nak apa-apa. Aku nak kau kau mati. Mati! Faham?” ujar Dickens.
            “Kau jangan cuba nak takutkan aku. Aku akan bocorkan rahsia kau dan organisasi kita kalau kau cuba ugut aku!” balas Tuan Malik.
            “Okey, aku tak ugut kau. Tapi ingat, sebelum kau bocorkan rahsiaini, kau dah berada di neraka! Haha… “ gelak Dickens.
            Telefon bimbit segera dihempaskan ke dinding. Telefon bimbit itu pecah berderai. Tuan Malik berdiri dan mundar-mandir sambil menggosok pelipisnya. Takut dan gusar menyelubungi perasaan Tuan Malik.
            Dua biji Panadol ditelan dan diteguk bersama air mineral. Dia cuba menenangkan dirinya dengan mengambil Panadol.
            Dia terpandang fota anaknya. Wajah anaknya, Sofia mirip akan ibunya. Tergerak pula hatinya untuk pulang ke rumah.
            Dia segera menutup komputer ribanya dan mengemas fail-fail yang berselerak. Dia mengambil kunci kereta Mercedez Benznya; memandu bersendirian ke rumah banglonya di Damansara.

Jalan Tun Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
6 Julai 2009, Jam 2040
            “Awak siapa? Apa yang awak mahu dari saya?” tanya Sofia kepada lelaki itu sambil memandu keretanya dengan kelajuan yang agak perlahan.
            Jalan Tunku Abdul Rahman pada malam itu agak lengang. Biasanya pada malam minggu agak sesak dengan pemuda-pemudi ibu kota.
            “Saya Mikhail. Terus terang saya katakana, saya akan bunuh ayah awak,” jawab Mikahil.
            “Kenapa? Mengapa ayah saya menjadi sasaran awak?” pinta Sofia sambil mengalirkan air mata yang semakin deras.
            “Sebab ayah awak dah bunuh ibu bapa saya!” tegas Mikhail. Dia sendiri tidak pasti adakah benar ibu bapanya dibunuhu oleh Malik dan rakan-rakannya kerana Pak Cik Dickens yang menceritakan perkara itu kepadanya.
            “Ya Allah… kuatkanlah hati hamba-Mu ini,” kata Sofia.
            “Sofia, pandu hingga ke rumah awak. Saya nak selesaikan malam ini juga,” kata Mikhail.
            Kereta Waja meluncur laju menuju ke Damansara. Malam penentuan antara hidup dan mati di rumah Tuan Malik.

Rumah Tuan Malik, Damansara.
6 Julai 2009, Jam 2100
            Tuan Malik meletakkan kereta mewahnya di ruang letak kereta rumahnya. Dia keluar dari keretanya dan menuju ke pintu utama. Dia menolak pintunya. Tidak berkunci, fikir Tuan Malik.
            Lampu tiba-tiba dibuka ketika Tuan Malik masuk ke dalam rumahnya. Terkejut bukan kepalang apabila melihat anaknya diacukan pistol oleh seseorang lelaki yang tidak dikenalinya.
            “Lepaskan anak aku!” jerit Tuan Malik. Dia mengacukan pistol yang memang sudah tersisip di pinggangnya ke arah Mikhail.
           “Letak senjata kau. Aku kira sampai tiga. Satu…dua…” Mikhali mengira. Tuan Malik tiada pilihan lain. Dia meletakkan pistolnya ke lantai.
           “Malik, bersedia untuk mati. “Mikhail mengacukan pistolnya ke arah Tuan Malik. Tuan Malik menutup mata, mengangkat tangannya dan berlitut di hadapan Mikhail. Jantungnya berdegup, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa takutnya Tuan Malik.
            “Jangan! Ayah, ceritakanlah perkara sebenar… tolong ayah,” rayu Sofia. Habis basah bajunya dibasahi oleh air matanya sendiri.
            “Malik, betulkah kau membunuh ibu bapa aku?” soal Mikhail.
            “Sebelum kau bunuh aku,aku nak tahu siapa kau,” pinta Tuan Malik.
            “Akulah anak Tuan Hamid. Angkara kalian, ibu bapa aku menjadi mangsa! Tamak dan nafsu menguasai diri, memang menempah kerugian diri!” jerit Mikhail sambil menumbuk meja makan hingga retak menanti belah.
            ‘Jadi, inilah dia Mahmud yang hilang 20 tahun lalu,’ fikir Sofia sambil menuju ke  arah bapanya.
            “Sebenarnya begini kisahnya….”  Tuan Malik memulakan ceritanya.
                                 * * * * * * * * * * * * * *

Imbas kembali… 20 tahun yang lalu.
Rumah Tuan Hamid. Pukul 11.35 malam.

            “Mud, dengar cakap mak. Sembunyi bawah katil sana. Cepat!” kata Puan Normala kepada Mahmud.
            “Kenapa mak? Ya mak,” kata Mahmud.
            Mahmud cepat-cepat masuk ke bawah katil dan bersembunyi.

* * * * * * * * * * * * * * * *
            “Haha! Kau nak mati? Hehe, sebentar lagi ya,” kata Berahim. Dia, Abu dan Malik mengelilingi Hamid.
            “Hang semua jangan la gini. Depa memang setia dengan organisasi. Depa dah janji,nyawa sebagai galang ganti jika depa mungkir,” jawab Hamid terketar-ketar.
            “Ni apa? Gambar hang bagi fail kat polis,ha! Hang ingat ini organisasi apa? Antarabangsa punya oi! Serata dunia punya ahli cari hang kalau hang bocor rahsia. Dickens tau mampos hang!” ujar Abu.
Hamid menyambut fail yang diberi oleh Malik kepadanya. Dia membuka fail itu. Memang betul gambarnya sedang member sesuatu kepada mata-mata di situ.
            “Ni palsu! Hang semua tak kan tak  percaya kat aku!” jerit Hamid.
            “Maaf la, kami tak da cara lain,” Malik berkata. Mereka semua, Abu,Berahim dan Malik terus menyeret Hamid menuju ke pintu utama. Hamid menjerit-jerit memanggil isterinya. Puan Normala terus turun dari tingkat atas sambil memohon agar suaminya dilepaskan.
            Bang! Bang! Dua das tembakan kedengaran.

                       * * * * * * * * * * * * * * * * * *
            Mahmud menangis tanpa henti. Dia cuba menutup mulutnya daripada mengeluarkan sebarang bunyi. Dua das tembakan membuatkan dia kecut perut. Mahmud mengelap air mata yang bercucuran.

                                               * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
            “Bodoh! Bising saja tau!” jerkah Dickens. Mata Puan Normala terbeliak, sambil melihat perutnya ditembak dua kali oleh Dickens. Dia tumbang, terbaring menahan kesakitan.
            “Nor!” jerit Hamid. Dickens menghampiri Normala dan terus melepaskan sebanyak mungkin tembakan sehingga magazine pistolnya habis. Ditukar pula magazine yang baru ke dalam pistolnya.
            Darah memercik ke merata tempat. Nyawa seorang insan yang tidak berdosa melayang pada malam itu. Muka Normala ditembak berkali-kali sehingga rupanya tidak dapat dicam oleh Hamid sendiri.
            “Dan kau pula Hamid! Disebabkan kau, organisasi di Malaysia dapat dihidu oleh polis!” jerit Dickens. Giliran Hamid pula ditembak bertalu-talu.
            Malik, Abu dan Berahim kaget melihat tindakan gila Dickens. Ini sudah tersimpang jauh daripada rancangan asal mereka iaitu hanya menculik Hamid dan menghantarnya ke organisasi di selatan Thailand.

