Assalamualaikum,salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Kali ini,Admin nak letakkan karangan terbaik Ujian Kurikulum 1 Tingkatan 4,iaitu saudara Mohamad Jeffrey bin Jamil daripada tingkatan 4S1 dengan markah 84%. Difahamkan bahawa saudara Jeffrey akan mewakili sekolah bersama dengan seorang lagi rakan sekelasnya,Ahmad Syukri bin Ahmad dalam pertandingan menulis karangan di......di mana ya? Tak ingatlah.
Walau apa-apa sekalipun,sebelum anda membaca karangan ini,ada beberapa peringatan daripada Admin:
1. Karangan ini ditulis hampir sepenuhnya berdasarkan karangan asal.
2. Jika ada tersilap tatabahasa dan sebagainya,diharapkan anda dapat memberi komen di ruangan komen.
3. Jangan lupa ikuti blog in dan berikan komen anda untuk menaiktaraf blog ini dan isinya.
Sekian,
Admin
**************************************************************
MOHAMAD JEFFREY BIN JAMIL
LANGKAH-LANGKAH MENGKOMERSIALKAN PRODUK TEMPATAN DI LUAR NEGARA
Keunggulan tenunan batik dan songket sudah lama diperkatakan di Malaysia. Memang tidak dapat dinafikan,batik dan songket merupakan antara produk yang berpotensi besar untuk dikomersialkan di luar negara. Tetapi,sayangnya,kita masih lagi di takuk yang lama,sekadar jaguh di tempat sendiri kerana tidak dapat menembusi pasaran antarabangsa. Mantan Perdana Menteri Malaysia,Dato’ Seri Dr. Mahathir bin Mohamad pernah berkata,”Janganlah menyalahkan takdir terhadap perkara yang berlaku,tetapi salahkan usaha yang dilakukan terhadap perkara tersebut.” Oleh itu,pelbagai langkah drastik untuk
memperkenalkan produk tempatan di luar negara perlu dilakukan dengan segera.
Kerajaan memainkan peranan utama dalam usaha untuk memperkenalkan produk tempatan di luar negara. Seperti yang kita tahu,kerajaan telah mengadakan pelbagai program seperti Tahun Melawat Malaysia untuk menarik minat pelancong asing tetapi semua usaha yang dilakukan tidak cukup untuk memperkenalkan produk tempatan. Kerajaan perlulah memperluas pasaran tempatan di peringkat global dan memberi peluang kepada usahawan-usahawan muda untuk memasarkan produknya. Contohnya,sebuah kedai yang menjual rempah ratus keluaran tempatan telah dibuka di London,England. Inisiatif itu telah membuka mata dunia bahawa produk tempatan mampu bertapak di pasaran dunia. Tambahan pula,produk Malaysia adalah antara produk yang terbaik di dunia dan setanding dengan produk-produk setaraf antarabangsa sekali gus telah mencapai piawaian ISO. Tamsilnya,kerajaan perlulah bertanggungjawab untuk memperkenalkan produk tempatan di luar negara.
Media massa juga secara tidak langsung turut terlibat dalam usaha memperkenalkan produk tempatan di luar negara. Media massa merupakan sebuah medium untuk kerajaan emnyampaikan hasratnya,rakyat menyuarakan masalah dan pendapat juga sebuah medium yang paling berkesan dan berpengaruh di dunia. Kita dapat lihat bahawa iklan-iklan atau rancangan dokumentari banyak mempengaruhi manusia yang menonton atau membacanya. Media cetak haruslah bekerjasama dengan media elektronik bagai aur dengan tebing dalam mempromosikan produk tempatan seperti songket dan batik di luar negara. Sebenarnya,ramai pelancong asing yang memuji kecantikan,kehalusan dan kesenian yang terdapat paad batik dan songket. Para pelancong asing telah memuji produk kita dan mereka sukakannya. Jadi,media massa haruslah bertindak dengan segera dengan mempergiat dan memperbanyak lagi terbitannya seperti iklan,rancangan dokumentari,artikel dan sebagainya di luar negara. Akhirnya,produk tempatan dikenali di seluruh dunia dan mendapat tempat di pasaran antarabangsa,atas usaha yang telah dilakukan oleh media massa.