* * * * * * * * * * * * * * * * *
            “Apa kau buat ni,Dickens? Are you out of your mind?” ujar Malik.
            “Memang aku gila. Aku nak kalian semau berpecah dan jangan bocorkan rahsia ini. Organisasi bagi setiap seorang US$ 100 000, berniaga dan cari kekayaan,”kata Dickens sambil mengelap darah yang berada di mukanya.
            Mahu tidak mahu, Malik , Abu dan Berahim harus menuruti arahan orang putih yang bertopengkan syaitan itu.

                                  * * * * * * * * * * * * * * * * * *
            Boy,where are you?” kata Dickens sambil menuruti anak tangga itu. Mahmud mendengar suara yang memanggilnya. Tangisan Mahmud semakin lama semakin kuat.
            Pintu biliknya di kuak perlahan. Mahmud melihat kaki seseorang sedang mengelilingi katil itu.
            “Mahmud! Come here,uncle nak selamatkan kamu,” Dickens memujuk sambil menghulurkan tangannya kepada Mahmud.
            Mahmud tanpa berfikir panjang segera menyambut tangan Dickens, menganggap Dickens sebagai ‘penyelamatnya’.
            Mahmud dibawa oleh Dickens di suatu tempat yang sangat jauh. Mahmud penat namun dipaksa oleh Dickens. Dickens sentiasa senyum kepada Mahmud.

Rumah Tuan Malik, Kuala Lumpur.

            “Itulah ceritanya, Mahmud. Tidak sangka, Dickens membawa kau pergi dan melatih kau sebagai pembunuh professional,” kata Tuan Malik.
            “Mengapa saya, pak cik? Apa dosa ibu bapa saya…”kata Mikhail. Air jernih mulai mengalir ke pipi Mikhail.
            Dalam fikiran Mikhail hanya satu sahaja,bunuh Dickens. Mikhail memandang Sofia dan menggenggam tangannya. “Tolong saya…bantu saya bertaubat,”pinta Mikhail.
            Sofia mengangguk. Mereka semua menangis. Menangis dalam kegembiraan yang diulit kesedihan,akibat perbuatan orang putih yang bertopengkan syaitan iaitu John Dickens.

Hotel & Kasino Luxor, Las Vegas, Amerika Syarikat.
11 Oktober 2009, Jam 0224
            Setelah puas meneguk air syaitan di pub, Dickens segera menuju ke biliknya. Bilik yang ditempah US$ 3000 semalam tidak akan disia-siakannya. Berparti, mabuk dan juga judi menjadi amalannya sehari-hari.
            Pintu dibuka. Dickens dengan terhuyung-hayangnya menuju ke bilik air. Muntah-muntah.
            Dia bersandar ke kerusi. Menstabilkan fikiran,emosi dan mualnya. Memerhati suasana biliknya.
            “Hai, Dickens.” Satu suara muncul. Suara yang amat dikenalinya.
            “Mikhail…what are you doing here?” kata Dickens.
            Mikhail mengacukan pistolnya di dahi Dickens. Mikhail sudah biasa memecah masuk dan bersembunyi di dalam bilik tanpa disedari. Sudah dilatih dan terlatih.
            Jadi kau dah tahu semuanya…kau nak bunuh uncle?” kata Dickens. Peluh jantan membasahi muka Dickens.
            “Kau bunuh ibu bapa aku. Kau bawa aku lari,pergi Thailand. Hantar aku pergi Russia. Kau brainwash aku sampai aku lupa siapa aku. Kau buat macam kau tak bersalah pun. Kau hasut aku supaya bunuh semua saksi pada malam itu. Memang kau tak bersalah pun, kan?” luah Mikhail dengan tegas.
            “Mick, kau bertindak mengikut arahan,kan…jangan la macam ni…”pujuk Dickens.
            “Ya,memang aku mengikut arahan. Arahan daripada Mahmud Bin Hamid. Any last words?” tanya Mikhail.
            “Argh!” Dickens cuba melawan namun dia fikirannya dikuasai oleh air kencing syaitan yang diteguknya. Namun, Mikhail yang sememangnya dilatih dan terlatih untuk membunuh cekap menguasai keadaan.
            Picu ditarik. Darah tersembur keluar membentuk percikan merah di dinding. Mikhail berasa lega walaupun perasaannya diulit rasa bersalah. Mikhail sudah berjanji kepada dirinya, ini yang terakhir. Segala dendamnya sudah terlunas. Selepas ini,dia akan kembali ke Malaysia, bertemu Sofia yang akan membimbingnya untuk dia kembali pulang ke pangkal jalan.

Masjid Negara,Kuala Lumpur.
14 Mac 2011, Jam 1910
            Suara azan sayup bergema, menandakan masuknya waktu maghrib. Mahmud segera membuka paip air dan terus mengambil wuduk. Keadaan jemaah di Masjid Negara agak lengang, memandangkan gerimis mulai turun sejak asar tadi. Mahmud segera merapatkan saf dan solat maghrib secara berjemaah. Penuh khusyuk dan tawaduk.
          Selesai solat maghrib secara berjemaah,dia terus memandu ke Damansara, bertemu dengan isterinya yang tercinta,Sofia. Sofialah yang telah banyak membantu Mikhail kembali ke pangkal jalan. Bapa mertuanya, Tuan Malik kini sudah kembali ke rahmatullah ketika mengerjakan haji tahun lalu.
            Air mata berciciran memikirkan dosa besar yang dilakukannya. Sepanjang perjalanannya ke rumah arwah ayah mertuanya, Tuan Malik di Damansara , dia lebih banyak menghabiskan masanya di dalam kereta dengan bertasbih, berzikir dan bertahmid mengharapkan keampunan dan keerdhaan Allah S.W.T. Keinsafan mula sebati dengan dirinya.
            Dia berharap, selepas dia dan Sofia berpindah ke Genting Highlands, dia akan memulakan hidup baru dan melupakan tragedi hitam yang menimpa dirinya itu.

--Selesai—

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

IKRAR SEORANG MUKMIN

Cerpen ini adalah satu daripada 2 cerpen yang akan bertanding di Perkampungan Penulis Muda di JB pada 12-14 April 2011.
Semoga mereka berdua berjaya mengharumkan nama sekolah dalam bidang sastera.
Amin~

IKRAR SEORANG MUKMIN
Oleh : Ahmad Syukri Bin Ahmad
SM Sains Johor.
Tahun 2045.
Jam 0400.
27 Ramadan 1466 Hijrah.
Masjidil Haram , Mekah , Arab Saudi.