“Diri sendiri yang dapat mengawal diri sendiri,”merupakan satu falsafah daripada seorang tokoh falsafah semasa tamadun Yunani iaitu Plato. Memang betul,hanya kita dapat mengawal diri kita sendiri. Jadi,kita mestilah berusaha untuk memperkenalkan produk tempatan di luar negara. Contohnya,pelajar yang melanjutkan pengajiannya di luar negara haruslah berusaha untuk mempromosikan produk kita di sana. Mereka haruslah menggunakan produk tempatan dahulu sebelum mempromosikan produk kita di sana. Namun,kita lihat remaja pada zaman ini suka menggunakan produk luar negara pula. Ini telah menyebabkan kita tidak dapat menjiwai perasaan semasa menggunakan produk tempatan seterusnya tidak dapat mengajak orang menggunakan produk tempatan. Setiap tahun,ramai pelajar Malaysia melanjutkan pengajian mereka di luar negara. Kita sering lihat,kebanyakan mereka hanya mengenakan jeans dan baju-T sahaja. Di manakah songket,batik,baju kurung,baju kebaya mahupun baju Melayu yang merupakan simbol anak-anak tempatan? Tepuk dada tanya selera. Oleh itu,generasi muda pada hari ini perlu diterapkan dengan pemakaian dan penggunaan produk tempatan agar mereka menyukainya seterusnya dapat mempromosikan produk kita kelak apabial mereka dapat melanjutkan pengajian di luar negara bak kata pepatah,melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tamsilnya,diri sendiri juga penting dalam memperkenalkan produk tempatan di luar negara.
Badan Bukan Kerajaan (NGO) juga penting dalam usaha mengkomersialkan produk tempatan di luar negara. NGO yang berkenaan haruslah merancakkan lagi usahanya ke arah maksimum bagi mendapatkan kejayaan yang tertinggi,seperti permintaan yang ekstrem terhadap produk tempatan,mungkin. NGO mestilah bersatu dengan MGO daripada luar negara untuk mempromosikan produk tempatan. Contohnya,NGO boleh mengadakan pertandingan memasak yang menggunakan 100 peratus bahan tempatan atau pertunjukan fesyen batik dan songket di luar negara dan jualan amal produk tempatan untuk disalurkan kepada yang memerlukan. NGO sebenarnya mampu menghasilkan satu anjakan paradigma terhadap promosi yang biasa kepada promosi yang luar biasa yang mampu menarik minat negara-negara maju dan berpengaruh besar seperti Jepun,Amerika Syarikat dan Rusia. NGO janganlah bagai katak di bawah tempurung kerana produk tempatan tidak akan dikenali di luar negara tanpa usaha dan langkah yang dilaksanakan oleh NGO.
Pihak sekolah juga sedikit sebanyak turut menggalakkan lagi produk tempatan di luar negara. Program pengantarabangsaan yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan sejakakhir-akhir ini dapat menambahkan lagi usaha untuk mengkomersialkan produk tempatan di luar negara. Contohnya,Sekolah Menengah Sains Johor,iaitu sebuah sekolah berasrama penuh di Kluang telah menerima kedatangan tetamu dari Thailand. Mereka telah diberi pendedahan oleh pihak sekolah tentang budaya,adat dan barangan tempatan kita. Walaupun kita beranggapan bahawa perbuatan ini seperti sia-sia,namun sedikit sebanyak usaha ini dapat menarik minat mereka untuk menggunakan produk tempatan. Jika semua pelajar daripada program pengantarabangsaan di seluruh negara di dunia didedahkan dengan produk tempatan,tidak mustahil produk kita akan dikenali di seantero dunia seperti pepatah Melayu,sikit-sikit,lama-lama jadi bukit.
Kesimpulannya,demi merealisasikan misi dan visi kudsi Wawasan 2020,kita seharusnya berganding bahu dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut. Langkah dan usaha yang berterusan,jitu dan ekstrem haruslah dilakukan dalam mengkomersialkan produk tempatan seperti batik dan songket di luar negara seterusnya menaikkan nama Malaysia di mata dunia. Tidak mustahil,pada suatu hari nanti,anak cucu kita akan melihat kek sambal belacan di Amsterdam,England dan cencaluk di Sydney,Australia.
5 komen:
Dasyat betull .betul betul membantu saya
Bagusnya
Yup
waih mmg padu la 👍🏻
Uishhhh...dasyat.. terkejut saya
Catat Ulasan