            Saat itu,10 juta umat manusia sedang khusyuk dan tawaduk menunaikan Solat Sunat Tahajud secara berjemaah. Saf para jemaah sudah melimpah-ruah hingga ke Bukit Safa dan Bukit Marwah,tempat Hajar isteri Nabi Ibrahim berulang alik mencari air untuk puteranya,Ismail.Bahagian bawah Jabal Rahmah,tempat pertemuan Adam dan Hawa juga dipenuhi oleh umat manusia ini.Padang pasir yang berdebu itu turut dibanjiri barisan yang utuh dan padu beribadat demi keredaan sang Rabb yang maha agung.Sesekali bayu malam di padang pasir meniup.Mungkin angin-angin yang menghembus ini turut berzikir dan bertasbih memuji sang pencipta.

            Alunan kalamullah bersama tarannum Soba dan Sikah yang dibaca secara murattal ternyata meruntun jiwa hamba-hamba Allah yang bertakwa dan beriman.Mungkin itulah kebenaran ucapan Rasulullah,bahawa orang yang bertakwa dan beriman itu,apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat suci,bergetarlah hati-hati mereka.

Di hadapan Hajarul Aswad itu, berdiri seorang insan yang mengimamkan 10 juta umat manusia tadi yang datangnya dari segenap pelosok dan penjuru dunia.Dia sedang membaca Surah Al-Waqiah.Sesekali suaranya sebak dan bergetar-getar. Begitu syahdu bagi mana-mana telinga yang mendengar bacaan itu. Begitu fasih dia melafazkan ayat-ayat Al-Quran yang diturunkan dalam bahasa arab.Firman Allah dalam Surah Fussilat,Ayat ketiga yang bermaksud “Kami turunkan Al-Quran dalam bahasa Arab bagi kaum yang mahu mengetahui kandungannya”. Akan tetapi,imam yang fasih dan baik lahjah Arabnya itu bukannya berdarah daging Arab.Dia merupakan anak melayu yang berasal dari selatan tanah air,Malaysia.

            Tiba-tiba raungan dan esakan umat manusia memenuhi segenap Tanah Halal dan Tanah Haram.

“Dan golongan tangan kiri,alangkah sengsaranya keadaan mereka itu.Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang mendidih.Serta naungan asap hitam,yang tidak sejuk dan tidak pula menyenangkan” (Al-Waqiah Ayat 41-96)
       
Si imam pun terus melantunkan bacaan kalamullah dengan juraian air mata yang menjadikan bumi Mekah penuh syahdu ketika itu. Alangkah hina dan kecilnya mereka untuk dibandingkan dengan Allah. Air mata penginsafan dan penyesalan terus berlinangan di bawah kelopak mata umat Muhammad ini.Suatu keadaan yang bisa diumpakan seperti kisah Rabiatul Adawwiyah,satu-satunya wanita yang menjadi wali Allah.Wanita agung ini selalu merintih dan meratap dalam setiap tahajudnya.

"Ya Allah, sekiranya aku menyembah-Mu kerana takut kepada neraka, bakarlah aku di dalam neraka. Sekiranya aku menyembah-Mu kerana mengharapkan syurga, campakkanlah aku dari syurga. Namun sekiranya aku menyembah-Mu semata-mata demi-Mu, janganlah Engkau enggan memperlihatkan keindahan wajah-Mu yang abadi kepadaku."                             
(Rabiatul Adawwiyah)

Bumi kelahiran Rasulullah S.A.W terus dihujani air mata keinsafan.Jam terbesar di dunia,yang terletak kira-kira 2 batu dari Masjidil Haram masih bergerak,mengikut Zon Waktu Piawai Greenwich.Kira-kira 1 jam sahaja lagi,azan Subuh bakal berkumandang.

Fajar di Ufuk Timur bakal menyinsing,memisahkan antara waktu malam dan siang.

* * * * * * * * * *

Tahun 2011.
9 Rabiulawal 1432 Hijrah.
12 Februari 2011
Malaysia.

            “Berita jam 1.30 petang.Pada jam 10.00 pagi waktu tempatan, Presiden Mesir, Hosni Mubarak secara rasmi meletak jawatan sebagai Presiden Mesir” Kamaruddin Mape,pembaca Berita TV3 melaporkan pengunduran Hosni Mubarak secari sah dan rasmi.

            “Allahuakbar!! Alhamdulillah!!” laung rakyat di bumi Mesir seramai 2 juta orang. Akhirnya,tali barut Israel dan Amerika Syarikat (AS) itu berundur.Ternyata perkara yang hak tetap hak, yang batil tetap batil! Doa orang yang teraniaya dan dizalimi itu mustajab.Setelah pelbagai penyelewengan dan masalah korupsi terbongkar,Mubarak harus berundur pada hakikatnya atau dia bakal mendapat tentangan hebat,bahkan ancaman bunuh.Tiga darsawarsa sudah terlalu lama untuk Mubarak terus memerintah Mesir.

            Sesungguhnya,benar firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah Ayat 286,mafhumnya “Allah tidak akan memberati seseorang,melainkan dia mampu menghadapinya”.

            Semangat jihad rakyat bumi Anbia ternyata telah menggegar dunia! Mereka memperjuangkan kebenaran dan ternyata mereka berjaya.Rakyat mesir terus bersatu persis isi dan kuku,bagai aur dengan tebing dan laksana irama dan lagu !

* * * * * * * * * *

Jam tangan jenis digital berjenama Puma berwarna ungu itu sudah menunjukkan jam 1.45 petang.Kira-kira 15 minit sahaja lagi,sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) waktu petang bakal bermula.Menandakan,kelas Bahasa Melayu bagi pelajar tingkatan 4 Sains 1 bakal bermula.

Bagi mereka,subjek ini bukan sekadar menuntut mereka menulis karangan dan mendapat markah penuh semata-mata atau menjawab soalan pemahaman dan meringkaskan karangan mengikut spesifikasi penandaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja.Akan tetapi,subjek ini telah mengubah fikiran “katak di bawah tempurung” mereka kepada anak-anak watan yang berminda kelas pertama! Dengan suntikan ilmu Puan Zanariah Abdol,Guru Cemerlang Bahasa Melayu SM Sains Johor, mereka sudah mampu untuk berfikir di luar kotak dan merentas sempadan! Puan Zanariah bukan “guru robot” yang hanya menunjukkan pelajarnya cara untuk mendapat A+.Namun begitu,beliau ialah pendidik,yang mahukan anak bangsanya berjaya dalam kehidupan dan mampu memimpin,bukan sekadar pemimpin negara,namun pemimpin dunia! Harapannya,satu hari nanti akan ada pelajarnya yang menjadi anak Malaysia pertama yang menerima “Anugerah Nobel”.Doa seorang pendidik bangsa ini akan termakbul,insya-Allah.

Dalam masa yang sama,di tepi pintu Surau Al-Ikhsan itu,kelihatan Syukri sedang tersandar keletihan.Kondisinya begitu lemah dan tidak bermaya.Suhu badannya tinggi.Badannya terasa panas.Demam yang menyerang dirinya hari kelmarin masih belum kebah.Paracetemol yang telah ditelan dan dihadamnya masih belum memulihkan semula sistem imunisasi badannya.

Dalam hati,dia bertekad “Aku harus pergi juga ke kelas hari ini ! Pembentangan mengenai idolaku harus aku lunaskan juga hari ini!”

Dengan penuh lesu dan lemah longlai itu,dia pun bangun memakai kasut kulit hitamnya berjenama Louis Vuitton dan terus menuju ke kelas.

* * * * * * * * * *

“Assalamualaikum,kelas!” kata bonda Zanariah dengan kuntuman senyuman.Mungkin baik “mood” nya petang itu.

“Waalaikumussalam w.b.t cikgu” jawab pelajar tingkatan 4 Sains 1 dengan penuh gaya dan professional

Kemudian,mereka menghadap kiblat dan membaca doa.Tangan yang dicipta daripada Tanah Kaabah (tangan kanan) dan Tanah Paris (tangan kiri) itu ditadah.

“Baiklah kelas,hari ini seperti yang saya janjikan pembentangan individu mengenai tokoh/idola pilihan masing-masing. Semua sudah bersedia?” tanya beliau.
“Sudah cikgu !” jawab pelajar aliran sains teknikal itu dengan penuh yakin dan bersemangat.

“Seperkara sebelum cikgu mulakan pembentangan hari ini,adakah kalian tahu apakah darjat atau criteria yang lebih bagus serta baik selain menjadi pelajar cemerlang? tanya bonda Zanariah.

“Gemilang! Kan cikgu?” Dengan suara lantang Husaini menjawab.

“Bukan jawapannya Husaini.Pelajar lain cuba jawab” balas bonda Zanariah.

“Terb..ter…terbilang ya cikgu?” Jawab Fahmi dengan ragu-ragu.

“Masih bukan jawapannya Fahmi.Awak semua ingat,saya tanya tema sambutan kemerdekaan Malaysia ke-50 kah?Saya bukannya bertanya tema “Cemerlang,Gemilang,Terbilang” itu.Huhuhu..” Bonda Zanariah membalas sambil tertawa.

“Cikgu,saya mahu cuba” kata Syukri yang mengangkat tangan kanan,kemudian berdiri.

Itulah etika Syukri apabila ada mana-mana orang yang bertanya,dia akan diam untuk berfikir terlebih dahulu.Kemudian, jika dia yakin akan jawapannya,dia akan mengangkat tangan dan berdiri untuk menjawab.Masih terngiang-ngiang di gegendang telingaya,suara motivator terkenal Dato’ Dr Fadilah Kamsah yang menegaskan bahawa pelajar yang unggul haus mempunyai watak serta personality tersendiri,kemas,rapi dan tersusun.Satu daripada komponen yang ditegaskan motivator itu ialah keterampilan semasa berucap atau memberikan jawapan.

“Ya,silakan Syukri untuk menjawab” bonda Zanariah mempersilakannya untuk menjawab.

“Peringkat atau tahap misali cikgu.Bermakna,orang yang cemerlang,gemilang dan terbilang dalam apa-apa lapangan bidang,aspek dan kebitaraan.Dalam masa yang sama,dia akan menjadikan orang di sekelilingnya turut menjadi cemerlang,gemilang dan terbilang..Adakah tahap dan peringkat itu yang cikgu maksudkan serta cuba sampaikan kepada kami?” Dia menjawab dengan intonasi suara yang tenang dan jelas,susunan ayat yang kemas serta keyakinan yang ditampilkan melalui wajahnya.

“Tepat sekali! Syabas Syukri! Baiklah kelas,itulah yang saya maksukan dan ingin sampaikan kepada para pelajar sekalin.Kerana apalah gunanya kita lahirkan 50 orang pelajar memperoleh keputusan “Straight A+” , tetapi lebih 100 orang yang lain,kecundang dan tewas dalam medan peperiksaan.Oleh itu,cikgu percaya dengan wujudnya sifat untuk saling melengkapi pasti kalian akan berjaya.Setiap individu sememangnya dilahirkan dengan sebuah atau banyak keistimewaan,namun bukan bermakna dia sudah sempurna.Ilmu Allah taala itu lebih luas daripada 7 lautan di dunia ini.Ilmu yang Allah berikan kepada kita hanya setitik daripada air-air yang lebih banyak daripada lautan itu.Jadi cikgu mahu, mulai saat ini kamu semua perlu saling membantu dan berkongsi agar dapat mencipta kebitaraan hingga ke persada dunia.” Terang bonda Zanariah panjang lebar.Dalam kalbunya,dia mendoakan 29 pelajar di hadapannya itu berjaya di dunia dan pastinya di akhirat.29 mata pelajar 4 Sains 1 ditatapnya.

“Tanpa membuang masa,saya persilakan Jefferey untuk membentangkan analisis mengenai Tun Dr Mahathir Mohamed bersama-sama segala canaian usaha dan ikhtiar beliau menggarap pembangunan Negara” sambung bonda Zanariah.

*Pembentangan petang itu berada dalam kronologi yang teratur dan lancar,tanpa sebarang aral yang melintang kendatipun dugaaan yang mendatang.Akmal Adib,pelajar genius di SMSJ pula sudah siap bersama slaidnya untuk membentangkan mengenai Mantan Presiden Amerika Syarikat,Abraham Lincoln.Vimalan,atlet Negeri Johor, pula tampil membentangkan tokoh pejuang dari India,Mahatma Gandi.Pembentangan mengenai mendiang Permaisuri Britain,Puteri Diana dipersembahkan oleh Hafis.Ternyata wanita yang pernah mencipta fenomena itu mempunyai keunikan dan keistimewaan dalam personaliti dirinya.Husaini dengan suara dan gayanya yang menarik menerangkan mengenai Alexender the Great wira dan pahlawan dalam Tamadun Yunani.

Variasi pembentangan profil diri tokoh,sejarah dan sumbangan telah dilunaskan.Pelbagai warna telah dilakar oleh tokoh-tokoh tersebut dalam lipatan sejarah dunia.Sama ada dari penjuru Timur dunia mahupun nun jauh di Barat.

“Uhuk..uhuk..uhuk..” Syukri terbatuk.Kesakitan yang dialaminya tidak diambil pusing.Ya,setiap tugasan perlu diselesaikan.Hendak seribu daya,tidak hendak seribu dalih! Itulah prinsip hidupnya.

“Akhir sekali,saya mempersilakan Syukri untuk menyampaikan pembentangan.Dipersilakan” luah bonda Zanariah sambil tangan kanannya memegang pen membuat catatan atau ulasan mungkin mengenai pembentangan setiap pelajar.

“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah,lagi Maha Mengasihani.Assalamualaikum W.B.T, salam muhibah ikatan ceria.” Pemidato dan pembahas sekolah itu memulakan tutur bicaranya.

“Hadirin sekalian,pembentangan saya hari ini moganya mudah difahami walaupun dalam penyampaian yang santai dan mudah.”

“Sultan Muhammad Al-Fateh sebenarnya merupakan anak kepada pemerintah Empayar Turki Uthmaniyah,iaitu Sultan Murad II.Keistimewaan dan keunikannya ialah beliau dididik dengan lengkap bersama ilmu duniawi dan ukhrawi.Hal ini menjadikan dia pemuda yang mempunyai kepimpinan terpuji dan keimanan yang disegani.Syeikh Syamsuddin Al-Wali,anak murid Sheikh Bayram yang merupakan penasihat Sultan Murad II telah mendidik Muhammad Al-Fateh dengan segala ilmu berkiblatkan Al-Quran dan Sunnah.Kefahaman Muhammad Al-Fateh mengenai Tauhid Uluhiyyah,Ar-Rububiyah dan Asma’ wa Sifat sudah mantap.Dia tidak pernah meninggalkan solat fardu dan tahajud sejak dari akil baligh.Betapa hebatnya didikan yang diterima!Jauh sekali perbezaan dengan diri kita dan remaja masa kini.Panglima Tharhan melengkapkan anak saudaranya itu dengan ilmu peperangan.Strategi Perang Khandaq,Perang Badar,Perang Uhud sudah diceritakan dan dilatih.Hasilnya,Kota Konstantinopel (Turki) yang gagal ditawan sejak pemerintahan Saidina Ali,diteruskan dengan Abu Ayub Al-Anshari sehingga kepada Sultan Murad II,telah berjaya dijinakkan oleh anak Muhammad Al-Fateh kala usianya 24 tahun.”

“Secara langsung,dia membenarkan sebuah hadis Rasulullah S.A.W mafhumnya,“Konstantinopel hanya akan ditawan oleh pemerintah yang baik,tentera yang baik dan rakyat yang baik.”

“Analoginya mudah,golongan ini pada siang harinya ibarat singa dan harimau yang rakus membaham mangsa serta musuhnya.Namun pada malam hari,mereka merendahkan diri mereka serendah-rendahnya ibarat semut kerdil yang serba kekurangan.Keikhlasan mereka bertafakur,bermunajat dan bertasbih memohon kekuatan Allah,Rabbal Alamin lebih tinggi darjatnya daripada segala gunung yang ada di dunia bahkan lebih agung daripada Gunung Everest yang 8850 meter tingginya.Mereka berpegang utuh dan menggenggam erat ayat ini mungkin,“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajud padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu;semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.”
(Surah Al-Isra’ Ayat 79)

Syukri terus menerangkan dengan penuh yakin dan terukir secalit senyuman di bibirnya.Dia puas dapat bercerita kepada rakan-rakannya dan gurunya mengenai tokoh yang dikaguminya itu.

“Pap..pap..pap..” tepukan gemuruh diberikan kepadanya.Dia berhasil menyampaikan info yang kadangkala dipandang enteng oleh sebahagian daripada kita padahal info ini sebenarnya menjadi satu daripada tunjang pembentukan masyarakat madani.

*Imbas kembali setahun yang lepas.

“Aku mahu menjadi seperti Muhammad Al-Fateh” getus hatinya saat usai membaca karya Abdul Latip Talib berjudul Sultan Muhammad Al-Fateh Penakluk Konstantinopel.Novel sejarah Islam yang usai dibacanya itu ternyata memberikan suatu dampak , malah lonjakan saujana motivasi dirinya untuk tampil hebat membawa Islam di mata dunia.

Saat yang sama,dia mahu menjadi seorang yang misali.Segala ilmu yang dimilikinya mahu dicurahkan dan diajar semampu mungkin kepada manusia di dunia ini.Ya, menulis di dalam blog belum cukup baginya.Dia mahu menjadi penulis dalam mana-mana kolum dalam majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP),majalah e@siswa dan kalau boleh dia mahu menjadi penulis Majalah Al-Islam dan SOLUSI! Itu cita-citanya .

Dia mahukan idea dan buah fikirnya didengari dunia ! Kalau dirinya salah , dia sedia berlapang dada untuk diperbetulkan.

Dia ada satu tabiat , iaitu termenung melihat langit pada waktu malam.Dalam detik yang sama,hatinya akan berasa begitu kerdil.Akal yang Allah kurniakan kepada dirinya akan ligat berfikir,bermuhasabah diri,memikirkan apa-apa jawaban kepada masalah atau mencari idea yang tak terfikir oleh orang lain.Dan ada satu ketika dia terfikir bahawa apalah gunanya Umat Islam membaca doa Iftitah (Ikrar Muslimin) dalam solat,tetapi hanya dilafazkan tanpa ditunaikan.

“Sesungguhnya solatku,ibadatku,hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah.Tuhan sekalian Alam.”

            Dia memiliki tekad mahu menunaikan Ikrar Muslimin itu sedaya mungkin.Azamnya mahukan Islam dijulang kembali sebagai 2/3 kuasa dunia! Daripada 6.8 billion umat di bumi ini,hanya 1.57 billion yang beragama Islam.Alangkah hampanya Rasulullah jika baginda masih bernafas pada zaman ini.
Kedudukan Agama Islam bukan sekadar tercatat dalam Kad Pengenalan (IC) semata-mata.Pasti juga bukan sekadar termaktub dalam Perkara 3 Perlembagaan Perseketuan Negara Malaysia sahaja.Tetapi,dunia dan seluruh isinya perlu dikuasai oleh pemimpin Islam dalam pelbagai bidang.Dunia sudah ketandusan khalifah islam untuk memimpinnya.

            Dunia yang berusia 4.54 billion tahun ini sudah tenat dengan pelbagai seksaan kepadanya.Dunia ini sudah cukup tercemar dengan peningkatan suhunya sebanyak 0.8 darjah celcius pada setiap tahun.Pencairan Ais di kutub bakal menjadi ancaman kepada Negara-negara di kepulauan yang rendah untuk lenyap daripada peta dunia! Hal ini demikian , tidak lain dan tidak bukan,pembangunan daripada Negara dunia kelas pertama yang menyumbang ke arah kemusnahan dunia!

Tidak puas dengan itu , pemerintahan kuku besi dunia terus menindas saudara Islam kita di Palestin,Afghanistan dan Iraq.Anak-anak kecil yang belum dinodai dosa dibunuh dan diseksa.Golongan warga tua dan wanita,terus dibedil dengan bom kimia posphorus pada 2004 di Iraq,2006 di Lubnan,2009 di Afghanistan dan 2008-2010 di Palestin.Hakikatnya, penggunaan bom ini sudah diharamkan oleh Pertubuhan Hak Asasi Manusia Antarabangsa.Namun,keserakahan Israel tidak mampu dihentikan.Sungguh menyayat hati apabila melihat pelbagai seksaan yang dialami oleh mereka.

“Semoga keadaan dunia kembali damai dan tenang.”

“Semoga dunia diperintah khalifah Islam yang adil dan beriman.”

“Semoga Allah kabulkan permintaanku,” hati kecilnya berbisik.

* * * * * * * * * *

*10 tahun kemudian.
Tahun 2021.
Rejab 1441 Hijrah.
Kaherah,Mesir.

“Astaghfirullah,aku terlambat kali ini.Pasti Prof Sheikh Sayyid Mutawwali marah kepadaku.Dia merupakan antara prof yang menepati masa! Orang putih kata ‘punctual’.” Ucap Syukri sambil berlari-lari anak.

Dia baru sahaja turun dari metro yang berkelajuan 250 km sejam.Metro tersebut menghubungkan petempatan pelajar di Cairo ke kawasan Kampus Utama Universiti Al-Azhar menjadi pengangkutan perdana bagi pelajar-pelajar di universiti Islam tertua di dunia itu.

Sang suria terus menyapa,menyinari seluruh bumi mesir.Jam menunjukkan waktu 2.00 petang.Bagaimanapun,kedinginan musim sejuk yang melanda Mesir,memaksa Syukri memakai jaket tebal dan mafla yang dililit dileher.Kopiah putih yang dibelinya semasa tingkatan dua,kemas dipakai di kepalanya.

Petang itu,dia perlu hadir ke Masjid Al-Azhar untuk memperdengarkan hafazannya kepada Sheikh Sayyid Mutawwali,murabbi bidang hafazan Universiti Al-Azhar.Sheikh Sayyid Mutawwali akan menyemak bacaannya daripada aspek tajwid,qiraat dan fasohah.

Dia perlu mengkhatamkan hafazan 30 juzuk Al-Quran sebagai kelayakan untuk digelar Al-Hafiz.Itu pun,dia telah menghafaz 15 juzuk Al-Quran sebelum diterima masuk sebagai mahasiswa di universiti Islam yang berprestij itu.

“Assalamualaikum..Mengapa kamu lambat?” Tanya Sheikh Sayyid Mutawwali dalam bahasa Arab yang fasih dan lancar.

“Waalaikumussalam.Maafkan saya sheikh,saya tertidur semasa mendengar audio bacaan Sheikh Abdul Rahman Sudais selepas solat Zuhur tadi.” Jawab Syukri yang juga fasih dalam Bahasa Arab.Terditik selautan rasa bersalah dalam hatinya.Bimbang murabbinya itu kecil hati dan tersinggung dengan kelewatannya.

Anak jati Malaysia itu sememangnya hebat dan sudah dikenali dunia.Kebolehannya menguasai bahasa Melayu,
Inggeris,Arab,German,Perancis,Korea,China dan India menjadikan Syukri mudah berinteraksi dan berkomunikasi dengan dunia.Ternyata impian yang dipasang 12 tahun yang lalu semaki hamper menjadi realiti.

Selepas menamatkan pengajian di Universiti Harvard selama 6 tahun dalam bidang perubatan melalui pengkhususan neurologi dan kardiologi,dia ditawarkann bekerja sebagai Timbalan Pengarah di “Harvard University School”.Semua itu berlaku apakala dia dianugerahkan “Harvard University Best Student of the year” pada tahun 2017.

Tawaran yang diumpamakan ‘bagai bulan jatuh ke riba’ ditolaknya dengan baik.Dia tahu,walaupun dia merupakan pelajar Islam yang berbangsa Melayu pertama dianugerahkan gelaran terhebat itu,ada yang lebih hebat daripada dirinya.Allah yang bersifat Al-Hakim iaitu Maha Bijaksana.Hasil Solat Sunat Istikharah yang didirikan selama 40 hari memohon petunjuk daripada Allah membawa dia bertemu idlonya dalam mimpi.Raja Muhammad Al-Fateh datang dalam mimpiya.Pesan penakluk konstantinopel itu,

“Wahai saudaraku yang memiliki keistimewaan dan azam yang luar biasa,Allah datangkan aku dalam mimpimu untuk memberitahu bahawa tawaran itu perlu ditolak.Dan kamu harus mempersiapkan diri dengan ilmu yang paling kamu cintai sama sepertiku.Iaitu ilmu Al-Quran dan Sunnah.Mohonlah kamu ke universiti di bumi pyramid itu.Insya-Allah,akan ada jalan dan kamu akan temui sesuatu.Ikrar kamu bukan lagi ‘Ikrar Muslim’ tetapi bakal menjadi ‘Ikrar Seorang Mukmin’. Perjuangan kamu akan membuatkan kamu bersamaku dan Rasullulah di akhirat nanti.Sampai ketemu lagi.”

Mimpi itu menambah marak api perjuangan yang berkobar-kobar di dadanya.Semoga Allah membantunya.

“Wal yatafaddal masykura ya Syukri.Bermaksud, dipersilakan memulakan bacaan.” Kata Prof Sayyid Mutawwali.Dia menyuruh Syukri membaca,bermula daripada Surah Az-Zumar Ayat 1.Tiada reaksi marah melalui wajahnya.Mungkin anginnya baik hari itu.

Dia melantunkan bacaan dengan pelbagai gaya bacaan imam-imam terkenal di dunia,antaranya Sheikh Saad Said Al-Ghamidi (Imam Masjid Riyadh),Sheikh Abdullah Juhany Al-Awwad (Imam Masjidil Haram),Sheikh Hudhaifi (Imam Masjid Nabawi),Sheikh Maher Muaqli (Imam Masjidil Haram),Sheikh Mishary (Imam Masjid Riyadh) dan paling tidak akan ditinggalkannya,gaya bacaan Sheikh Abdul Rahman Sudais.Apabila disebut sahaja Masjidil Haram,irama Sheikh Sudais pasti akan menjadi satu daripada identiti masjid teragung dalam Islam itu.

Usai bacaan Surah Az-Zumar,dia meneruskan dengan Surah Al Fath,Al-Hujurat,Al-Qamar sehingga Surah Mursilat.Ada saatnya kedua-dua Al-Hafiz itu menangis.Mereka takut akan azab yang dijanjikan Allah yang perit lagi menyeksakan.

“Mumtaz! Mamruk Syukri!” Puji murabbinya itu.

“Hebat betul bacaan kamu anak muridku.Apabila mendengar bacaan kamu,terasa sebak dan hinanya diri saya ini.Maha besar kekuasaan Allah itu! Sambung murabbi yang sudah berusia lebih  50 tahun itu.

“Syukran jazilan ya sheikh.Alhamdulillah,ini semuanya kurniaan Allah kepada saya dan hanya pinjaman yang akan dipulangkan saat saya pergi ke alam barzakh nanti.” Lafaz Syukri kepada gurunya yang berserban putih dan berjubah hitam itu.

“Na’am Syukri.Bermaksud,betul katamu itu.Nampaknya,kamu sudah menguasai illmu yang terkandung dalam mukjizat Rasulullah ini.Tiada sebarang kesalahan tajwid,fasohah dan qiraat yang mampu saya kesan.Kamu membaca Riwayat Warsy,Susi dan Qalun cukup baik.Silah mim jamak,imalah dan taqlil dalam bacaan qiraat kamu juga sempurna.Allahumaftahalaik!” Komen Sheikh Sayyid Mutawwali.

“Terima kasih sekali lagi sheikh.” Syukri begitu merendah diri.Rasa riak dan ujub harus ditanamkan sejauh mungkin.Agaknya perlu dicampakkan hingga ke Pluto.Dia tertawa dengan omelannya itu.

Sebelum terlupa,saya ada pesanan untuk kamu.Amirul Murabbi Al-Azhar,Prof. Dr Yusof Al-Qardhawi mahu ketemu kamu usai Solat Isyak malam ini.Katanya mahu meminta pandangan kamu dan ada perkara hendak disampaikan kepada kamu.Saya pun tidak pasti perkara yang mahu dibincangkan bersama kamu itu.Tidak mengapa,kamu pergi sahaja bertemu dengannya.” Sheikh Sayyid Mutawwali menyampaikan pesanan daripada Amirul Murabbi Sheikh Al-Azhar.

“Insya-Allah,saya akan pergi.” Jawab Syukri.Saat itu,mindanya ligat berpusing memecah kebuntuan,mencari motif Prof. Yusof Al-Qardhawi mahu berbincang bersamanya.

“Ah,biarlah malam ini menjadi penentuannya!” Dia cuba untuk bersangka baik.

            Usai sesi tasmik hafazannya,mereka berdua pun Solat Asar secara berjemaah.Kemudian beredar pulang ke rumah masing-masing.

* * * * * * * * * *

Masjid Al-Azhar.
Jam 9.30 Malam.

            “Assalamualaikum Syukri.” Sapa Amirul Murabbi Al-Azhar itu.

            “Waalaikumussalam w.b.t ya sheikh.” Jawab Syukri dengan penuh tenang raut wajahnya.

            “Alhamdulillah,dapat saya bertemu kamu seperti yang direncanakan.” Prof. Yusof Al-Qardhawi memulakan bicaranya dalam bahasa Arab.
           
            “Ya,Alhamdulillah juga.Boleh saya tahu,tujuan prof mahu bertemu saya?” Soal Syukri yang masih buntu.Tetapi ekspresi wajahnya sentiasa tenang menatap ketua segala profesor di Universiti Al-Azhar itu.

            “Sebenarnya,pihak pentadbiran dan pengurusan universiti menerima panggilan daripada kerajaan Arab Saudi.Bahagian Pengurusan dan Pentadbiran Masjidil Haram.Mereka mohon kami calonkan seorang pelajar untuk menjadi imam pelapis Masjidil Haram.Oleh itu,saya rasa kamulah yang paling layak dalam kalangan lebih 60 000 pelajar.
Mahukah kamu menerima tawaran itu?” Soal Prof. Yusof Al-Qardhawi.

            Dalam waktu pengajian tahun pertamanya di Al-Azhar,dia sudah diberi peluang menjadi imam di Masjid Al-Azhar.Dalam masa yang sama,pihak universiti telah memberikan dia peluang untuk berpidato dalam Bahasa Arab di hadapan lebih 40,00 pelajar Universiti Al-Azhar.Ditambah dengan 1000 profesor,murabbi dan sheikh yang hebat dalam pelbagai cabang ilmu.Waktu itu,isi ucapannya disiarkan secara langsung ke seluruh dunia.Dia menyeru dan menuntut umat Islam kini,bersatu walaupun berlainan mazhab,sama ada Mazhab Syafie,Maliki,Hanbali ataupun Hanafi.
Rasionalnya,umat Islam masih berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah yang telah diturunkan hamper dua alaf lamanya.

Paling membanggakan,pidato yang disampaikan anak jati dari Johor itu ternyata meninggalkan dampak yang mendalam dalam kalbu umat Islam.Seruannya agar umat Islam kembali bersatu melalui solat fardu secara berjemaah disambut dengan baik dan hebat. Perubahan drastik terus berlaku.Anjakan saujana dan lonjakan paradigma pemikiran umat Islam berlaku secara holistik.Saban hari,segenap Masjid Al-Azhar dipenuhi oleh umat Islam tanpa mengira darjat.Tidak kurang juga masjid-masjid lain di seluruh dunia yang dipenuhi segenap ruang dengan kehadiran umat Islam menunaikan solat.

            “Benarkah segala yang Prof. katakan itu? Jika benar,pasti saya menerimanya sebagai anugerah terindah dalam hidup saya.Bahkan,tugas menjadi Imam Mekah merupakan impian yang saya pasang sejak kecil lagi.Tatkala pada tahun 2011 ketika mengerjakan umrah, air mata saya sentiasa menitis tika mendengar alunan bacaan Sheikh Sudais.Saya mahu juga menjadi seperti beliau, Insya-Allah,” jawab Syukri.

            “Memang benar,saya memilih kamu sebagai calon Imam Masjidil Haram.Kehebatan yang Allah kurniakan kepada kamu sungguh menyerlah.Kamulah permata ummah yang sangat bernilai.Jika kamu setuju menerima tawaran itu,pihak Kerajaan Arab Saudi akan menjemput kamu,lusa ini.” Terang Prof Al-Qardhawi.

            “Segala puji dan syukur bagi Allah Tuhan sekalian alam.” Kemudiaanya dia meminta izin untuk melakukan sujud syukur.Wuduknya sentiasa dijaga dan dipelihara.Ya,wuduk menjadi benteng dalam menangkis apa-apa sihir atau gangguan.Malahan,wuduk menjaga kesucian dan memelihara kehormatan seseorang sebagai mukmin.

Bertugas sebagai Imam Masjidil Haram,yang memiliki ijazah dalam perubatan dan PhD dalm bidang Al-Quran dan Sunnah menjadi kelebihan dalam dirinya untuk memimpin solat dan segala ibadat  yang dituntut Islam.

Selepas pertemuan bermakna itu,dia pulang ke rumah yang disewa bersama ibu bapanya.Dia tinggal bersama ibu bapanya di Cairo.Usai sampai di rumah dia masuk ke bliknya.Pasti ibu dan ayahnya yang tercinta telah lena dibuai mimpi.Skrin computer ribanya dibuka luas.Dia mendaftar masuk ke laman sesawang Facebook yang kini dimiliki oleh Naqib Syahmi, sahabat lamanya di sekolah menengah.Kini,Naqib merupakan orang kelima terkaya di dunia dengan asset lebih 5 trillion pound sterling.Perbelanjaan bantuan makanan,ubat-ubatan dari Malaysia ke Afrika dan India telah ditanggung sepenuhnya oleh beliau dengan bantuan penerbangan oleh Syarikat Malaysia Airlines (MAS),yang dimiliki oleh Hisham yang juga merupakan sahabatnya dari tingkatan 1 lagi.

Dia terkenang seketika zaman persekolahannya.Ia rindu akan memori silam yang cukup indah bersama sahabat-sahabatnya. Kisah “Evolution95” merupakan lipatan kenangan yang unik,menarik dan indah.Dia juga teringat akan sahabatnya yang digelar “Sahibul Mukmin.” Mereka jugalah yang mula-mula melaksanakan idea pembangunan rohaniah para pelajar di SM Sains Johor sedasawarsa lalu.Pembudayaan gaya hidup mukmin sejati menjadi paksi dan asa ke arah merealisasikan mivi dan visi kudsi mereka.

            Berbekalkan garapan idea itulah nama SM Sains Johor terus dijulang dengan kejayaan 95% Pelajar Cemerlang SPM dengan keputusan semua A.Inilah yang dinamakan keberkatan dan nikmat yang Allah kurniakan kepada hambanya.Mereka Berjaya berbekalkan konsep “Kejarlah akhirat,kerana dunia pasti akan menyusul dan jangan dikejar akhirat kerana dunia pasti akan tertinggal”

Bulan Ramadhan di bumi bertuah Sains Johor dihias indah seperti kerdipan bintang di langit dengan program pengisian jiwa dalam memantapkan iman.

            Dia masih ingat,seawal jam 4 pagi lagi dia dan sahabat “sahibul mukmin” sudah bangun untuk berqiamullail secara berjemaah.Setiap hari mereka bergilir-gilir memimpin solat-solat sunat yang dilakukan.Sebelum mereka menunaikan solat sunat,mereka turut membangunkan rakan-rakan di dorm lain.Dengan itulah ukhwah mereka berkekalan.Persahabatan yang dibina atas dasar iman dan takwa bersandarkan kasih sayang kerana Allah S.W.T menjanjikan hubungan persaudaraan Islam yang abadi.

            Itulah antara seberkas memori indah dia bersama sahabatnya.

Kini,sahabatnya Husni sudah menjadi Imam Masjid Negara,Malaysia.Bahkan,Husni telah dilantik sebagai Presiden Ulama Islam Dunia.Memang tidak dinafikan,penggemar bidang fotografi ini yakin akan pendirian dan keputusannya.Safiuddin Syazwan pula,sudah menggantikan Sheikh Mishary di Masjid Kuwait.Impian pemuda yang lunak suaranya sudah tertunai.
Jeffrey,sudah berada di India.Dia bertugas sebagai duta Kerajaan Malaysia dan jadualnya dipenuhi dengan pelbagai undangan ceramah,kelas agama dan program pengisian rohani.Dia juga bekerja sebagai Pakar Psikologi ternama di negara itu.Khairil dan Adib yang sentiasa kreatif dan kritis dengan bidang hiburan dan kesenian telah mengubah corak kehidupan di dunia kea rah berhibur secara sederhana.Karya novel,cerpen,sajak,drama dan filem mereka terus dimartabat oleh dunia.Kemampuan mereka berdua Berjaya membuka gerbang kejayaan Islam dalam serba bidang.Emir Aliff,pelajar yang penuh yakin dan keberiaan itu pula bertugas sebagai Pakar Bedah Jantung di China.Adakalanya,
Dia juga akan datang ke Mesir untuk bertemu dengan Syukri untuk saling bertukar idea dan pendapat.

Itulah perjalanan kehidupan sahabat-sahabatnya.Masing-masing memilih haluan kehidupan berkiblatkan Al-Quran dan Sunnah.Kerana itulah kejayaan mereka begitu hebat.Fantasi dan angan-angan bertukar menjadi realiti yang membanggakan.

            Syukri masih lagi leka menatap gambar-gambar lama yang menyimpan 1001 kisah teristimewa.Kemudian,setelah puas  menatap gambar-gambar itu,layar komputernya ditutup.Dia perlu berkemas dan menyusun atur barang-barang yang hendak dibawanya.

            Dalam suasan malam yang dingin itu,hembusan angin membawanya terdengar ibunya berdoa.Ibunya begitu sayang dan cinta akannya.Dialah satu-satunya anak yang dibesarkan bagai memotong berlian yang berharga.Dia dijaga dengan penuh hati-hati,kerana ibu bapanya tidak mahu berlian yang digilap itu hancur berkecai.Akhirnya,dia menjadi manusia,berkat doa ibunya sejak dia masih di dalam rahim.

Syukri begitu sedar akan hakikat kewujudannya sebagai manusia.Dia datang daripada ibu bapanya.

Firman Allah dalam Surah Luqman Ayat 14,bermaksud “ Ibunya telah mengandungkannya dengan kesusahan di atas kesusahan.”

Proses dan kronologi penciptaan manusia itu antara kejadian terhebat oleh Allah taala.Dengan lebih 500 juta sperma yang dijana di testis bapa,hanya satu sperma tunggal yang berjaya sahaja yang berjaya masuk ke Tiub Fallopia seterusnya bersatu di dalam ovum ibu.Genetik yang terkandung di dalam nucleus akan membentuk segumpal daging.
Kemudian membentuk tulang belulang,kemudian Allah ciptakan daging dan kulit sebagai pembungkus tulang-tulang itu.

Dia terus merebahkan badannya.Macam-macam perkara yang berlaku kepadanya.Segala yang berlaku merupakan impiannya.Dia bagai tidak percaya perkara yang berlaku.Tetapi itulah ketetapan Allah yang cukup indah.Itulah antara kebenaran firman Allah taala melalui Surah Al-Baqarah Ayat 216 mafhumnya, “Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

“Ya Allah,segala puji bagi-Mu.Ya Allah,aku redakan dan maafkan segala kesalahan manusia kepadaku.Aku halalkan makan,minum dan hutang manusia lain kepadaku.Semoga aku juga dimaafkan,diredakan dan dihalalkan oleh mereka jika aku meninggal dalam tidur ini.”

Saat usai berdoa,dia tertidur.Sudah menjadi rutinnya,memaafkan dan menghalalkan perkara yang orang lain lakukan kepadanya.Bimbang dia tidak sempat untuk memaafkan orang lain jika meninggal dunia ketika tidurnya.

Saat yang sama,air di Sungai Nil terus mengalir dalam pola dan tempo yang normal.Ikan-ikan pun mungkin sudah melelapkan mata untuk tidur atau mungkin masih terus berzikir memuji Allah.Bumi Anbia sepi malam itu.

* * * * * * * * * *
Tahun 2035,
14 tahun kemudian.

Sudah 14 tahun Syukri menjadi Imam di Masjidil Haram.Prof.Sheikh Ahmad Syukri al-Hafiz sudah menjadi Imam Besar,iaitu imam pertama di Masjidil Haram.Dia kini sudah sama tahap seperti idolanya,Sheikh Abdul Rahman Sudais-bayangan Masjidil Haram.

            Seluruh dunia kembali aman,damai dan tenteram.Misi keamanan yang dijalankan 16 tahun lalu telah menjulang kembali maruah Islam.Pelestin,Iraq,Afghanistan sudah kembali membangun.Afrika Selatan,India dan negara-negara mundur lagi miskin sudah berubah.Mereka sudah membangun dari aspek pembangunan infrastruktur dan pentadbiran.Semua penduduk di negara miskin dan bergolak ini sudah mampu tidur,makan dan bersama dengan keluarga di rumah masing-masing tanpa bedilan peluru berpandu,atau bom fosforus lagi.

Idea penyatuan ummah melalui solat berjemaah,membuka lembaran baru empayar Islam.Memang benar sudah lebih seabad.Tarikh 3 Mac 1924 bersamaan 27 Rejab 1342 Hijrah menjadi renjatan buat umat Islam tatkala kerajaan Turki Uthmaniyyah dirampas oleh Mustafa Kamal Artartuk.

Ternyata benar isi ucapan Rasulullah semasa Haji Wida’/Haji Akbar dalam khutbahnya di Lembah Uranah.Rasulullah menegaskan bahawa pada akhir zaman nanti kita tidak akan terpesong selagi menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan.

            Hati Imam Besar Masjidil Haram itu terasa sedikit lapang.Amanah yang dia rasakan tergalas  34 tahun yang dahulu hamper terealisasi.Dia sudah memimpin 10 juta umat Islam di dalam solat, sama ada fardu mahu pun sunat.Akan tetapi dia mahu memimpin lebih 2 billion umat Islam untuk menawan kembali dunia!

Masih ada perkara yang belum terlaksana.Pemerintahan dunia perlu berdasarkan Al-Quran dan Sunnah.Sistem pemerintahan hendaklah melalui Sistem Khalifah dan Majlis Syura’.Ikrar seorang mukmin mahukan kegemilangan Islam terus bangkit dan hidup di bawah reda Ilahi!

-TAMAT-

Tahun 2045